[Keluarga] Membentuk Kesedaran Politik Islam dalam Kalangan Remaja
Penulis: Nabila Ummu Anas
Kini pelbagai isu kehidupan yang dahulunya menjadi buah fikiran dan perbincangan orang dewasa, mula masuk ke dalam pemikiran kanak-kanak dan remaja, malah sengaja hadir di hadapan kanak-kanak dan remaja Islam. Sebut saja isu toleransi beragama, pengiktirafan tingkah laku L687Q, pendidikan seks awal kanak-kanak dan sebagainya.
Memerhati fenomena ini, setiap keluarga Islam perlu melengkapkan ahli keluarganya dengan kefahaman Islam ketika menangani masalah yang berlaku. Kesedaran remaja dari sebahagian keluarga terhadap realiti di sekeliling mereka juga mesti mula terbentuk selari dengan Islam atau tidak. Bukan hanya bergantung pada pemikiran dan hawa nafsu manusia.
Perlu Peka dengan Realiti
Perlu ada usaha untuk mengajak remaja mengambil berat tentang apa yang berlaku dan dirasai di sekelilingnya, baik di rumah mahupun di sekolah. Jangan biarkan remaja tidak peduli dengan program atas nama mendidik remaja. Kepedulian remaja Islam terhadap setiap fakta yang dirasai oleh mereka mestilah pada setiap masa. Proses pengulangan ini akan menumbuhkan sensitivity dari sini, tabiat menilai fakta ini akan terbentuk sama ada ianya benar atau tidak. Oleh itu, perlu ada keluarga dan masyarakat yang kondusif untuk remaja supaya mereka dapat meluahkan segala yang dirasai setiap hari. Harapannya akan mendapat respon yang selari serta merancakkan lagi perbincangan. Perbincangan yang diulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan dalam kalangan remaja Islam akan mengasah kecerdasan mereka. Mereka akan membiasakan diri membaca dan membincangkan maklumat serta peristiwa yang berlaku. Bukan hanya mengandaikan atau mengkhayal seperti kebanyakan remaja hari ini.
Pembinaan Remaja Islam
Setelah mempelajari fakta, wajib mengaitkannya dengan kefahaman Islam. Oleh itu forum pengajian Islam amat diperlukan dalam kalangan remaja Islam kerana Islam merupakan risalah yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai masalah dalam kehidupan manusia. Kefahaman tentang Islam adalah piawai bagi setiap peristiwa atau maklumat bagi remaja. Kriteria benar atau salah ialah Islam, bukan berdasarkan akal manusia semata-mata apatah lagi berlandaskan nafsu. Bahaya bagi kehidupan makhluk di dunia ini untuk menyeragamkan segala-galanya atas nafsu, akan berlaku undang-undang rimba dimana yang kuat akan menjadi mangsa dan yang lemah akan menderita. Akibatnya, keadilan tidak pernah ditegakkan.
Islam adalah peraturan hidup manusia. Sebagai contoh, lihat bagaimana Islam mengawal urus niaga pinjam meminjam. Adakah benar jika dikatakan hutang riba adalah sumber pendapatan negara dan hutang seperti ini bukan perkara negatif? Adakah urusan riba bukan kemaksiatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT?
Tentu ada penjelasan terperinci dalam Islam berkenaan interaksi manusia dalam kehidupan. Ini kerana Allah SWT, menurunkan Islam sebagai petunjuk bagi manusia dalam melangkah di kehidupan dunia. Islam bukan sekadar agama ritual yang mengatur ibadah hamba kepada Tuhannya, tetapi lebih luas daripada itu. Justeru, remaja hendaklah mengkaji kesempurnaan dan kelengkapan Islam ini dalam wadah pembinaan. Hasilnya, remaja boleh melihat pelbagai berita dan peristiwa dari sudut pandangan Islam sahaja, bukan dari pandangan lain.
Dakwah Membangkitkan Fikiran Umat
Sekali lagi, aktiviti seperti ini perlu diteruskan dalam bentuk bimbingan untuk mengasah pola pemikiran remaja yang mengenal realiti dan mengaitkannya dengan kefahaman Islam untuk membentuk skema pemikiran Islam. Inilah benih terbentuknya kesedaran politik Islam dalam kalangan remaja Islam. Sudah tentu ia tidak terhenti pada kepuasan intelek peribadinya. Remaja yang bijak selain mempunyai kepekaan dan wawasan yang luas tentang fakta, juga memahami kaca mata Islam dalam memandang dan menyelesaikan pelbagai masalah. Kemudian, pemuda Islam akan menyampaikan kesedaran politik Islam kepada rakan dan kenalan mereka. Jaringan remaja Islam yang peka dengan permasalahan umat dan hadir sebagai penyelesai masalah di tengah-tengah masyarakat terbentuk.
Kita faham bahawa pelbagai masalah tidak akan pernah selesai melainkan dengan mencabut punca masalah yang bertentangan dengan fitrah manusia dan Islam. Oleh itu, pemuda Islam juga harus memperjuangkan satu perjuangan iaitu yang tidak bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata-mata tetapi perjuangan pemikiran membangkitkan minda umat dan menyeragamkannya dengan Islam.
Sesungguhnya umat menantikan kehadiran remaja yang mempunyai kesedaran politik Islam. Ini kerana pelbagai masalah kehidupan yang menimpa manusia hari ini adalah hasil daripada fahaman kapitalisme sekular yang merosakkan dan tidak di redhai Allah. Hal ini, memerlukan tangan-tangan remaja yang sedar agar umat dibantu daripada kemerosotan pemikiran.
Umat Islam perlu bangkit dan membuang pemikiran yang rosak dari fikiran mereka. Remaja Islam harus mampu menjadi perintis perjuangan rakyat untuk mengembalikan Islam dalam aturan kehidupan manusia. Dengan demikian, rahmat dan manfaat dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk di muka bumi ini. insyaAllah.
“Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, kemudian kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” [TMQ Al-A’raf (7): 96].
Sumber :
https://muslimahnews.net/2023/01/09/16503/
#keluarga #remaja