Ma’al Hadits Al-Syarif: Umatku akan Terpecah Menjadi 73 Golongan
Wahb bin Baqiyyah menceritakan kepada kami, dari Khalid, dari Muhammad bin Amru, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«افْتَرَقَتْ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَتَفَرَّقَتْ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً»
“Yahudi terpecah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, Nashara (Kristian) terpecah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan.”
Disebutkan dalam ‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Dawud: Sabda Nabi SAW, “Yahudi terpecah belah ….” Maka sabda baginda ini adalah salah satu mukjizatnya SAW, kerana dia memberitakan tentang sesuatu yang ghaib yang telah terjadi.
Al-Alqami berkata: Syeikh kami berkata: Imam Abu Manshur Abdul Qahir bin Thahir al-Tamimi menyusun sebuah kitab yang menjelaskan hadis ini, di mana beliau berkata bahawa orang-orang yang memiliki pendapat berbeza (ashābul muqāwalah) mengetahui bahawa yang dimaksud oleh Nabi SAW dengan golongan-golongan yang tercela, bukanlah mereka yang berbeza pendapat dalam cabang-cabang fiqih terkait hukum halal dan haram, melainkan yang dimaksud dengannya adalah orang-orang yang menyalahi Ahlulhaq (Ahlussunnah wal Jama’ah) mengenai ushūlut tauhīd (dasar-dasar akidah), penilaian baik (al-khair) dan buruk (al-syar), syarat-syarat kenabian dan kerasulan, kesetiaan kepada para sahabat, dan hal-hal yang serupa dengan masalah-masalah ini, sebab orang-orang yang berbeza pendapat mengenai hal itu telah membuat sebahagian dari mereka mengkafirkan sebahagian yang lain; berbeza dengan jenis yang pertama, sebab meski mereka berbeza pendapat, mereka tidak menyatakan kepada orang yang berbeza pendapat sebagai orang kafir atau fasik (pendosa).
Dengan demikian, pentafsiran hadis mengenai perpecahan umat merujuk kepada jenis perbezaan atau perselisihan ini, iaitu perbezaan mengenai pokok-pokok akidah atau agama. Seperti perselisihan kaum Qadariyyah, yang dipimpin oleh Ma’bad al-Juhani dan para pengikutnya, yang terjadi menjelang akhir masa para sahabat, sehingga kemudian perselisihan secara bertahap meningkatkan jumlah golongan yang sesat mencapai tujuh puluh dua, dan yang ketujuh puluh tiga, mereka adalah Ahlussunnah wal Jamaah, iaitu golongan yang selamat (al-firqah al-nājiyah), berakhir pengutipan dengan sedikit diringkaskan.
**** **** ****
Sebahagian orang mungkin memahami hadis ini sebagai kecaman dan celaan terhadap keberadaan parti dan kelompok Islam, sehingga berdasarkan pemahamannya itu ia mulai memerangi kelompok (al-hizbiyah), bahawa hal itu telah memecah belah kesatuan umat Islam, atau ia mulai mencari golongan yang selamat (al-firqah al-nājiyah) di antara parti-parti dan kelompok-kelompok tersebut.
Yang perlu ditegaskan adalah bahawa hadis ini sangat jauh dari pemahaman tersebut. Hadis tersebut, sebagaimana dijelaskan dalam penjelasan di atas, berbicara tentang perpecahan mengenai dasar-dasar akidah atau usuluddin (dasar-dasar agama). Dalilnya adalah bahawa dasar-dasar agama, seperti keimanan kepada para Rasul dan kitab-kitab suci, adalah dasar perpecahan antara orang Yahudi dan Nasara (Kristian), dan ini dengan jelas disebutkan dalam banyak ayat, seperti:
Allah SWT berfirman:
﴿وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ إِلاَّ مِن بَعْدِ مَا جَاءهُمُ الْعِلْمُ بَغْياً بَيْنَهُمْ﴾
“Orang-orang yang telah diberi kitab tidak berselisih, kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian di antara mereka.”
[TMQ Ali Imran (3) : 19]
Dan firmanNya:
﴿وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَىَ شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ كَذَلِكَ قَالَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ مِثْلَ قَوْلِهِمْ فَاللّهُ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُواْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ﴾
“Orang Yahudi berkata, “Orang Nasrani itu tidak menganut sesuatu (agama yang benar)” dan orang-orang Nasrani (juga) berkata, “Orang-orang Yahudi tidak menganut sesuatu (agama yang benar),” padahal mereka membaca Kitab. Demikian pula orang-orang yang tidak berilmu (musyrik Arab) berkata seperti ucapan mereka itu. Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari Kiamat tentang apa (agama) yang mereka perselisihkan.” [TMQ Al-Baqarah (2): 113]
Allah SWT berfirman:
﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ وَقَفَّيْنَا مِن بَعْدِهِ بِالرُّسُلِ وَآتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ أَفَكُلَّمَا جَاءكُمْ رَسُولٌ بِمَا لاَ تَهْوَى أَنفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقاً كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقاً تَقْتُلُونَ﴾
“Sungguh, Kami benar-benar telah menganugerahkan Kitab (Taurat) kepada Musa dan Kami menyusulkan setelahnya rasul-rasul. Kami juga telah menganugerahkan kepada Isa, putera Maryam, bukti-bukti kebenaran, serta Kami perkuat dia dengan Ruhulkudus (Jibril). Mengapa setiap kali rasul datang kepadamu (membawa) sesuatu (pelajaran) yang tidak kamu inginkan, kamu menyombongkan diri? Lalu, sebahagian(nya) kamu dustakan dan sebahagian (yang lain) kamu bunuh?” [TMQ Al-Baqarah (2) : 87].
**** **** ****
Adapun perbezaan dan perselisihan dalam perkara-perkara cabang, maka bukan sesuatu yang dilarang, sebab perbezaan dan perselisihan dalam perkara-perkara cabang, sudah ada di era para Sahabat dan setelahnya, bahkan dalam masalah ini ada banyak contohnya.
Oleh kerana itu, keberadaan parti dan kelompok, seperti Hizbut Tahrir, Ikhwanul Muslimin, Tabligh dan Da’wah, dan lainnya tidak dianggap sebagai salah satu dari tujuh puluh tiga golongan, melainkan semuanya, dengan izin Allah SWT, berasal dari satu golongan “Lā Ilāha Illallāh Muhammad Rasūlullah, Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasul Allah” yang diredhai oleh Allah kerana mereka semua adalah kaum Muslim.
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 26/1/2026.