[KELUARGA] ISTERI ‘BOCOR’ AKIBAT SUAMI TIDAK MA’RUF
Oleh: Ustaz Iwan Januar
Berapa kerap anda membaca curhat (luahan hati) isteri-isteri di medsos (media sosial)? Rasanya cukup kerap. Itu tandabya banyak perempuan sudah mampu memiliki smartphone, celik teknologi, dan…banyak persoalan rumah tangga.
Luahan hati isteri yang mengeluhkan sikap suaminya sering ditemui di media sosial, termasuk mengeluhkan sikap mantan suaminya yang menorehkan luka dalam hati mereka.
Mengeluh memang tidak baik. Apalagi isinya membongkar persoalan rumah tangga, yang sepatutnya rahsia, ke ruang awam (public), termasuk membuka aib suami yang sepatutnya dijaga oleh seorang isteri. Islam mengingatkan bahawa isi rumah tangga bukanlah komoditi untuk hidangan awam. Suami dan isteri mestilah bekerjasama menjaga aib-aib mereka, walaupun barangkali menyakitkan hati.
Untuk para isteri, Nabi SAW mengingatkan tentang karakter isteri solehah:
أَلَا أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
“Mahukah aku beritahukan simpanan paling baik yang disimpan oleh seseorang? Iaitu isteri yang soleh yang apabila suaminya melihatnya maka dia akan menyenangkannya, dan apabilla dia memerintahkannya, maka diapun mentaatinya, dan kalau suaminya pergi maka dia akan menjaga kehormatannya.” (HR. Muslim)
Nabi SAW juga memotivasi kaum muslimin untuk senantiasa menutupi/menjaga aib saudaranya.
Sabda beliau:
مَنْ سَتَرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ فِي الدُّنْيَا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seorang hamba menutupi (aib) seorang hamba (yang lain) di dunia melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR Ahmad).
Selain itu, ada juga teguran dan ancaman keras daripada baginda Nabi SAW terhadap orang yang mengumbar aib pasangannya.
مَنْ قَعَدَ عَلَى فِرَاشِ مُغِيبَةٍ قَيَّضَ اللَّهُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثُعْبَانًا
“Siapa yang membuka aib pasangannya, maka Allah akan melilitkan ular kepadanya di Hari Kiamat”. (HR. Ahmad).
Hukum hadis ini masih diperdebatkan kerana salah satu perawi bernama Abu Lahi’ah. Namun demikian, Imam Suyuti dan Imam Al-Haitsami menilai hadis ini hasan.
SEBAB SUAMI
Namun bukan bermakna suami tidak mempunyai dosa sehingga menyebabkan isteri membuat luahan perasaan di media sosial. Ini kerana, hubungan suami dan isteri saling mempengaruhi sikap pasangan. Al-Quran menganalogikan hubungan suami dan isteri seperti pakaian. FirmanNya:
“Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka”. (TMQ Al-Baqarah [2]: 187)
Di antara pentafsiran tentang makna ‘libas/pakaian’ yang dijelaskan para mufasir adalah keberadaan pasangan itu menciptakan ketenangan bagi pasangannya seperti yang Allah sebutkan dalam surah Al-A’raf ayat 189. Suami memberikan ketenangan/ketenteraman untuk isterinya, begitu juga sebaliknya. Demikianlah penjelasan Imam Al-Baghawi dalam tafsirnya.
‘Bocornya’ isi perkahwinan ke luar menandakan hilangnya suasana sakinah, sehingga isteri tak kuasa menahan kekecewaan dan kesedihannya. Dia lalu bercerita pada orang lain atau bahkan ke media sosial. Tentulah ini bukan yang sepenuhnya ditoleransi atau dibenarkan. Bagaimanapun aib-aib rumah tangga mesti dijaga, bukan dijadikan hidangan awam.
Tapi sedarkah suami, bahawa anda boleh menjadi penyebab isteri membuat luahan perasaan kepada dunia luar tentang huru hara keadaan perkahwinan? Tak ada asap bila tak ada api. Isteri yang merasa tertekan sementara suami tak peduli dengan keadaan rumah tangga, kadang kala tak mampu menahan diri lalu jatuh pada perbuatan haram.
Oleh kerana itu ada beberapa hal yang perlu dilakukan oleh para suami agar hubungan kalian berdua tetap harmoni, dan suami menjadi tempat luahan hati isteri sehingga dia tidak merasa perlu menceritakan perkara yang begitu sensitif pada pihak lain, apatah lagi ke media sosial.
Pertama, emosi isteri boleh menjadi sedemikian meluap hingga bercerita pada orang lain atau dunia luar kerana merasa hak-haknya tidak terpenuhi. Maka tunaikanlah hak isteri sebaik-baiknya kerana itu merupakan kewajipan suami. Allah Ta’ala berfirman:
“Dan isteri-isterimu memiliki hak sebagaimana kewajipan (untuk ditunaikan) secara ma’ruf.” (TMQ Al-Baqarah [2]: 228)
Isteri memang perlu bersabar menghadapi kurangnya penjagaan daripada suami, baik secara material mahupun kasih sayang. Tapi lelaki yang sengaja melalaikan hak isteri jelas merupakan kemungkaran. Dalam Al-Quran terdapat perintah pada suami untuk berlaku ma’ruf pada isteri, menunaikan nafkah keperluan hidup, serta tidak mencari-cari kesalahan isteri.
Kedua, biasanya isteri bercerita pada pihak luar kerana merasakan keperluan emosionalnya tidak dipenuhi suami. Maka, berikan perhatian dan bantuan pada isteri. Ada hal menarik yang dilakukan Nabi SAW bila isterinya akan naik ke atas unta, sebagaimana yang diriwayatkan Imam Bukhari. Beliau duduk dan menjadikan lututnya yang mulia sebagai tempat pijakan (foot step) bagi Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab RA untuk naik ke atas belakang unta. Ketika Shafiyyah menangis, Rasulullah juga tidak membiarkan atau meninggalkannya, namun beliau mengusap air mata isterinya. Imam Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menemani isteri-isteri beliau tatkala mereka sakit.
Ketiga, tabiat isteri adalah senang bercerita, walaupun untuk topik yang sederhana. Oleh kerana itu, para suami, jadilah pendengar yang baik. Suami tidak perlu memberikan solusi atau menanggapi setiap cerita isteri, cukuplah dengan menjadi pendengar yang baik, bersemangat, dan ikut secara emosional – seperti tersenyum atau tertawa – maka sudah menjadi hadiah yang berharga untuk isteri.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis dengan judul Ummu Zarra’. Hadis ini adalah cerita Aisyah RA kepada Rasulullah SAW tentang sebelas orang wanita yang menceritakan kehidupan alam perkahwinan mereka. Selain berisi ibrah tentang kisah-kisah mereka, dalam hadis ini juga terkandung hikmah betapa Nabi SAW sabar dan teruja mendengarkan kisah Aisyah. Beliau tidak memotong apalagi mencela cerita Aisyah. Itulah peribadi lelaki yang dimuliakan Allah SWT.
Ketika isteri mendapati suaminya bukan pendengar yang baik, boleh dijangka dia akan bercerita pada orang lain atau lebih buruk lagi membuat curahan hati di media sosial. Dia memang bersalah, tapi kesalahan lebih besar lagi dipikul oleh suaminya yang membuatnya begitu.
Tidak sedikit suami yang mencukupkan nafkah pada isteri tapi tidak menjalankan poin ke-2 dan 3. Mereka merasa sudah menjadi suami yang baik dengan memberikan nafkah material pada isterinya, tapi lupa bahawa yang dinikahinya adalah wanita yang memiliki keperluan emosional. Banyak suami yang tidak tahu sekiranya isteri-isteri mereka berkeluh kesah di luar, sehingga akhirnya menjatuhkan maruah suami mereka. Sedangkan suami merasa diri mereka sudah menjadi lelaki yang baik untuk isterinya. Ini benar-benar musibah untuk keduanya.
Sebelum pasangan membocorkan ke dunia luar, perbaikilah hubungan dengan isteri. Termasuk, tanyakan padanya, pada siapa curahan hatinya ketika ada masalah dengan diri anda; orang luar, medsos? Mudah-mudahan dia jujur menjawab bahawa suaminya adalah lelaki terbaik, pendengar terbaik, dan sahabat baik.
#keluarga #suamisiteri #rumahtangga #aibpasangan #isteri #suami #peranansuami #mendidikisteri #bersahabatdenganpasangan