[Hadis Ramadhan 29] Sunnah Melaksanakan Solat Aidilfitri
Dalam sebuah hadis disebutkan,
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا.
Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari ‘Adi bin Tsabit, dari Sa’id bin Jubair, dari Ibnu ‘Abbas, bahawa: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian beliau mendatangi para wanita dan bersama beliau ada Bilal. Lalu beliau memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting-anting dan kalungnya.” (HR. Bukhari no. 911).
Solat Hari Raya Aidilfitri hukumnya sunnah mu’akkadah (sunnah yang sangat ditekankan). Bagi kaum muslimin yang tidak berhalangan sangat dianjurkan untuk melaksanakannya. Tua, muda, besar, kecil semuanya dianjurkan, bahkan wanita yang sedang haid juga dianjurkan untuk menghadiri pelaksanaan solat Eid (hari raya). Walaupun tidak ikut serta menunaikan solat, namun wanita haid diharapkan dapat mendengar khutbah Aidilfitri dan dapat mengamalkan apa yang disampaikan khatib.
Bagaimana dengan musafir? Pada dasarnya, musafir tidak disunahkan untuk melaksanakan solat Eid. Tapi jika baginya tidak menyukarkan, tentu dialu-alukan (dibenarkan) untuk mengikuti solat Eid.
Solat Aidilfitri boleh dilaksanakan di tanah lapang, halaman luas atau boleh juga di masjid. Jika dilakukan di tanah lapang, jemaah tidak perlu melaksanakan solat tahiyatul masjid. Adapun jika dilaksanakan di dalam masjid, maka jemaah tetap disunahkan melaksanakan solat tahiyatul masjid. Bagi wanita yang sedang haid, tidak duduk di dalam masjid untuk mendengar khutbah. Sebaiknya wanita haid hanya duduk di luar atau area sekitar masjid.
Mengenai hadis di atas yang meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melakukan solat apapun sebelum solat Aidilfitri ataupun sesudahnya, maksudnya adalah tidak ada solat sunnah khusus yang dilaksanakan sebelum atau sesudah solat Aidilfitri. Maksudnya, bagi kita yang sudah terbiasa melakukan solat Dhuha misalnya, maka diperbolehkan melaksankannnya sesudah solat Eid.
Selain sunnah melaksanakan solat Aidilfitri, disunnahkan pula untuk memperbanyakkan sedekah sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan para wanita untuk bersedekah. Tentunya kesunnahan bersedekah di Hari Raya bukan hanya berlaku untuk kaum wanita sebagaimana riwayat hadis tersebut tapi juga berlaku untuk umum, baik lelaki mahupun wanita. Wallahu A’lam. (Sumber: Pusat Kajian Hadis)
🔴 Pusat Pendidikan Hadits Ma’had Khadimus Sunnah Bandung