Sebuah Negara untuk Visi Perubahan yang Benar dan Berjaya
Negara ditakrifkan sebagai “satu entiti politik yang mengawal selia masyarakat dan populasi dalam suatu wilayah tertentu.” Dengan itu, kita dapati bahawa setiap negara dipimpin oleh sebuah negara (state) yang menetapkan peraturan dan sistem bagi sekumpulan manusia yang tinggal dalam sesuatu wilayah. Contohnya ialah kerajaan Amerika Syarikat, yang menetapkan peraturan dan sistem bagi setiap warganegara yang tinggal di sana.
Namun, keberadaan sesebuah negara secara rawak tidak semestinya membawa kepada visi perubahan yang benar dan berjaya. Inilah sebabnya mengapa, walaupun terdapat negara di tempat-tempat seperti China, India, Amerika Syarikat, dan United Kingdom, umat Islam masih menjadi mangsa serangan lisan dan fizikal, undang-undang diskriminasi serta pemenjaraan sebagai akibat daripada mengamalkan agama mereka.
Tidak dapat dinafikan bahawa saudara-saudari Muslim di seluruh dunia berdepan dengan cabaran yang tidak berkesudahan disebabkan keimanan mereka. Di China, masyarakat Uyghur telah ditindas dan dibunuh di kem-kem pemulihan, sambil diabaikan oleh masyarakat. Di India, perbuatan memusnahkan rumah dan perniagaan milik kaum Muslim telah menjadi sebahagian daripada budaya sehingga jentolak pun menjadi simbol negara tersebut, sering dipaparkan dalam filem Bollywood dan video muzik. Di Amerika Syarikat pula, saudara-saudari Muslim, bersama individu lain yang dilihat sebagai “bukan orang Amerika,” dideportasi (dihantar pulang) ke negara yang tidak pernah mereka jejaki. Ketidakadilan ini jelas menunjukkan bahawa negara-negara ini bukanlah negara yang berjaya membawa perubahan sebenar kepada umat.
Sebagai perbandingan dengan negara-negara yang gagal ini, negara Islam (sistem Khilafah) sebaliknya menawarkan perlindungan dan keadilan sebenar kepada kaum Muslim dan bukan Muslim. Allah (swt) berfirman dalam al-Quran:
﴿وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُ﴾
“Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).” [At-Taubah: 6].
Dalam ayat ini, Allah (swt) menjelaskan bahawa bahkan orang bukan Islam juga mesti dilindungi dan diberikan tempat yang selamat di dalam negara Islam. Inilah sebabnya mengapa negara memiliki peraturan yang ditetapkan untuk melindungi semua manusia, walaupun mereka mempunyai kepercayaan yang berbeza.
Hal ini selanjutnya dibuktikan melalui kisah semasa era pemerintahan Umar Ibn al-Khattab. Dalam kisah tersebut, Umar (ra) diundang oleh patriak Gereja Makam Suci (Church of the Holy Sepulcher) untuk menunaikan solat di dalam gerejanya. Namun, beliau menolak kerana bimbang umat Islam yang jahil akan merampas gereja tersebut selepas beliau.
Pada saat ketika masjid-masjid di seluruh dunia dibakar, dirosakkan atau diancam, Islam tetap menghormati semua manusia dan kepercayaan, serta memastikan semua orang dilindungi dan bebas mengamalkan agama masing-masing.
Namun, kejayaan negara Islam bukan sahaja terserlah melalui layanan adil, saksama dan bermaruah terhadap bukan Muslim; ia juga terletak pada sistem yang diterapkan bagi melindungi negara daripada rasuah, kezaliman pemerintah, dan kemunduran.
Dengan pendedahan fail Epstein, seluruh negara mendapati bahawa para pemimpin mereka terlibat dalam rasuah, jenayah rogol, pemerdagangan seks, kanibalisme, dan pelbagai perbuatan lain. Banyak negara cuba melindungi diri dengan menafikan penglibatan, berpura-pura tidak mengetahui, atau meminimumkan perbuatan tersebut. Selain itu, walaupun sudah ada yang didakwa, namun individu seperti presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, mendakwa bahawa isu ini dibesar-besarkan dan merupakan serangan yang disasarkan, bukannya reaksi gempar masyarakat. Malah, ada yang mempertahankannya dengan mengatakan bahawa “namanya hanya muncul beberapa kali” dan bahawa “ini bukanlah jenayah.”
Di sisi berbeza, negara Islam menetapkan pelbagai sistem dan langkah-langkah bagi memastikan pemerintah dan golongan elit bertanggungjawab sepenuhnya atas segala tindakan mereka. Antaranya ialah kewujudan hakim al-Mazalim, iaitu sebuah mahkamah yang bertanggungjawab mengadili Khalifah atau pegawai kerajaan jika mereka menzalimi seseorang, menerima rasuah, atau bersekongkol dengan musuh-musuh Barat. Selain itu, terdapat juga pelbagai pihak dalam negara Islam yang berperanan memantau negara (pemerintahan) dan berhak untuk campur tangan sekiranya Khalifah melakukan ketidakadilan.
Ini hanyalah sebahagian daripada sistem negara Islam yang menjadikannya sebagai negara paling sempurna untuk merealisasikan visi perubahan yang benar dan berjaya, perubahan yang memberi manfaat kepada semua manusia, sama ada Muslim atau bukan Muslim, tanpa mengira bangsa, umur, atau kepercayaan mereka. Hal ini kerana Islam diturunkan untuk seluruh umat manusia dan diciptakan oleh Al-Khaliq (Yang Maha Pencipta), serta dirancang oleh Perancang Terbaik.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Amatullah Hechmi
#VisiSejatiDemiPerubahan #TrueVision4Change #Khilafah #NegaraIslam