Ma’al Hadits Al-Syarif: Akan Datang pada Akhir Zaman
Imam Bukhari meriwayatkan dalam shahihnya bahawa Ali RA berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
«يَأْتِي فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ حُدَثَاءُ الْأَسْنَانِ سُفَهَاءُ الْأَحْلَامِ يَقُولُونَ مِنْ خَيْرِ قَوْلِ الْبَرِيَّةِ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ لَا يُجَاوِزُ إِيمَانُهُمْ حَنَاجِرَهُمْ فَأَيْنَمَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاقْتُلُوهُمْ فَإِنَّ قَتْلَهُمْ أَجْرٌ لِمَنْ قَتَلَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»
“Akan datang pada akhir zaman suatu kaum yang muda usianya dan pendek akalnya (pemahamannya dangkal). Mereka mengucapkan sebaik-baik perkataan manusia (membaca Al-Quran). Mereka keluar daripada Islam sebagaimana anak panah terlepas daripada busurnya. Iman mereka tidak melepasi kerongkong mereka. Di mana sahaja kamu menjumpai mereka, maka perangilah (bunuhlah) mereka, kerana sesungguhnya membunuh mereka itu akan mendapat ganjaran pahala pada hari Kiamat bagi sesiapa yang membunuh mereka.”
Sabda baginda SAW, “hudathā’ al-asnān”: iaitu shighār al-sinni (berusia muda). Sabda baginda, “sufahā’ al-ahlām” (pemahamannya dangkal atau pendek akal), bermaksud mentaliti mereka adalah cacat. Sabda baginda, “Mereka membaca sebaik-baik perkataan manusia”, iaitu Al-Quran; yang bermaksud perkataan mereka adalah baik, tetapi perbuatan mereka adalah buruk. Sabda baginda, “Mereka keluar daripada Islam sebagaimana anak panah terlepas daripada busurnya”, bermaksud mereka meninggalkan Islam seperti anak panah yang meluncur laju meninggalkan busurnya apabila dilepaskan oleh pemanah yang kuat dan mahir. Sabda baginda, “Iman mereka tidak melepasi kerongkong mereka”, bermaksud mereka hanya beriman dengan kata-kata (di lisan sahaja), bukannya dengan hati mereka (iman itu tidak meresap ke dalam keyakinan mereka).
Orang-orang yang ciri-cirinya disebutkan dalam hadis tersebut telah ditemui pada zaman ini, dan ciri-ciri tersebut terkena kepada semua penguasa zaman kita serta mereka yang menyokongnya. Mereka semakin bertambah dan terus meningkat pengkhianatannya terhadap Islam dan kaum Muslim, serta dalam memberikan khidmat kepada kolonialisme dan para penjajah, di mana mereka bersekongkol dengan orang-orang kafir untuk membunuh rakyat sendiri dan menjarah kekayaannya. Mereka tidak mahu berfikir, melihat, atau mendengar kecuali apa yang membuatkan mereka semakin memusuhi Islam dan kaum Muslim.
Mereka adalah simbol ketidakbergunaan, serta lambang kepada segala perkara yang memalukan dan menghinakan. Mulut mereka menuturkan keimanan, namun perbuatan dan ucapan mereka adalah kufur, fasik, dan zalim. Mereka mempercayai kekafiran dan penganutnya, sebaliknya mengingkari keimanan dan penganutnya. Mereka keluar daripada pintu kebenaran dan kemudian masuk ke dalam pintu kebatilan. Mereka berbicara dan berbohong dengannya, mereka berjanji dan memungkiri janji, mereka diberi amanah dan mengkhianatinya. Mereka tidak membiarkan satu pun perkara yang terlarang dan tercela kecuali mereka melakukannya, dan kepada kaum kafir segala urusan mereka disandarkan dan diserahkan. Jadi, jika demikian, maka apa yang akan terjadi seterusnya?
Sungguh, pahala yang besar sedang menanti di sebalik usaha untuk menyingkirkan mereka, dan segala kebaikan akan dicapai dengan berjuang bersama para pejuang yang tulus dan penuh tekad, yang terus berjuang siang dan malam untuk mendirikan negara Khilafah, negara kaum Muslim, yang akan mengakhiri kepemimpinan yang kebudak-budakan dan pemerintahan yang bergantung kepada kuasa asing. Sungguh, hanya Khilafah yang akan menghunuskan pedang ke leher mereka untuk menegakkan keadilan, sehingga dengannya Allah SWT menyembuhkan hati orang-orang yang beriman.
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 29/1/2026.
#KhazanahIslam #AkhirZaman #PemimpinAkhirZaman #Kemunafikan