#SyiarHariRaya
Ibadah Setiap Masa
Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata, “Hari raya bukanlah untuk orang yang memakai pakaian baru, tetapi hari raya itu untuk orang yang takut kepada hari kiamat.”
Oleh itu, para sahabat bersedih apabila Ramadhan pergi kerana mereka memahami pesan Rasulullah, “Seandainya umatku mengetahui fadhilat yang terkandung di dalam Ramadhan, nescaya umatku berharap agar Ramadhan akan berterusan sepanjang tahun.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, Ath-Thabrani, dan Ad-Dailami).
Cuma Ramadhan telah berlalu, maka Kun Rabbâniyyan walâ takun Ramadhâniyyan, jadilah orang Rabbani bukan orang Ramadhani. Maksudnya, jadilah kamu orang yang sentiasa beribadah kepada Allah, jangan hanya beribadah pada bulan Ramadhan sahaja. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan sepanjang zaman.
Rujukan :
https://m.facebook.com/MuslimahNewsCom/posts/2451660985011702