[Hadis Ramadhan 21] Menggapai Lailatul Qadar
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ الْحَارِثِ، حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ، حَدَّثَنَا أَنَسٌ، عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ، قَالَ: خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُخْبِرَنَا بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى رَجُلَانِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ فَقَالَ:
خَرَجْتُ لِأُخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلَاحَى فُلَانٌ وَفُلَانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمْ فَالْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ.
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna, telah menceritakan kepada kami Khalid bin Al Harits, telah menceritakan kepada kami Humaid, telah menceritakan kepada kami Anas, dari ‘Ubadah bin Ash-Shamit, dia berkata:
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar untuk memberitahukan kami tentang Lailatul Qadar. Tiba-tiba ada dua orang dari Kaum Muslimin yang saling berselisih. Akhirnya Beliau berkata:
“Aku datang untuk memberitahukan kalian tentang waktu terjadinya Lailatul Qadar namun fulan dan fulan saling berselisih sehingga kepastian waktunya diangkat (menjadi tidak diketahui). Namun semoga kejadian ini menjadi kebaikan buat kalian, maka carilah pada malam yang kesembilan, ketujuh dan kelima (pada sepuluh malam akhir dari Ramadhan) “. (HR. Bukhari 1883).
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا أَبُو سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far, telah menceritakan kepada kami Abu Suhail, dari bapanya, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan”. (HR. Bukhari no. 1878)
Dari dua hadis tadi rasanya cukup mewakili pengertian bahawa Lailatul Qadar terjadi pada sepuluh malam terakhir, khususnya pada malam ganjil dalam bulan Ramadhan.
Sangat mulianya Lailatul Qadar, diriwayatkan pula bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengetatkan sarungnya dan membangunkan keluarganya di sepuluh malam terakhir Ramadhan. Beliau tidak mahu mendapatkan Lailatul Qadar sendirian. Beliau ingin juga agar malam tersebut turut diperoleh keluarganya.
Salah satu hikmah dirahasiakannya malam Lailatul Qadar adalah agar kita bersungguh-sungguh mencarinya. Allah ingin melihat kesungguhan kita. Allah ingin mendengar isak tangis dan permohonan ampunan yang kita lantunkan kepada-Nya. Allah ingin kita mengemis keampunan dan kemaafan dari-Nya. Allah ingin melihat penghambaan kita yang sesungguhnya yang mungkin di hari-hari biasanya kita lupa dengan kesombongan dan segala kemewahan, kehebatan, jawatan dan kedudukan kita.
Sekalipun kita tidak mendapatkan malam Lailatul Qadar, tapi Allah tetap akan memberi pahala yang berlimpah kerana kesungguhan dan keikhlasan kita. Allah tidak akan mensia-siakan harapan, ikhtiar dan doa kita.
Alangkah malangnya orang yang mensia-siakan kesempatan yang telah Allah berikan. Rugi sekali bagi mereka yang bermaksiat di bulan Ramadhan, terutama di 10 malam terakhir. Berbanding mendapatkan Lailatul Qadar, sebaliknya mereka memperoleh dosa berlipat ganda kerana tidak menghormati kesucian bulan Ramadhan. Wallahu A’lam.
[Sumber: Pusat Kajian Hadis]
Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung