[Hadis Ramadhan 25] ๐ Lebih Bersungguh-sungguh di 10 Malam Terakhir
Dalam sebuah hadis disebutkan,
ุญูุฏููุซูููุง ุณูููููุงููุ ุนููู ุงุจููู ุนูุจูููุฏู ุจููู ููุณูุทูุงุณู ููุนูููู ุฃูุจูุง ููุนููููุฑูุ ุนููู ู
ูุณูููู
ูุ ุนููู ู
ูุณูุฑููููุ ุนููู ุนูุงุฆูุดูุฉู ุชูุฐูููุฑูุ ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู: ููุงูู ุฅูุฐูุง ุฏูุฎููู ุงููุนูุดูุฑู ุฃูุญูููุง ุงูููููููู .ููุฃูููููุธู ุฃููููููู ููุดูุฏูู ุงููู
ูุฆูุฒูุฑู. ููุงูู ุณูููููุงูู: ููุงุญูุฏูุฉู ู
ููู ุขุฎูุฑู ููุฌูุฏูู
Telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Ibnu Ubaid bin Nisthasin, yaitu Abu Yaโfur, dari Muslim, dari Masyruq, dari Aisyah, pernah bercerita mengenai Nabi Shallallahuโalaihi wa salam:
โBila telah memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan beliau selalu bangun malam dan membangunkan keluarganya, dan mengetatkan sarungnyaโ. Sufyan berkata: โPada satu malam dari sepuluh hari terakhir tersebut beliau bersungguh-sungguh (dalam beribadah)โ. (HR. Ahmad no. 23001)
Untuk mendapatkan suatu yang bernilai besar, tentu memerlukan usaha yang besar pula. Lailatul Qadar itu malam besar, malam istimewa dan malam luar biasa. Para Malaikat turun ke bumi berdesak-desakan pada malam itu dengan jumlah yang sangat banyak laksana sejumlah kerikil yang ada di planet bumi yang kita pijak ini. Sepanjang malam sampai Subuh, para Malaikat tidak henti-henti mendoakan para hamba Allah yang sedang beribadah. Ma sya Allah.
Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam yang sudah pasti masuk syurga saja begitu keras usahanya untuk memperoleh Lailatul Qadar. Beliau juga membangunkan keluarganya agar turut serta beribadah di malam itu. Jika Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam saja begitu, apatah lagi kita yang belum dipastikan masuk syurga!
Mungkin tidak sedikit yang beranggapan bahawa satu-satunya cara untuk memperoleh Lailatul Qadar hanya dengan iktikaf di masjid, manakala selainnya tidak akan mampu. Tapi sebenarnya tidaklah begitu. Jika iktikaf di masjid adalah satu-satunya cara, lalu bagaimana dengan wanita haidh, nifas, petugas keselamatan yang berkerja untuk syif malam, pemandu bas malam, orang yang sedang musafir atau pulang ke kampung halaman yang tidak dapat ke masjid? Apakah mereka tidak boleh mendapatkan malam mulia itu hanya kerana tidak iktikaf di masjid? Apakah malam teramat mulia itu hanya khusus bagi mereka yang mempunyai banyak waktu luang sehingga mampu beriktikaf di masjid saja?
Kenyataannya tidaklah begitu. Lailatul Qadar diperoleh oleh hamba-hamba Allah yang banyak beribadah di malam itu. Ibadah bukan hanya iktikaf. Tetapi juga dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran atau setidaknya memperbanyakkan zikir atau selawat, juga boleh mendapatkan Lailatul Qadar. Melakukan syif malam juga boleh sambil berzikir. Membawa bas atau kereta juga boleh sambil berselawat bukan? Malah sambil menjaga warung kopi juga boleh sambil bertasbih, kan? Pokoknya asal dapat beribadah, tidak semestinya di masjid. Apakah perlu berjaga malam sepenuhnya? Tidak juga. Buktinya Rasulullah shallallahu โalaihi wa sallam bagun pada malam hari dan membangunkan keluarga. Namanya bangun sudah pasti tidur dulu sebelumnya.
Tidak ada alasan untuk tidak boleh berusaha mendapatkan malam indah itu kecuali malas! Takut masuk neraka tapi ibadah malas. Wallahu Aโlam.
(Sumber: Pusat Kajian Hadis)
๐ด Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung