Menggapai Kemenangan dan Kegemilangan
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah Ilham.
Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah SWT menerima setiap dari amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan. Semoga kita mendapat Rahmat, dan pengampunan dari dosa-dosa kita yang lalu dan akan datang. Di kesempatan ini, kami dari Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Minal aidil wal faizin. Maaf Zahir dan Batin.
Akhwati Rahimakumullah, setiap manusia yang dilahirkan adalah dari sel terpilih yang secara fitrahnya merupakan pemenang. Bulan Syawal yang dianugerahkan ini juga adalah bulan kemenangan manusia dari melawan hawa nafsu dan mengerjakan ibadah sepanjang bulan Ramadhan siang dan malam. Namun, adakah kemenangan yang kita raihkan adalah kemenangan yang sebenar? Di kala kita bergembira menyambut Aidilfitri, ada sahaja saudara kita yang sedang berjuang mati-matian untuk kelangsungan hidup. Baru-baru ini, di bulan Ramadhan, saudara kita di Palestin dibunuh dan ditindas oleh tentera Zionis laknatullah. Masyarakat Muslim Uighur dilarang dari berpuasa dan mengerjakan ibadah di bulan Ramadhan. Kita di Malaysia pula ‘struggle’ dengan kenaikan harga barang yang kian melambung akibat dari ketidaktentuan ekonomi global. Inilah bukti bahawa, kemenangan yang kita kecapi pada hari ini, bukanlah kemenangan sebenar. Kita masih bergelut dengan kesengsaraan dan ketidaksejahteraan. Apakah ini lumrah akhir zaman?
Akhwati Rahimakumullah, Allah swt menjanjikan kemenangan hakiki kepada umat. Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah swt mampu memberikan kesejahteraan kepada seluruh umat manusia. Namun, kesejahteraan ini sangat jauh dari kita kerana kita telah mencampakkan syariah Islam ini jauh dari kehidupan kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha mengembalikan semula hukum Islam agar kita dapat mengulangi kembali kegemilangan Islam yang pernah tercatat dalam sejarah. Islam pernah memerintah lebih dari 1300 tahun dengan gemilang dari pelbagai aspek. Daulah Khilafah dipimpin oleh seorang Khalifah ayang akan memastikan syariah Islam diterapkan kepada setiap umat manusia. Persoalannya, apa yang harus kita lakukan? Kita perlu mempersiapkan diri kita dan seluruh umat untuk menegakkan kembali Daulah Khulafah yang telah diruntuhkan.
Dalam Kitab Nidzamul Hukmi fil Islam, Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani rahimahullah menyebutkan 4 syarat sah berdirinya khilafah, iaitu:
- Kekuasaan negeri itu haruslah mandiri, iaitu hanya bersandar kepada kaum muslimin, bukan kepada salah satu negara kafir atau di bawah pengaruh orang kafir.
- Keamanan bagi kaum muslimin di negeri itu adalah keamanan Islam bukan keamanan kufur, bermaksud pemeliharaan keamanan mereka dari gangguan luar dan dalam negeri, berasal dari kekuatan kaum muslimin sebagai suatu kekuatan Islam semata-mata.
- Negeri tersebut segera menerapkan Islam secara serentak dan menyeluruh, serta segera mengemban dakwah Islam.
- Khalifah yang dibaiat wajib memenuhi syarat-syarat in’iqad, meskipun tidak memenuhi syarat afdhaliyah (keutamaan), kerana yang menjadi keutamaan adalah syarat-syarat in’iqad.
Akhwati Rahimakumullah, sudah sampai masanya kita Kembali semula kepada syariah Islam. Sistem kapitalis yang diterapkan ke atas kita telah menjauhkan kita dari syariah Islam malah menjadikan kita umat yang paling mundur. Cukuplah, sampai di sini sahaja penderitaan kita. Marilah kita semua bangkit untuk mengembalikan semula sistem Islam dan menggapai kemenangan serta kegemilangan.
Wallahu ‘alam.
#Aidilfitri2023 #Syawal1444H