Takut Melakukan Kezaliman
Penulis: Irfan Abu Naveed, M.Pd.I.
Takut kepada Allah SWT itu memiliki tanda-tanda. Di antara tanda-tandanya adalah menjauhi perbuatan zalim. Menyekutukan Allah SWT, membunuh, dan memfitnah adalah di antara perbuatan zalim. Kezaliman (al-zhulm), sebagaimana digambarkan Syeikhunâ ‘Atha bin Khalil Abu al-Rasytah dalam Al-Taysîr fî Ushûl Al-Tafsîr (m/s 70), adalah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya (wadh’u al-syay-i fî ghayr mahallihi). Ini boleh kita fahami berdasarkan maksud ayat,
“Sungguh mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” [TMQ Luqman (31): 13].
Syirik, iaitu menempatkan makhluk pada kedudukan Sang Pencipta, sama sahaja dengan menempatkan makhluk tidak pada tempatnya. Siapa sahaja yang meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya telah melakukan kezaliman.
Siapa saja yang berhukum dengan selain hukum Allah SWT juga adalah orang yang zalim,
“Siapa saja yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang telah Allah turunkan, mereka itulah kaum yang zalim.” [TMQ al-Maidah (5): 45].
Seseorang yang meletakkan undang-undang manusia di atas undang-undang Rabb manusia, iaitu meletakkan undang-undang tidak pada tempatnya, maka dia adalah orang yang zalim.
Allah SWT menafikan hidayah bagi orang zalim, yang mengada-adakan pembohongan setelah datang kepada dia dakwah Islam [rujuk: TMQ as-Saff (61): 7].
Begitu pula dosa pembunuhan. Ia adalah kezaliman yang wajib ditakuti oleh setiap hamba Allah SWT. Pembunuhan telah dilarang oleh Allah SWT secara tegas (jâzim) dalam TMQ al-Isra’ (17): 33]. Pelakunya diperingatkan dengan seksa neraka jahanam,
“Siapa saja yang membunuh seseorang yang beriman dengan sengaja, maka balasannya ialah jahanam. Dia kekal di dalamnya. Allah murka kepada dia, melaknat dia, dan menyediakan azab yang besar bagi dirinya.” [TMQ an-Nisa’ (4): 93].
Keterangan khâlid[an] fîhâ dalam pandangan majoriti ulama, termasuk Ibn Abbas RA, berlaku bagi pelaku pembunuhan batil disertai penghalalan atasnya (tahlîl al-muharram al-mujma’ ‘ala tahrîmihi).
Al-Hafizh Abu Ja’far ath-Thabari (w. 310 H) ketika menafsirkan ayat di atas menuturkan, “Frasa ‘Allah SWT murka kepada dia,’ iaitu Allah SWT murka kepada dia atas pembunuhan secara sengaja tersebut. ‘Allah SWT melaknat dia,’ iaitu Allah SWT menjauhkan dia dari rahmat-Nya dan menghinakan dirinya. ‘Dia menyediakan bagi dirinya azab yang besar.’ azab ini tidak ada yang mengetahui kadar seksanya kecuali Allah SWT.”
Apalagi Rasulullah SAW menggambarkan dosa membunuh sebagai dosa besar yang membinasakan pelakunya,
“Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan.” Kami bertanya, “Apa itu, wahai Rasulullah SAW?” Baginda menjawab (salah satunya), “…membunuh jiwa yang telah Allah SWT haramkan kecuali dengan alasan yang benar….” [HR Muttafaqun ‘alaih].
Rasulullah SAW memerintahkan untuk menjauhi dosa-dosa tersebut sejauh-jauhnya (bi al-uslûb al-insyâ’î). Al-Imam al-Raghib al-Ashfahani (w. 502 H) menjelaskan bahawa lafaz ijtanibû menunjukkan objek yang mesti ditinggalkan. Maknanya lebih kuat (ablagh) daripada kata utrukû (tinggalkanlah). Ini kerana lafaz ijtanibû bukan sekadar perintah untuk meninggalkan, melainkan perintah untuk meninggalkan itu semua sejauh-jauhnya.
Termasuk dalam kezaliman adalah membunuh seseorang berdasarkan zhann (sangkaan) ala extra judicial killing (membunuh seseorang tanpa pembuktian di mahkamah) ke atas objek yang dituduh “suspek keganasan”—atau naratif seperti itu—dibina daripada andaian tanpa bukti mengikut kepada kaedah,
لاَ عِبْرَةَ لِلتَّوَهُّمِ
“Tidak ada ibrah (pengajaran hukum) berdasarkan sangkaan (yang meragukan, dibuat-buat).”
Lantas bagaimana jika kezaliman membunuh diikuti dengan memfitnah mangsanya? Tentu lebih besar lagi dosanya. Ini bertentangan dengan perwatakan seorang muslim yang disabdakan Rasulullah SAW,
“Seorang muslim adalah seseorang yang kaum muslim selamat dari lisan dan tangannya.” [HR Al-Bukhari dan Abu Dawud].
Maknanya, seorang muslim adalah yang memelihara lisan dan tangannya agar tidak menyakiti kaum muslim lain. Frasa ‘min lisânihi wa yadihi’ merupakan ungkapan ringkas (al-îjâz bi al-hadzf) dari maksud ‘min syarri lisânihi wa syarri yadihi’, iaitu dari keburukan lisan dan tangannya. Kedua-dua alat ini paling berperanan dalam melakukan kezaliman, mencakupi membunuh dan memfitnah.
Nasihat Rasulullah SAW kepada Penguasa
Salah satu nasihat agung Baginda Rasulullah SAW kepada kakitangan dibawahnya adalah nasihat untuk menjauhi perbuatan zalim atas rakyatnya. Muadz bin Jabal RA yang diutus sebagai gabenor di Yaman mengaku bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada dirinya,
“Takutlah terhadap doa orang yang dizalimi kerana sungguh tidak ada hijab antara doanya dan Allah.”[HR Muttafaqun ‘alaih].
Maksudnya, doa orang yang dizalimi itu mustajab (dikabulkan Allah). Ini mengandungi tarhib (peringatan) agar tidak bersikap zalim.
Sebaliknya, kita diperintahkan untuk menegakkan keadilan. Imam asy-Syafie (w. 204 H) atas [TMQ Shad (38): 26], dalam Tafsîr al-Imâm asy-Syâfi’i (III/1228), menjelaskan,
“Allah telah mengajari NabiNya SAW bahawa merupakan kefardhuan atas baginda, para nabi sebelumnya, dan umat manusia (setelah mereka), jika mereka menghukumi wajib menghukumi manusia dengan adil. Adil bermakna mengikuti hukumNya yang telah diturunkan (kepada manusia).”
Ini menunjukkan kewajipan penguasa menegakkan keadilan bagi rakyatnya. Bukan sebaliknya. Ini selari dengan kaedah syar’iyyah,
تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Kebijakan seorang Imam (Khalifah) atas rakyat mestilah sentiasa berorientasi pada kemaslahatan.”
Maknanya, berorientasi pada syariat Allah SWT dan RasulNya. Kaedah ini selari dengan ungkapan Imam asy-Syafie (w. 204 H) dalam Al-Asybâh wa al-Nazhâ’ir (hlm. 121),
مَنْزِلَةُ اْلاِمَامِ مِنَ الرَّعِيِّةِ مَنْزِلَةُ الْوَلِىِّ مِنَ الْيَتِيْمِ
“Kedudukan Imam (Khalifah) atas rakyat adalah seperti kedudukan wali terhadap anak yatim.”
Ketidakhadiran penguasa dalam menegakkan keadilan atau bahkan menzalimi rakyat merupakan bencana bagi kehidupan. Nasib tragis yang menimpa para rejim penguasa dan penyokongnya tentu cukup menjadi pengajaran.
Contohnya adalah kaum ‘Ad yang zalim dan membenarkan kezaliman diktator yang zalim [Lihat: TMQ Hud (11): 59-60]. Di antara sebab kebinasaan mereka adalah memenuhi suruhan rejim yang bertindak sewenang-wenangnya dan menentang kebenaran para rasul pilihan.
Makhluk itu hidup sementara. Kekuasaan mereka pun akhirnya akan binasa. Allah SWT adalah sebaik-baik Pelindung (wa kafâ biLlâhi nashîr[an]) dan sebaik-baiknya Pemelihara (wa kafâ biLlâhi wakîl[an]). Wallahu’alam bissawab.