[Kisah inspiratif] Yahya bin Ma’in, Penulis Sejuta Hadis
Tokoh kita kali ini adalah kanak-kanak yang dianugerahi Allah SWT wang yang banyak. Nama beliau adalah Yahya bin Ma’in, lahir di Baghdad, Irak, pada zaman Khalifah Bani Abbasiyah, 158 H. Ayahnya seorang penulis yang handal. Namun, beliau jauh lebih hebat dari ayahnya kerana dengan tangannya beliau pernah menulis satu juta hadis. Itu pun tidak hanya tersalut dari tulisan hadis yang sudah ada, tetapi masih memburu hadis daripada para ulama di seluruh negeri Islam, lalu beliau mencatatkannya. Usaha ini tentu memerlukan kos yang sangat banyak. Dari mana beliau mendapatkannya?
Beliau mendapatkan warisan yang banyak dari ayahnya, iaitu sebanyak 1,050,000.00 dirham. Semua wang itu kemudian dihabiskan untuk mencari ilmu, bukan untuk makanan ringan atau membeli mainan seperti anak-anak pada umumnya.
Beliau memburu ilmu ke mana saja sejak kecil. Beliau menulis hadis dan menghafalkannya. Kekuatan hafalannya luar biasa dan itu diakui oleh teman-temannya. Jika ada yang membacakan hadis kepadanya, beliau langsung mampu menghafalnya tanpa harus diulangi.
Beliau memiliki guru yang banyak dari pelbagai wilayah Islam. Sebahagian daripadangurunya adalah Abdullah bin Mubarak, Sufyan bin Uyainah, Waki’, Abdurrahman bin Mahdi,dan banyak ulama lainnya dari negeri Irak, Hijaz, al-Jazirah, Syam, dan Mesir.
Selain cerdas, beliau sangat tekun dan rajin belajar hadis. Beliau selalu dalam keadaan sibuk dengan ilmu ketika bertemu dengan siapa saja. Itu pun sambil menjaga wuduk. Jika terbatal, beliau segera berwuduk kembali.
Akhirnya beliau menjadi ulama hadis yang sangat handal. Beliau adalah orang yang paling banyak menulis hadis di zamannya. Beliau juga paling faham tentang hadis melebihi ulama hadis lain pada masa tersebut.
Beliau menjadi salah seorang guru kepada Imam Bukhari, juga kepada ramai pakar hadis yang lain. Beliau juga merupakan Imam yang paling senior di antara ulama seangkatannya, seperti Imam Ali al-Madini, Imam Ahmad bin Hanmbal, Imam Ishaq bin Rahawaih dan Imam Abu Bakar bin Abi Syaibah.
Di antara murid seniornya adalah Imam Ahmad bin Hambal, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Abu Zur’ah ar-Razi dan Abu Hatim ar-Razi, Ibrahim bin Abdillah al-Junaid, Ahmad bin Ali al-Marwazi, Ibrahim bin Ya’qub al-Juzajani dan lainnya. Di antara karya tulisannya yang terkenal ialah At-Tarikh wa Al-Ilal dan Ma`rifah ar-Rijal. Beliau mengatakan, “Aku telah menulis dengan tanganku sebanyak satu juta hadis.”
Beliau wafat pada Zulhijjah 233 H di Madinah, ketika sedang melaksanakan ibadah haji dan dimakamkan di Pemakaman Baqi.
Terdapat kata-kata Yahya bin Ma’in yang layak kita ingati, terkait dengan keimanan terhadap Al-Quranul Karim. Beliau berkata,
“Al-Qur’anu kalamullahi ta’ala, wa laisa bi makhluuqin”
“Al-Qur’an itu adalah kalam Allah Taala, bukan makhluk.”
Pengakuan daripada para ulama lain terhadap beliau diantaranya:
-An-Nasa’i mengatakan, “Abu Zakariya berstatus tsiqah dan amanah, serta termasuk salah seorang yang pakar dalam hadis.”
-Ali bin Al-Madini mengatakan, “Saya tidak pernah melihat, sejak zaman Adam, ada orang yang menulis hadis yang lebih bagus daripada tulisan Yahya bin Ma’in.”
-Yahya Al-Qatthan mengatakan, “Belum pernah ada orang yang mendatangi kami, seperti dua orang ini: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in.”
-Imam Ahmad mengatakan, “Yahya bin Ma’in adalah orang yang paling memahami tentang ‘ilmu rijal‘(analisis kritis terhadap para perawi hadis).”
-Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut dia dengan “Imam Al-Jarh wa At-Ta’dil” (pemimpin dalam masalah jarh wa ta`dil (ilmu yang membahas di dalamnya penilaian baik dan buruk/cacat dari seorang pengkritik terhadap perawi hadis).
-Imam Az-Dzahabi menyebutnya dengan “Sayyid Al-Hufazh” (pemimpin para pakar hadis). Setelah menyebutkan biografi singkat tentang Ibnu Ma’in, Imam Az-Dzahabi mengatakan, “Yahya terlalu terkenal untuk saya bahas tentang keutamaannya.”
Sumber bacaan:
Abu Umar Abdillah. 2018. “Masa Kecil Para Ulama”. Cetakan ketiga. Wafa Press. Klaten
https://id.wikipedia.org/wiki/Yahya_bin_Ma%27in
Sumber: https://muslimahnews.net/2022/12/23/15851/