[Nafsiyah] Sikap Seorang yang Berilmu
Belajar untuk terus mendalami tsaqafah Islam itu wajib kerana tsaqafah Islam itu mendalam dan perlu dipelajari secara serius dan bersungguh-sungguh.
Tetapi ingat, bahawa ilmu bukanlah tujuan. Tujuan kita adalah mengabaikan diri kepada Allah. Pengabdian kita kepada Allah adalah dengan melaksanakan seluruh syariat-Nya. Buah ilmu ialah dakwah dan menegakkan kehidupan Islam.
Semakin mendalam kita belajar maka semakin cinta dan semangat mengamalkan Islam dan menegakkannya dalam semua aspek kehidupan.
Mereka yang menyindir orang yang mempunyai semangat keislaman tinggi bahkan memusuhi mereka yang berdakwah untuk Islam adalah sebuah kejanggalan.
Kejanggalan tersebut kerana malapnya semangat keislaman dan merasa terpesona dengan tamadun Barat. Akhirnya dengan pelbagai alasan dan dalil, mereka berusaha menerima tamadun Barat seperti negara bangsa, demokrasi dan sekularisme.
Fiqh waqi’ atau fiqh progresif yang dilaungkan hanyalah penutup untuk menutup ketidakmampuan bersikap tegas tentang yang mana dasar perlembagaan Islam dan mana perlembagaan sekular. Wacana menerima konsep Barat dalam bernegara kerana alasan darurat (sementara) nampak klise.
Akhirnya umat semakin jauh dari gambaran sistem hidup Islam dalam konteks masyarakat, bangsa, dan negara. Cita-cita membangun negara dengan konstitusi Islam di mana kedaulatan tertinggi di tangan hukum syariat dianggap aib.
Sementara mereka yang berilmu masih berbangga dengan latar belakang keluarga dan pendidikannya. Sedangkan dia telah melepaskan gagasan klasik tersebut dan berganti dengan gagasan dari Boston dan Harvad yang dianggap membanggakan.
Jangan tertipu meskipun pakaiannya masih pakaian kampung. Itu bukanlah sikap seorang terpelajar yang lahir dari rahim syariat Islam. Ini adalah musibah di atas musibah.
Sumber:
#Nafsiyah
#TsaqafahIslam
#HidupBersyariat