[Hadis Ramadhan 22] Puasa Ketika Safar
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ حُمَيْدٍ الطَّوِيلِ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كُنَّا نُسَافِرُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَعِبْ الصَّائِمُ عَلَى الْمُفْطِرِ وَلَا الْمُفْطِرُ عَلَى الصَّائِمِ.
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah, dari Malik, dari Humaid al-Thawil, dari Anas bin Malik, dia berkata: “Kami pernah bepergian bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, yang berpuasa tidak mencela yang berbuka dan yang berbuka juga tidak mencela yang berpuasa”. (HR. Bukhari 1811).
Dalam keadaan tertentu, Allah memberikan rukhsah (kelonggaran) kepada hamba-Nya. Bagi yang tidak dapat berwudhuk kerana ketiadaan air misalnya, maka seseorang itu boleh bertayamum. Bagi yang tidak mampu menunaikan solat wajib dalam keadaan berdiri, masih boleh solat dalam keadaan duduk.
Begitu juga bagi kaum muslimin dalam keadaan safar (bepergian dengan jarak tertentu menurut syarak) boleh menjamak dan mengqashar solat. Begitu juga puasa wajib. Dalam keadaan safar (pulang ke kampung) misalnya, boleh memilih antara tetap berpuasa atau berbuka. Kita sangat perlu memperhatikan poin-poin berikut:
- Jarak safar yang memperbolehkan musafir untuk tidak berpuasa adalah setara dengan jarak dimana orang boleh meng-qashar solat, minima 88.74 KM. Perjalanan sebagaimana dimaksudkan adalah perjalanan yang bukan bertujuan maksiat kepada Allah.
- Boleh tidak berpuasa jika perjalanan dimulakan pada malam hari sebelum masuk waktu Subuh dan sudah melewati kampungnya. Jika berangkatnya setelah Subuh, maka musafir masih dihitung mukim dan tetap wajib berpuasa pada hari itu walaupun perjalanannya jauh. Jika di tengah perjalanan mengalami sakit dan berpotensi mudharat jika bertahan untuk puasa, maka boleh berbuka dan di qadha’ di bulan lain selain Ramadhan pada hari yang tidak ada larangan berpuasa.
- Jika sudah sampai tujuan dan bermukim, maka kewajipan berpuasa Ramadhan kembali seperti semula.
Jika memang dalam keadaan safar masih boleh berpuasa walaupun syaratnya terpenuhi, memilih tetap berpuasa adalah lebih baik jika memang mampu. Wallahu A’lam.
(Sumber: Pusat Kajian Hadis)
🔴 Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung