[Hadis Ramadhan 10] Solat Tarawih Menghapus Dosa
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ: قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
.مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya, dia berkata: Saya telah membacakan kepada Malik, dari Ibnu Syihab, dari Humaid bin Abdurrahman, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang menunaikan solat pada malam bulan Ramadhan (solat tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharap (pahala dari Allah), maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampuni.” (HR. Muslim no. 1266).
Bulan Ramadhan merupakan bulan ibadah. Bulan ini memang sangat tepat untuk meningkatkan kualiti spiritual. Awal hari menjelang Subuh, umat Islam disunnahkan untuk bangun dan segera menyantap sahur, dilanjutkan dengan solat Subuh berjemaah. Sepanjang waktu mereka diberikan kesempatan untuk lebih dekat dengan Allah baik dengan cara mengkhatamkan al-Quran, bersedekah, dan berbuka puasa.
Tidak hanya dengan kegiatan ibadah di siang hari, Allah membuka kesempatan kepada hamba-Nya untuk lebih dekat lagi dengan kesunnahan solat tarawih berjemaah. Kaum muslimin pulang lebih awal dari biasanya agar dapat berbuka puasa di rumah bersama keluarga tercinta dan dapat mengikuti solat tarawih berjemaah. Ma sya Allah!
Jika hanya dipandang dari segi fizikal, sebetulnya solat tarawih itu berat. Bagaimana tidak! Seharian lelah bekerja dan menahan lapar dan haus, seharusnya malam tinggal untuk istirehat saja, bahkan jika boleh, terus tarik selimut dan segera tidur lelap kerana esok awal-awal pagi hari sudah perlu bangun lagi untuk bersahur. Tapi semua itu tidak menjadi perhitungan bagi kaum muslimin yang tinggi semangat ibadah dan keikhlasannya. Lelah mungkin iya, tapi mereka menepis semua itu kerana mereka mengejar ampunan Allah melalui solat tarawih sebagaimana hadis di atas.
Solat tarawih hanya boleh dilakukan di malam bulan Ramadhan. Jika ada masa lapang atau khusus, biasanya pedagang atau peniaga membela mati-matian mengejarnya agar mendapat keuntungan berlipat. Begitu juga solat tarawih. Bagi mereka yang mengejar pahala dan ampunan tentu tidak mahu ketinggalan sedikitpun.
Tidak perlu lagi kecohkan tentang masalah jumlah rakaat solat tarawih. Masalah itu sudah ada sebelum kita lahir. Nak yang 8 rakaat ditambah witir 3 rakaat yang semuanya menjadi 11 rakaat, silakan! Nak yang 20 ditambah 3 rakaat witir yang totalnya menjadi 23, juga silakan! Wallahu A’lam.
Sumber: Pusat Kajian Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung