[Syarah Hadis] Ramadhan, Bulan Turunnya Al-Quran (Bahagian 2/3)
Umumnya mereka bukanlah ulama. Sebab ulama adalah pewaris para nabi dan orang soleh adalah orang yang bertakwa. Firman Allah,
إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
“Sesungguhnya hamba-hamba Allah yang paling takut kepada-Nya adalah para ulama.” [TMQ. Fathir (35): 28]
Secara umumnya, mereka adalah orang munafik yang berusaha menakwilkan agama dan memutarbelitkannya supaya sesuai dengan kehendak pihak atasan mereka iaitu para penguasa. Di Jordan, kita menemui kelompok seperti ini dan orang ramai sudah tahu mengenainya. Di Syria, kita juga menemukan kelompok seperti ini dan orang ramai juga sudah mengenali mereka. Di Iraq, di Mesir, di Saudi, di Libya, dan hampir setiap negara Islam kita dapati kelompok seperti ini.
Apakah hukum bagi mereka dan orang-orang seperti mereka mengikut hukum Allah, apabila orang alim yang ‘paling taqarrub’ ini mendorong secara langsung terhadap perundangan yang bertentangan dengan nas syarak yang qathie. Baik sumber mahupun maknanya. Dia juga menghiasinya supaya boleh dipakai. Maka, orang alim (yang sebenarnya bodoh ini) adalah kafir, tanpa sedikit pun keraguan. Sekalipun dia berpuasa, solat, haji, dan zakat serta diduga seorang muslim. Maka, dia adalah kafir-munafik. Berapa ramai orang munafik yang tidak menyedari kebejatan dan tidak menyedari kebodohon mereka.
Bacalah sepuas hati anda firman Allah dalam surah Al- Baqarah ini,
مِنَ النَّاسِ مَن يَقُوْلُ آمَنَّا بِاللهِ وَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَ مَا هُم بِمُؤْمِنِيْنَ
يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَ مَا يَخْدَعُوْنَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَ مَا يَشْعُرُوْنَ
فِيْ قُلُوْبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا وَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ بِمَا كَانُوْا يَكْذِبُوْنَ
وَ إِذَا قِيْلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُوْا فِي الْأَرْضِ قَالُوْا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُوْنَ
أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُوْنَ وَ لَكِنْ لاَّ يَشْعُرُوْنَ
وَ إِذَا قِيْلَ لَهُمْ آمِنُوْا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوْا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاء أَلاَ إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لاَّ يَعْلَمُوْن
“Di antara manusia ada yang mengatakan, ‘Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’, padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar. Dan di hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. Dan bila dikatakan kepada mereka, ‘Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi,’ mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.’ Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar. Apabila dikatakan kepada mereka, ‘Berimanlah kamu sebagaimana berimannya orang-orang yang telah beriman’, mereka menjawab, ‘Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?’ Ingatlah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.” [TMQ Al Baqarah (2): 8-13]
Dan berapa ramai orang kafir menduga bahawa dia telah melakukan kebaikan. Bacalah firman Allah dalam surah Al-Kahfi ini,
“Katakanlah (Muhammad), ‘Mahukah Kami khabarkan kepada kamu tentang orang-orang yang paling rugi amal perbuatannya. Orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka selalu menyangka, bahawa mereka melakukan kebaikan.”
Bacalah firman Allah dalam surah Al-A’raf ini,
“Mereka telah menjadikan syaitan sebagai teman dan menolak Allah dan mereka selalu menyangka mendapat petunjuk.”
Maka, tidak semua orang yang menyangka dirinya berada dalam hidayah Allah ternyata tidak demikian. Berapa ramai orang yang ‘zuyyina lahum su’u amaluhum‘ (perbuatan buruk mereka di-make up di hadapan mereka). Standard perbuatan hanyalah hukum Allah, bukan kemahuan dan hawa nafsu para pemimpin masyarakat.
Secara umum, sebenarnya Allah telah mengutus Muhammad SAW. dengan risalah Islam kepada seluruh umat manusia,
“Katakan, wahai sekalian manusia, aku ini adalah utusan Allah kepada kalian semua.”
Maka, sesiapa yang beriman kepada Allah dan membenarkan Muhammad sebagai utusan-Nya, juga Al-Quran daripada Allah, dan bahawa syariat Islam adalah wahyu daripada Allah. Juga merupakan rahmat bagi seluruh dunia. Barang siapa yang meyakininya dan menerima dengan sepenuh hati, jelas tidak akan meninggalkannya, lalu memilih yang lain. Kerana, mustahil bagi orang yang berakal untuk meninggalkan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil-Bijaksana, memilih untuk menggantikannya dengan peraturan yang dibuat oleh manusia yang lemah ditambah pula dengan kebodohan. Jika ia datang dari seorang yang berakal, maka itu tanda bahawa dia tidak beriman.
Bacalah firman Allah dalam surah An- Nisa’,
“Tidakkah kamu melihat, orang-orang yang mengira dirinya beriman dengan apa yang Allah turunkan kepadamu, serta yang telah diturunkan sebelummu. Mereka hendak berhukum kepada ‘thaghut’, padahal mereka diperintahkan agar mengkufurinya. Dan syaitan itu ingin menyesatkan mereka sejauh-jauhnya tersesat. Bila dikatakan kepada mereka, ‘Mari kembali kepada apa yang diturunkan Allah dan yang dibawa Rasulullah’, maka kamu akan melihat orang-orang munafik menghalangi kamu dengan sekuat-kuatnya.”
Bacalah firman Allah dalam surah An- Nur,
لَّقَدْ أَنزَلْنَآ ءَايَٰتٍ مُّبَيِّنَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيم
ٍوَيَقُولُونَ ءَامَنَّا بِٱللَّهِ وَبِٱلرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّىٰ فَرِيقٌ مِّنْهُم مِّنۢ بَعْدِ ذَٰلِكَ ۚ وَمَآ أُو۟لَٰٓئِكَ بِٱلْمُؤْمِنِينَ
وَإِذَا دُعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُم مُّعْرِضُونَ
وَإِن يَكُن لَّهُمُ ٱلْحَقُّ يَأْتُوٓا۟ إِلَيْهِ مُذْعِنِينَ
أَفِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ٱرْتَابُوٓا۟ أَمْ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْ وَرَسُولُهُۥ ۚ بَلْ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ ٱلْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوٓا۟ إِلَى ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَقُولُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۚ وَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ
وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخْشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ
“Kami benar-benar telah menurunkan ayat yang menjadi penjelas. Dan Allah akan memberikan petunjuk kepada sesiapa pun, yang Dia kehendaki, ke jalan yang lurus. Mereka mengatakan,’Kami beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan kami taat.’ Kemudian setelah itu, sekelompok mereka ada yang berpaling. Dan mereka bukanlah orang-orang beriman. Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya, agar Rasul menghukum di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk kemaslahatan mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. Apakah (ketidakdatangan mereka, kerana) ada penyakit dalam hati mereka, ataukah kerana ragu-ragu, ataukah kerana takut Allah dan Rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul mengadili di antara mereka ialah ucapan,’Kami mendengar dan kami patuh’. Dan mereka itulah orang-orang yang patuh. Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapatkan kemenangan.” [TMQ. an-Nur (24): 46-52]
Seorang muslim, baik penguasa atau rakyat biasa, tidak mungkin meninggalkan syariat Allah dan dia membuat hukum sendiri selain hukum Allah dengan redha dan tenteram. Jika dia melakukannya, maka dia bukanlah seorang muslim. Ini adalah firman Allah yang jelas-jelas qathie dalam hal ini, “Maka demi Tuhanmu, mereka sesekali tidak beriman hingga mereka menjadikanmu sebagai hakim terhadap apa yang mereka perselisihkan. Kemudian mereka tidak menemukan dalam diri mereka keberatan sedikit pun terhadap apa yang telah kamu putuskan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.”
Bersambung ke bahagian 3/3
Sumber: Haditsu Al Shiyam
#Hadis #Ramadhan #BulanAlQuran #OrangBeriman #Ulama #TakutPadaAllah #SyariatIslam