PERANCANGAN RAMADHAN YANG PRODUKTIF
Oleh : KH Hafidz Abdurrahman MA
(طَاعَةٌ وَقَوْلٌ مَعْرُوْفٌ، فَإِذَا عَزَمَ الأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوْا اللهَ لَكاَنَ خَيْرًا لَهُمْ)
“Ketaatan dan bertutur kata yang baik (lebih baik bagi mereka). Sebab ketika perintah (perang) itu ditetapkan kepada mereka, (mereka tidak menyukainya).
Padahal jika mereka benar (beriman) kepada Allah nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [TMQ Muhammad: 21]
Sepuluh perkara penting yang perlu diiperhatikan sepanjang Ramadhan :
- Kurangkan bercakap, kurangkan bergurau dan memperlahankan suara anda. Mengapa?
Nabi SAW bersabda :
فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب
“Pada saat salah seorang di antara kalian berpuasa maka hendaknya tidak mengucapkan kata-kata keji, dan tidak bergaduh.”
- Jangan membalas kemarahan orang dalam perkara apapun. Cukup katakan, “Saya berpuasa.”
- Ramadhan bukan hanya dari Fajar hingga Maghrib. Tetapi, Ramadhan itu selama 30 hari. Siang dan malam.
Jika di siang hari puasa menjaga anggota tubuh dari berbagai perkara yang membatalkan puasa, maka di malam hari adalah waktunya menjaga hati dari berbagai bentuk kemaksiatan.
- Semua orang boleh mengerjakan solat, berpuasa dan tilawah Al-Quran. Tetapi kebanyakan mereka tidak memahami dan peduli dengan tujuan dan objektif dari semua itu, iaitu takwa.
Maka utamakan dan fokus mengubah tingkah laku kita. Selain itu, turut fokus dalam membersihkan hati kita.
Mengutamakan dan fokus kepada ibadah agar mempunyai kesan yang kuat dalam kehidupan dan muamalah kita.
Jika kita biasa berbohong maka hentikanlah kebiasaan itu. Jika anda biasa melakukan ghibah, maka tahanlah lisan anda. Jika anda biasa melakukan rasuah, maka bertaubatlah.
Jika tidak, bilakah kita akan bertaubat? Jika tidak, bilakah kita akan bertaubat dan mengubah diri kita? Kalau bukan sekarang bila lagi?
- Sediakan sekurangnya 30 doa yang berbeza. Tulislah walau di mana pun. Setiap hari anda membaca satu doa pada waktu berbuka puasa.
Sebab Nabi SAW telah memberitahukan bahawa setiap kali berbuka ada doa yang mustajab. Maka jangan kita sia-siakan peluang keemasan ini.
- Buat perancangan strategik seperti memperbanyak zikir di bulan ini.
Tiap hari sekurangnya kita berzikir 10,000 kali, contohnya seperti membaca Tahmid, Tasbih dan Takbir. Ini yang minimum.
Ikrimah RA berkata, “Abu Hurairah biasa membaca tasbih setiap hari dengan 12,000 kali.
Beliau berkata, “Saya bertasbih sebanyak Diyatku.” – selesai kutipan dari al-Bidayah wa an-Nihayah Juz XI/389.
- Jangan biarkan sehari berlaku, tanpa kita bersedekah walaupun sedikit.
Walaupun hanya RM1. Lihatlah nanti Anda akan melihat bagaimana dermawannya Zat yang Maha mulia Allah Subhanahu wa Taala.
Bagaimana Dia memuliakanmu di dunia sebelum di akhirat.
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah. Sebaliknya Allah akan melipatgandakannya.
- Solatlah Tarawih dengan Imam yang bagus bacaannya. Itu akan mendorong dan memotivasi anda, serta meningkatkan kekuatan rohani anda.
- Tiap hari di bulan Ramadhan Allah membebaskan penghuni neraka.
Maka mintalah dari Allah pada setiap hari dan malam agar kita dibebaskan pada hari itu. Jika tidak pada hari sebelumnya.
Jangan lupa sebut nama saya bersamamu.
- Jadikan khataman bacaan tahun ini bukan sekadar khatam begitu saja, kerana yang penting bukan berapa banyak khatamnya.
Ambilah mushaf yang disertai tafsir berisi makna Al-Quran, meski ringkas. Baca makna setiap halamannya. Lihatlah, dan rasakanlah, Anda di mana?
Tanyalah dirimu :
1️⃣ Apa niatmu?
2️⃣ Apa objektif tahun ini di bulan yang penuh kemuliaan ini?
3️⃣ Benarkah Anda berniat mengerjakan puasa dengan puasa yang benar?
4️⃣ Atau ia akan berlalu sebagaimana Ramadhan sebelumnya.
Tanamkan :
❤️ Niat dalam hatimu dan laksanakan.
💚 Niat untuk berubah dalam dirimu baik
dan berubahlah.
Maka itu akan menjadi titik awal, kemudian anda akan mendapatkan hasil yang luar biasa atau sebaliknya. Ramadhan berlalu dan Anda tidak mendapatkan apa-apa?
Allahu Akbar 3X
#RancangRamadhan #Ramadhan1444h #Ramadhantiba