[Fikrul Islam] Definisi Khilafah
رِئَاسَةٌ عَامَةٌ فِي أُمُوْرِ الدِّينِ وَالدُّنْيَا، وَهِيَ رِئَاسَةٌ عَامَّةٌ لِلْمُسْلِمِيْنَ جَمِيْعًا فِي الدُّنْيَا، لِإِقَامَةِ أَحْكَامِ الشَّرْعِ، وَحَمْلِ الدَّعْوَةِ اْلإِسْلَامِيَّةِ إِلَى الْعَالَمِ
Para ahli fikih mentafsirkan khilafah sebagai kepimpinan dalam urusan agama dan dunia. Atau dalam kata lain, kepimpinan bagi umat Islam secara keseluruhan untuk menegakkan hukum-hukum syarak dan menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia.
Berikut ialah beberapa dalil tentang kewajipan menegakkan khilafah bagi kaum muslimin :
- Nabi Muhammad SAW merupakan seorang rasul dan juga ketua negara. Meneladani baginda sebagai ketua negara merupakan suatu kewajipan.
Rasulullah SAW bersabda,
تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِ لَنْ تَضِلُّوْا كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِي
“Aku tinggalkan kepada kalian sesuatu yang apabila kalian berpegang teguh padanya, maka kalian tidak akan pernah sesat, iaitu kitabullah dan sunnah”
Sesungguhnya perbuatan baginda sebagai ketua negara merupakan salah satu dari sunnahnya.
- Rasulullah SAW bersabda,
وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِيْ عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً
“Barang siapa yang mati dan tidak ada di bahunya bai’at, maka matinya adalah seperti mati jahiliah.” [HR Muslim]
Rasulullah SAW bersabda,
إذَا بُوْيِعَ لِخَلِيْفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا اْلآخَرَ مِنْهُمَا
“Apabila dibaiat dua khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari kedua-duanya.” [HR Muslim]
- Ijmak iaitu kesepakatan para sahabat.
Setelah Rasulullah SAW wafat, tugas penerimaan bai’at diwariskan kepada pengganti baginda iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin Khattab, Uthman bin Affan, dan Ali bin Abi Talib.
- Allah SWT berfirman,
… اَطِيْعُوا اللهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَ وَاُولِى الْاَمْرِ مِنْكُمْۚ…
“Taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri di antara kalian.” [TMQ An-Nisa (4): 59]
Maksud ulil amri pada ayat di atas ialah ketua negara, iaitu khalifah.
Syarat-syarat in’iqadul khilafah atau syarat sah yang wajib dipenuhi oleh seorang khalifah ialah:
- Lelaki, selari dengan sabda Rasulullah SAW,
لَنْ يُفْلِحُ قَوْمًا وَلَّوْا أَمَرَهُمْ إِمْرَأَةً
“Tidak akan pernah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (pemerintahan) mereka kepada wanita.” [HR Bukhari]
- Muslim, sesuai dengan firman Allah SWT,
…وَلَنْ يَّجْعَلَ اللهُ لِلْكٰفِرِيْنَ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ سَبِيْلًا
“Dan Allah sekali-kali tidak akan pernah memberikan jalan kepada orang-orang kafir (untuk mengalahkan) orang-orang yang beriman.” [TMQ An-Nisa (4): 141]
- Merdeka. Seorang hamba merupakan milik tuannya sehingga dia tidak memiliki hak untuk mengatur dirinya sendiri. Selain itu, dia tidak akan mungkin mendapat hak untuk mengatur urusan masyarakat.
- Baligh, selari dengan sabda Rasulullah SAW,
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثٍ : عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقَظَ، وَعَنِ الصَّبِي حَتَّى يَبْلُغَ، وُعَنِ الْمُبْتَلِي حَتَّى يَعْقِلَ
“Telah diangkat catatan bagi tiga golongan iaitu orang yang tidur sampai dia bangun, anak-anak sampai dia baligh, dan orang gila sampai dia sedar.”
Barangsiapa yang telah diangkat amalnya, maka tidak boleh untuk mengatur urusan dirinya sendiri, termasuk menjadi khalifah.
- Berakal, selari dengan hadis yang ada pada syarat yang keempat.
- Adil. Ini kerana seorang ahli maksiat tidak boleh dipercayai untuk mengurusi urusan kekhalifahan ini. Dalam urusan kesaksian juga, disyaratkan adanya keadilan bagi seorang saksi berdasarkan firman Allah SWT :
…وَّاَشْهِدُوْا ذَوَيْ عَدْلٍ مِّنْكُمْ…
“…dan hendaklah disaksikan oleh dua orang yang adil diantara kamu…” [TMQ at-Talaq (65): 2]
Justeru, yang lebih utama lagi bagi seorang khalifah ialah:
- Mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang khalifah.
Mengenai orang-orang Quraisy seperti yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW iaitu “Para pemimpin dari kalangan Quraisy, apabila mereka menetapkan hukum iaitu menjalankan pemerintahan, maka mereka akan berlaku adil”. Maka, hal ini dianggap hanya sebagai syarat afdhaliyah atau keutamaan bukan syarat in’iqad (syarat sah).
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Studi Dasar-Dasar Pemikiran Islam
https://muslimahnews.net/2022/12/05/15151/