Puasa Syawal
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ جَمِيعًا عَنْ إِسْمَعِيلَ قَالَ ابْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنِي سَعْدُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ قَيْسٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ ثَابِتِ بْنِ الْحَارِثِ الْخَزْرَجِيِّ عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub dan Qutaibah bin Sa’id dan Ali bin Hujr semuanya dari Isma’il – Ibnu Ayyub berkata- Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ja’far telah mengkhabarkan kepadaku Sa’d bin Sa’id bin Qais dari Umar bin Tsabit bin Harits Al Khazraji dari Abu Ayyub Al Anshari radhiyallahu ‘anhu, bahawa dia telah menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengirinya (melanjutkannya) dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa terus menerus sepanjang tahun.” (HR.Muslim no. 1984).
Para ulama berbeza pendapat dalam memaknai hadis ini:
- Mazhab Malik dan Abu Hanifah menghukumi makruh dengan alasan khuatir puasa 6 hari di bulan Syawal dikira wajib.
- Mazhab Syafi’i dan Hanbali menghukumi sunnah.
Puasa sunah 6 hari di bulan Syawal termasuk berat dilaksanakan. Bagaimana tidak berat?
Baru saja menyelesaikan puasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, puasa pula 6 hari di bulan setelahnya. Dan tentunya bulan Syawal masih ramai kunjungan silaturahmi antara kerabat dan juga cuti. Namanya silaturahmi dan cuti, tentu identik dengan makan-makan. Kita boleh membayangkan betapa sabarnya orang yang berpuasa di depan orang yang umumnya makan dan minum secara bebas bukan?
Mengapa Rasulullah mengumpamakan bahawa orang yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan melanjutkan 6 hari di bulan Syawal seakan-akan puasa setahun penuh?
Para ulama cuba memaknai bahawa setiap satu kebaikan dilipatgandakan menjadi 10. Puasa Ramadhan 30 hari dilipatgandakan 10 kali menjadi 300 hari. Sedangkan 6 hari di bulan Syawal jika dikalikan 10, maka hasilnya menjadi 60. Jumlah hari dalam setahun kurang lebih adalah 360.
Apakah perlu berturut-turut, dimulai dari tanggal 2 Syawal sampai tanggal 7 nya? Idealnya begitu, afdhalnya begitu, 6 hari berturut-turut. Lalu bagaimana jika dilaksanakan 6 hari tapi tidak berturut atau selang-seli, yang penting 6 hari di bulan Syawal ? Jawabnya tentu saja boleh. Wallahu A’lam.
(Sumber: Pusat Kajian Hadis)
Pusat Pendidikan Hadis Ma’had Khadimus Sunnah Bandung