[Hadis Ramadhan 12] Pahala Memberi Makan Orang yang Berbuka Puasa
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحِيمِ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Telah menceritakan kepada kami Hannad, telah menceritakan kepada kami Abdurrahim, dari Abdul Malik bin Abu Sulaiman, dari ‘Atha’, dari Zaid bin Khalid Al Juhani berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka, dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun”
Abu ‘Isa berkata: “Ini merupakan hadis hasan sahih.” (HR. Tirmidzi no. 735).
Bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkah. Di bulan inilah kita dilatih oleh Allah untuk menjadi hamba yang semakin kuat berhubungan langsung kepada Allah dan juga berhubungan dengan sesama muslim. Islam tidak hanya menginginkan umatnya soleh secara individual tapi juga soleh secara sosial.
Terhadap muslim yang sudah meraih pahala berpuasa, Allah juga membuka peluang bagi para hamba-Nya untuk melipatgandakan pahala yang semakin besar dengan cara memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka. Dan hebatnya lagi, pahala memberi makan orang berbuka itu sebanding dengan pahala puasa orang yang diberi makannya itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikitpun. Kita ambil contoh, si Fulan memberi makan orang yang ingin berbuka puasa sebanyak 10 orang, maka si fulan mendapakan pahala puasa 11 kali, satu kali kerana puasanya ditambah 10 kali pahala memberikan makanan. Ingat, itu baru pahala standard! Boleh jadi pahalanya lebih besar dan berganda lagi kerana kemuliaan bulan Ramadhan. Wallahu A’lam.
Selain limpahan pahala yang diperoleh, memberi makan orang yang berbuka puasa merupakan salah satu amal ibadah yang penuh hikmah, diantaranya adalah memperkukuhkan ukhuwah Islamiyah. Jika kebiasaan positif ini dilakukan terus sepanjang Ramadhan, maka terbentuklah sifat dermawan dan tingginya jiwa sosial kaum muslimin di luar bulan Ramadhan.
Jika ada tawaran daripada pihak pengurusan masjid atau mushalla yang biasanya menawarkan proposal untuk kegiatan berbuka puasa bersama (ifthar jama’i), terima saja! Itu rezeki buat kita untuk mengamalkan hadis di atas. Wallahu A’lam. (Rujukan: Pusat Kajian Hadis)
Sumber: Pusat Pendidikan Hadis Ma’had Khadimus Sunnah Bandung