[TARBIAH RAMADHAN]
MEMBINA PERANAN GLOBAL MUSLIMAH: MENJADI SEBAHAGIAN DARI JAMAAH POLITIK BERIDEOLOGI
Berdakwah memang boleh dilakukan secara individual (dakwah fardiyyah). Namun, untuk tujuan besar penegakan syariah dan Khilafah, mustahil ia dapat diwujudkan oleh seorang individu. Usaha ini hanya boleh dicapai dengan dakwah secara kolektif (dakwah jamaah), terlibat aktif dalam dakwah melanjutkan kehidupan Islam. Caranya adalah dengan mengkaji Islam secara intensif, memahami hukum-hukumnya, serta aktif menyerukan tegaknya syariah dalam Khilafah.
Kaum Muslimah hendaklah bergabung dalam barisan dakwah agar aktivitinya terorganisasi, terarah dan tepat sasaran. Di sini pun dia mampu meningkatkan potensi dirinya, baik dari penguasaan tsaqafah dan keperibadiannya. Bergabungnya Muslimah dalam parti politik berideologi merupakan pemenuhan kewajipan dari Allah SWT, sebagaimana firman Allah SWT (yang bermaksud): “Hendaklah (wajib) ada segolongan umat yang menyerukan kebaikan (Islam) serta memerintahkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran. Mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (TMQ ali-Imran [3] : 104).
Demikianlah, Islam telah menjelaskan bahawa Muslimah memiliki peranan yang sangat penting dalam menegakkan Khilafah sebagaimana lelaki. Tidak ada perbezaan. Sesungguhnya sejak Rasulullah saw. diutus menyebarluaskan risalah Islam, kaum Muslimah generasi awal telah terlibat secara aktif dalam pergerakan dakwah bersama kaum Muslim lainnya untuk melakukan transformasi sosial, mengubah masyarakat jahiliah menjadi masyarakat Islam, hingga terwujud masyarakat Islam di Madinah. Demikian halnya pada masa Khulafaur Rasyidin dan para khalifah sesudahnya, peranan Muslimah dalam kancah kehidupan sangatlah besar.
Istimewanya, pada saat yang sama, mereka pun mampu melaksanakan peranan utamanya sebagai ummun wa rabbatul bayt (ibu dan pengurus rumah suaminya), berjaya mencetak generasi terbaik—generasi mujahid dan mujtahid—yang mampu membangun peradaban Islam yang tinggi dan cemerlang. Generasi demikian lahir dari ibu-ibu yang faham Islam, yang mengajarkan Islam kaffah kepada anak-anaknya, mengajarkan Islam sebagai ideologi yang lahir darinya berbagai aturan yang sempurna yang mengatur seluruh aspek kehidupan. Tak aneh jika umat Islam pada zaman tersebut betul-betul mampu tampil sebagai khairu ummah.
Kini, sudah saatnya kaum Muslimah menyedari bahawa mereka adalah penyangga dan pembangun peradaban Islam yang mulia, memiliki tanggungjawab yang sama dengan lelaki untuk melakukan perubahan di tengah-tengah masyarakat menuju peradaban mulia, dengan berjuang menegakkan Khilafah.
– Najmah Saiidah
#tarbiahmuslimahraihkemenangan
#TarbiahRamadhan
#Ramadhan1444h
#RamadhanKareem