[Hadis Ramadhan 19] Tunaikan Zakat Fitrah
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ: حَدَّثَنِي نَافِعٌ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ أَوْ .صَاعًا مِنْ تَمْرٍ عَلَى الصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ وَالْحُرِّ وَالْمَمْلُوكِ
Telah menceritakan kepada kami Musaddad, telah menceritakan kepada kami Yahya, dari ‘Ubaidullah berkata: Telah menceritakan kepada saya Nafi’, dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitri satu sha’ dari gandum atau sha’ dari kurma bagi setiap anak kecil mahupun dewasa, orang yang merdeka mahupun hamba sahaya (budak) “. (HR. Bukhari no. 1416).
حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَرَ بِزَكَاةِ الْفِطْرِ قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ.
Telah menceritakan kepada kami Adam, telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Maisarah, telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Uqbah, dari Nafi’, dari Ibnu ‘Umar radliallahu ‘anhuma, bahawa: “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan (untuk menunaikan) zakat fitri sebelum orang-orang keluar untuk solat (‘Ied) “. (HR. Bukhari no. 1413).
Kewajipan zakat hanya bagi mereka yang sudah memenuhi syarat. Adapun yang tidak mampu, tidak diwajibkan mengeluarkan zakat, termasuk zakat fitrah.
Zakat fitrah adalah zakat yang dikeluarkan oleh setiap diri muslim menjelang hari raya Aidilfitri. Kewajipan tersebut berlaku bagi orang yang mempunyai kelebihan dalam makanan pokok di malam hari raya dan pada hari rayanya. Zakat dikeluarkan dalam bentuk makanan pokok (lazimnya beras jika di Indonesia atau Malaysia) seukuran satu sha’. Ukuran satu sha’ setara dengan 4 mud. Satu (1) mud setara dengan ukuran dua (2) telapak tangan orang dewasa. Jadi 1 sha’ kira-kira setara dengan 2.5 Kg atau 3.5 liter (dibundarkan).
Selain mempunyai kelebihan dalam makanan pokok, zakat fitrah wajib dibayar oleh:
📌 Orang yang meninggal dunia setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. Zakat fitrah tersebut dibayarkan oleh ahli waris.
📌 Bayi yang lahir di bulan Ramadhan. Zakat tersebut dibayarkan oleh orang tuanya atau yang menanggungnya.
📌 Isteri dan anak (dibayarkan oleh suami dan ayahnya).
📌 Orang yang berada dalam tanggungan, zakat fitrahnya dibayarkan oleh penanggungnya. Misal: anak yatim yang ditanggung oleh pemeliharanya, seorang ibu atau ayah yang miskin, ditanggung oleh anaknya yang mampu, anak asuh dibayarkan zakat fitrahnya oleh pengasuhnya.
Adapun waktu menunaikan zakat fitrah sebagai berikut:
📌 Waktu ja’iz (boleh), iaitu terhitung masuk tanggal 1 Ramadhan.
📌 Waktu wajib, iaitu orang yang mengalami waktu sebahagian Ramadhan dan sebahagian Syawal. Misalnya orang yang wafat setelah terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan. Adapun orang yang wafat di bulan Ramadhan, zakat firahnya tidak wajib dibayarkan oleh ahli warisnya. Begitu juga dengan bayi yang lahir di bulan Ramadhan, zakat fitrahnya wajib dibayarkan. Adapun bayi yang lahir setelah masuk Maghrib malam hari raya, zakat fitrahnya tidak wajib dibayarkan.
📌 Waktu sunnah (dianjurkan), sebelum pelaksanaan solat Aidilfitri.
📌 Waktu makruh (kurang baik), setelah pelaksanaan solat Aidilfitri.
📌 Waktu haram, setelah melewati Hari Raya (malam tanggal 2 Syawwal). Ertinya, orang tersebut wajib qadha’ zakat fitrah. Qadha zakat fitrah dilakukan segera walapun telah melewati batas waktu. Wallahu A’lam.
(Sumber: Pusat Kajian Hadis)
🔴 Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung