Damsyik, Tanah Harapan pada Masa Lalu dan Masa Depan
Penulis: Siti Nafidah Anshory
Ketika ini, tidak banyak maklumat yang boleh diakses melalui media massa mengenai keadaan terakhir Kota Damsyik, Syria.
Sejak lebih sedekad lalu, Syria sememangnya telah menjadi arena konflik yang besar dan berpanjangan. Bukan hanya konflik dalaman tetapi juga melibatkan kuasa dan kepentingan antarabangsa.
Kebangkitan dunia Arab (Arab Spring) yang bermula dengan krisis politik di Tunisia pada tahun 2011 lalu memberi kesan besar kepada situasi politik di wilayah Arab yang lain, contohnya di Lubnan, Algeria, Mesir dan Syria.
Krisis politik ini membawa satu mesej utama iaitu penolakan rakyat terhadap autoritarianisme yang telah bertapak di wilayah Arab. Sekaligus memprotes perilaku rasuah dan pelbagai kezaliman yang sering dilakukan oleh penguasa mereka.
Namun, ia tidak mengambil masa yang lama untuk krisis di negara-negara Arab ini berjaya dirampas oleh kuasa Barat. Sehingga berakhir kepada penerimaan sistem politik demokrasi yang sebenarnya membuka jalan kepada liberalisasi dan jalan mengukuhkan kepentingan Barat.
Kecuali di Syria. Krisis di kawasan ini sebenarnya memberi inspirasi kepada masyarakat untuk melakukan perubahan politik ke arah Islam.
Oleh kerana itu, seruan tentang penegakan Khilafah juga begitu kuat, bahkan menjadi visi perjuangan militia Islam yang berjuang dengan sokongan majoriti rakyat untuk melawan rejim Syiah yang telah lama memerintah dengan autoritarian.
Fakta inilah yang menakutkan Barat. Berkumandangnya Khilafah di Syria seakan-akan menjadi loceng kematian bagi tamadun yang telah mereka pertahankan dengan susah payah. Sekaligus menjadi penggera bahaya untuk semua kepentingan yang mereka sasarkan dan perjuangkan di rantau ini.
Tidak hairanlah jika Syria akhirnya menjadi masalah antarabangsa. Apatah lagi, apabila Amerika mencipta raksasa Khilafah bernama 1S1S untuk meraih simpati dunia atas perjuangannya mempertahankan tamadun sekular liberal.
Sejak itu, wilayah Syria menjadi medan perang untuk kepentingan negara-negara besar yang terjalin dengan isu Syiah, Khilafah, minyak, Israel, Iran dan sebagainya.
Akibatnya, hampir seluruh kawasan Syria termasuk ibu kota Damsyik porak-poranda. Sedangkan kehidupan majoriti rakyat jelas semakin menderita daripada sebelumnya.
Damsyik, Salah Satu Benteng Pertahanan Umat Islam
Damsyik sendiri adalah salah satu nama kota yang ada di Barat Daya wilayah Syria atau Syam. Kota ini telah lama dikenali sebagai salah satu pusat tamadun dunia. Dikatakan bahawa bandar ini dibina kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi.
Kota ini dibuka oleh pasukan Islam pada tahun 635 M selaras dengan pembukaan wilayah Syria yang ketika itu merupakan sebahagian wilayah kekuasaan Rom Timur atau Bizantium. Ekspedisi futuhat Islam di tempat ini dipimpin oleh Khalid bin Walid pada zaman Khalifah Umar bin Khattab ra..
Apabila Kota Damsyik jatuh ke tangan Islam, penduduknya mendapat jaminan keselamatan, baik harta mahupun nyawa daripada pemerintahan Islam. Bahkan, tempat ibadah agama mereka juga dipelihara dengan baik.
Sebagai pampasan, mereka hanya diminta membayar jizyah yang tidak seberapa jumlahnya dan hanya diwajibkan kepada penduduk lelaki yang mampu sahaja sebagai bukti ketundukan mereka.
Tetapi beberapa ketika kemudian, Damsyik telah ditawan semula oleh Heraclius, penguasa Rom sehingga umat Islam juga sempat berundur dari kota ini.
Kemudian pada tahun berikutnya (636 M) atas arahan Khalifah Umar, tentera Islam berangkat ke Yarmuk. Melalui peperangan Yarmuk yang berat dan panjang inilah, umat Islam berjaya menghancurkan kembali tentera Rom.
Bahkan, akhirnya seluruh wilayah Syria termasuk Damsyik dan Baitulmuqaddis berjaya ditawan semula pada 640 M. Kemudian wilayah Damsyik menjadi salah satu kubu penting bagi pertahanan umat Islam.
Damsyik pada Zaman Keemasan Islam semasa Pemerintahan Khilafah Bani Umayyah
Ketika pemerintahan Islam beralih kepada Dinasti Umayyah (bermula 661 M), Damsyik dijadikan sebagai ibu kota Khilafah pada tahun 664 M.
Pada masa itu wilayah kekuasaan Khilafah tidak hanya meliputi Jazirah Arab, tetapi sudah meliputi Pantai Lautan Atlantik hingga ke Sungai Hindu, serta dari Perancis Selatan, sehingga China Barat.
Untuk makluman, pemerintahan Dinasti Umayyah ini berlaku dalam dua zaman iaitu antara 661—750 M dan berpusat di Damsyik. Kemudian zaman antara 756—1031 M, berpusat di Cordoba seiring dengan pengukuhan kedudukan politik muslim di Sepanyol, Andalusia.
Pada masa pertama pemerintahan Umayyah ini, Damsyik menjadi pusat kekuasaan dan politik, pusat ekonomi dan perdagangan, pusat sains dan penyelidikan, kota para ulama, pusat seni dan budaya serta pusat pelbagai kemudahan kesihatan.
Pada zaman pemerintahan Khalid bin Yazid contohnya, perpustakaan awam pertama telah ditubuhkan di Damsyik pada tahun 704 M. Di sinilah berlakunya pelbagai aktiviti intelektual, bermula dari pangajian bahasa Arab, ilmu hadis, fikih, kalam, dan sejarah.
Kemudian pada masa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik (705—715 M) pembinaan diteruskan secara besar-besaran. Banyak hospital dan masjid dibina di Damsyik, di antaranya ialah Masjid Al-Amawi yang tersergam indah dan terkenal.
Bagi hospital pula, ia mula didirikan pada tahun 707 M. Hospital ini sekaligus menjadi pusat pengajian perubatan pertama di kota Damsyik. Menurut ahli sejarah Thomas Goldstein, sehingga abad ke-13 terdapat 30 hospital di bandar ini.
Selain pembinaan kemudahan awam, pemerintahan Khilafah Umayyah pada zaman Al-Walid juga telah meluas sehingga ke Sepanyol. Pada masa ini, tepatnya pada 711 M Andalusia ditakluki. Ini menunjukkan kukuhnya kekuasaan politik dan tentera Khilafah yang berpusat di Damsyik.
Damsyik pada Zaman Keemasan Islam Ketika Pemerintahan Khilafah Bani Abbasiyyah dan Mamlukiyah
Dinasti Abbasiyyah mula berkuasa pada tahun 750. Pemerintahannya juga terdapat dua zaman iaitu tahun 750—1258 M.
Keadaan tanpa kekuasaan selama dua tahun kerana serangan pasukan Mongol. Kemudian berterusan pada tahun 1261—1517 M di bawah pemerintahan Mamluk.
Pada zaman Khilafah Abbasiyyah, ibu kota Khilafah dipindah ke Kota Baghdad, Iraq. Namun, meskipun kehilangan prestijnya daripada Baghdad, kota ini tetap menjadi kota penting bagi Khilafah Islam.
Ketika Sultan Nuruddin Zanki berkuasa pada tahun 1154 misalnya, semakin banyak masjid, madrasah, perpustakaan, percetakan buku, dan pusat kesihatan awam dibina di kota ini sehingga benar-benar menunjukkan pencapaian peradaban emas Islam.
Salah satu yang didirikan di Kota Damsyik ialah Dar al-Hadis yang merupakan pusat pengajian hadis pertama di dunia. Kemudian didirikan juga madrasah al-‘Adiliyyah pada tahun 1171 yang kini dikenali sebagai Akademi Arab.
Tidak hairan jika kota ini menjadi kilang pencetak para ulama dan intelektual terkenal di dunia yang berjasa dengan meletakkan asas sains moden dalam pelbagai bidang. Salah satunya ialah Ibnu Taimiyah dan Ibnu Al-Syatir.
Meskipun Ibnu Taymiyah (1263—1328 M) dilahirkan di Harrah Turki, tetapi diketahui sejak berusia 7 tahun beliau berhijrah bersama keluarganya dan menuntut ilmu di kota ini. Beliau adalah seorang hafiz al-Quran, ulama fikih, hadis, tafsir dan ilmu ushul.
Manakala Ibnu al-Syatir (wafat 1375 M) ialah seorang ahli astronomi dan ahli matematik Islam yang dilahirkan di Damsyik dan sempat belajar di Mesir.
Beliau mencipta pelbagai teori dalam bidang astronomi termasuk teori ketepatan dan pada tahun 1337 M mencipta alat pengukur jarak objek langit yang dipanggil astrolab.
Pada zaman pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi (wafat 1193 M), Damsyik mencapai puncak kejayaannya kembali. Damsyik kembali dikenali sebagai kota kosmopolitan, pusat ekonomi, industri, perdagangan, pendidikan, dan lain-lain.
Bahkan didirikan pelopor universiti yang jumlah pada zamannya mencecah 20 buah. Pada zaman itu, Damsyik benar-benar dikenali di seluruh dunia sebagai pusat orientasi pemodenan sehingga banyak negara lain menjadikannya sebagai mercu tanda tamadun mereka.
Namun, Damsyik bukan sahaja dikenali sebagai pusat tamadun material. Sejarah mengetahuinya sebagai bandar yang sangat dermawan dan pemurah kerana kemakmurannya.
Terbukti apabila tentera Kristian menguasai Andalusia pada abad ke-12 M, penduduknya ramai yang melarikan ke Damsyik dan diterima sebagai saudara.
Setelah satu abad kemudian, Damsyik juga menjadi tempat berlabuhnya rakyat Iraq apabila bangsa Mongol memusnahkan tanah air mereka.
Damsyik pada Zaman Khilafah Uthmaniyyah dan Penjajahan Barat Sehingga Sekarang
Pemerintahan Abbasiyah jatuh pada tahun 1517 M, diikuti oleh Dinasti Uthmaniyyah yang berpusat di Istanbul Turki dan memerintah sehingga tumbang di tangan Mustafa Kemal pada tahun 1924 M. Keadaan ini secara automatik menjadikan wilayah Syria termasuk kota Damsyik berada di bawah perintah Istanbul.
Namun pada masa ini, tidak banyak kisah yang menceritakan keadaan Kota Damsyik selain kewujudannya sebagai tanah harapan dan perlindungan bagi orang yang teraniaya di negaranya.
Diceritakan, pada abad ke-16, Damsyik menjadi tempat perlindungan bagi pelarian Sepanyol, baik muslim mahupun Yahudi yang mencari perlindungan dari kekejaman penguasa mereka. Begitu juga pada abad ke-19, kota ini kembali menjadi tanah harapan bagi warga Kaukasus, Kurd, dan Turki yang diancam oleh tentera Rusia.
Semasa perang Dunia I, Khilafah terperangkap dalam pertempuran dengan Jerman dan Itali menentang Britain dan sekutunya Barat. Qadarullah, pihak Jerman kalah. Sehingga akhirnya wilayah khilafah dikerat menjadi ganimah.
Syria dan kotanya jatuh ke tangan Perancis, lalu menjadi negara mandat sehingga tahun 1946. Sejak itu Syria menjadi tempat perebutan pengaruh negara kuasa besar, terutama Britain dan Amerika.
Sejak itu, konflik demi konflik juga mewarnai kehidupan masyarakat Syria. Mereka dipimpin oleh boneka Barat, kalau bukan British maka boneka Amerika.
Potensi semulajadi, potensi geografi dan geopolitik yang begitu hebat nampaknya menjadi punca negara-negara adidaya begitu bercita-cita tinggi untuk merebut kepimpinan negara ini.
Sehingga kini Syria berada dalam keadaan tidak selamat. Lebih-lebih lagi, apabila umat juga terpaksa berhadapan dengan rejim sekular Syiah yang tidak kurang autoritarian dan kejam. Bukannya mampu mempertahankan posisinya sebagai salah satu mercu ketamadunan. Damsyik, Syria kini semakin kehilangan prestij. Diselimuti oleh debu-debu peperangan yang boleh berulang pada bila-bila masa.
Sesungguhnya, ramai umat Islam yang percaya bahawa kebangkitan umat Islam akan terpancar di sana. Rasulullah SAW. pernah bersabda,
“Ketika Allah telah mengutus Al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah dia di Menara Putih di sebelah Timur Damsyik dengan memakai dua pakaian yang dicelup dengan waras dan zafaran, dan kedua tapak tangannya diletakkan di atas sayap dua Malaikat; apabila dia menundukkan kepala maka turunlah rambutnya, dan jika diangkat kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir yang mencium bau nafasnya melainkan dia pasti mati, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal sehingga menjumpainya di pintu Lud, lantas membunuh Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, kemudian Isa mengusap wajah mereka dan memberitahu mereka tentang darjat mereka di syurga.” (HR Muslim, Kitab Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab “Dzikr Ad-Dajjal” 18:67—68)
Namun, bisyarah Rasulullah ini masih menjadi perkara ghaib bagi umat Islam sehingga tugas umat hari ini adalah terus berjuang mengembalikan kemuliaan Islam di mana sahaja mereka berada.
Insya-Allah, Khilafah Rasyidah yang dijanjikan akan tegak, bukan sahaja akan menjadikan Syria dan ibu kotanya Damsyik kembali menjadi negeri yang diberkati dan menjadi tanah harapan manusia pada masa hadapan, tetapi juga menjadikan seluruh negeri Islam sebagai pusat peradaban cemerlang. Wallaahualam.
Sumber:
[Tapak Tilas] Damaskus, Tanah Harapan pada Masa Lalu dan Masa Depan
#TapakTilas
#Damsyik
#Syria
#TanahHarapan
#KebangkitanIslam