[Hadis Ramadhan 11] Lebih Dermawan di Bulan Ramadhan
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، أَخْبَرَنَا ابْنُ شِهَابٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ، أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ.
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’ad, telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Syihab, dari ‘Ubaidallah bin ‘Uqbah, bahawa Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling lembut (dermawan) dalam segala kebaikan. Dan kelembutan Beliau yang paling baik adalah semasa bulan Ramadhan ketika Jibril alaihissalam datang menemui Beliau. Jibril alaihissalam datang menemui Beliau pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk membacakan al-Quran) hingga al-Quran selesai dibacakan untuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Apabila Jibril alaihissalam datang menemui Beliau, maka Beliau adalah orang yang paling dermawan dalam segala kebaikan melebihi lembutnya angin yang berhembus”. (HR. Bukhari no. 1769).
Kelembutan dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bukan hanya di bulan Ramadhan. Setiap waktu dan dimana pun Beliau selalu begitu. Namun kedermawanan, kelembutan dan keramahan Beliau semakin bertambah di bulan Ramadhan. Hadis di atas menggambarkan bahawa kedermawanan dan kelembutan Beliau melebihi angin yang berhembus, masya Allah.
Hadis di atas mengajarkan kita agar menjadi orang yang lembut, ramah dan dermawan. Kedermawanan perlu kita maksimakan lagi di bulan Ramadhan kerana besarnya pahala bersedekah. Jangan sampai ada saudara kita yang seharusnya khusyuk beribadah di bulan Ramadhan mengalami kesusahan untuk bersahur dan berbuka. Jika kita memaksimakan sedekah di bulan Ramadhan, pahalanya tentu berganda. Pahala sedekah di bulan Ramadhan berbeza di bulan lainnya.
Demikian juga dengan pahala ittiba’ (mengikuti) sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melalui ilmu yang kita dapatkan melalui hadis Beliau. Minima sedekah makanan bagi yang berpuasa. Idealnya jika kita mampu, bersedekahlah dalam bentuk modal usaha agar dapat membantu saudara kita dalam jangka panjang. Apalagi di dalam sistem kehidupan yang serba sukar seperti sekarang ini. Jika bentuk sedekahnya seperti itu, apalagi di bulan Ramadhan, tentu akan lebih besar lagi pahalanya. Wallahu A’lam.
Sumber: Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung