[Hadis Ramadhan 20] Muslimah Juga Boleh Beriktikaf
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى .اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata: Telah menceritakan kepada kami Al Laits, dari ‘Uqail, dari Ibnu Syihab, dari ‘Urwah bin Az Zubair, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beriktikaf pada sepuluh hari yang akhir dari Ramadhan hingga wafatnya, kemudian isteri-isteri Beliau beriktikaf setelah pemergian Beliau.” (HR. Bukhari no. 1886).
Iktikaf adalah salah satu cara untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Iktikaf bukan hanya disyariatkan untuk kaum lelaki saja. Kaum muslimah juga disyariatkan untuk beriktikaf di masjid. Ada beberapa hal yang mesti diperhatikan bagi kaum wanita ketika beriktikaf di masjid:
- Bagi wanita yang bersuami wajib meminta izin suaminya. Jika suami tidak mengizinkan, maka tidak boleh iktikaf.
- Tempat iktikaf bagi wanita mestilah tertutup dari pandangan jemaah lelaki.
- Jika suami meminta istrinya untuk membatalkan iktikaf, maka isteri wajib membatalkannya.
- Hendaklah kaum wanita tidak memakai wewangian agar tidak terjadi fitnah. Tujuan iktikaf adalah murni ibadah kepada Allah, jangan sampai mengganggu kekhusyukan jemaah lainnya, terutama jemaah lelaki.
- Wajib menjaga adab di masjid. Hindari bersembang kosong yang tidak penting apalagi sibuk dengan telefon. Tujuan iktikaf adalah memperbanyakkan ibadah. Jika lelah lebih baik tidur. Wallahu A’lam.
(Sumber: Pusat Kajian Hadis)
Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung