[KENYATAAN MEDIA] Wanita Muslim Yaman Dibiar Dimakan Anjing Liar Tanpa Khilafah
BBC baru-baru ini mengeluarkan kemaskini tentang situasi wanita Yaman dengan menceritakan semula kisah Ummu Adel, yang tinggal di Sanaa. Dia menceritakan bahawa setiap hari dia perlu bergelut tatkala melalui jalan belakang yang berbahaya semasa dalam perjalanan pulang. Ini kerana kawasan tersebut telah penuhi dengan anjing liar yang kelaparan yang menyerang orang secara rawak dan sering dijangkiti rabies (penyakit anjing gila). Dia dipetik sebagai berkata: “Setiap langkah saya, hati saya berdebar-debar kerana bimbang anjing menyerang saya…. Tiada lampu dan semua rumah ditutup, jadi tiada siapa yang akan membantu saya. Saya cuba berjalan perlahan-lahan, dan dengan senyap supaya anjing tidak mendengar saya”.
Dia mewakili hanya satu daripada berjuta-juta wanita yang terperangkap sejak 8 tahun perang proksi yang dilancarkan oleh Arab Saudi dan Iran bagi pihak tuan mereka Amerika sebagai satu pihak, dan UAE bagi pihak tuannya Britain sebagai pihak lain; dan kedua-duanya berebut pengaruh dan kuasa di Yaman. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggelar krisis kemanusiaan negara itu sebagai salah satu yang paling teruk di dunia, dengan dua pertiga daripada populasi – sekitar 21.6 juta orang – memerlukan beberapa bentuk bantuan pada 2023.
Dengan begitu ramai lelaki yang terkorban dalam peperangan, ribuan wanita Muslim menjadi ketua rumah tangga yang bergelut untuk menampung kehidupan. Pelanggaran undang-undang serta keruntuhan sepenuhnya perkhidmatan kewangan dan sosial telah memberi kesan yang besar kepada penduduk, terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak.
Di rumah kecilnya, barang-barang Ummu Adel berlonggok di atas lantai yang kotor, semua yang dia miliki berada di dalam beg, sedia untuk dipindahkan dengan segera jika dia dan empat anaknya terpaksa pergi lagi. Tiada perabot, jadi mereka sekeluarga tidur beralaskan selimut di atas tanah. Bakul makanan yang dihulurkan oleh badan amal juga kian menyusut sumber bekalannya. Ummu Adel hanya pernah diberi satu bungkusan, walaupun dia cuba mendaftarkan dirinya untuk menerimanya berkali-kali. “Saya perlu mencari kayu untuk membuat api supaya saya boleh memasak nasi,” katanya. “Kebanyakan makanan yang kami makan adalah mentah, itu sahaja yang saya dapati. Anak saya tidak sihat, dia mengalami kekejangan, dan saya juga tidak mampu untuk membelikannya ubat.”
Berapa tahun lagi saudara-saudara kita perlu hidup dengan memakan daun dan sisa-sisa tanah yang belum masak dan kita terpaksa melihat anak-anak mereka mati kebuluran atau diserang penyakit yang disebabkan oleh peperangan yang tidak masuk akal ini?!! Berapa ramai lagi saudara perempuan kita yang akan dijadikan balu atau pelarian akibat perang proksi yang mengancam nyawa mereka, nyawa anak-anak dan keluarga serta mata pencarian mereka?
Sebagai ummah yang satu, kami menolak keadaan yang menimpa mereka dan kami menyeru semua umat Islam untuk meninggikan suara mereka dan mengatakan tidak lagi (hentikan) kepada penderitaan ini! Kami menyeru agar campur tangan penjajah di negeri-negeri kita dihentikan kerana ia lah yang menjadikan umat Islam sebagai bidak dalam permainan politik mereka yang boleh dibuang dan disembelih sesuka hati berdasarkan kepentingan politik dan ekonomi mereka di negara tersebut!
Takutlah terhadap hisab Allah (swt), maka itulah yang mewajibkan kita bekerja ke arah mengembalikan semula Khilafah (Khilafah) berdasarkan metod kenabian yang akan menjadi penjaga dan perisai umat Islam, sehingga semua saudara Muslim kita di seluruh dunia akan dihormati dan dijaga seperti yang diperintahkan oleh Yang Maha Kuasa (swt)!
﴿إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيَنَاْمُ بَيَنَهُمَ وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ * وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتْفَكُمْ ائِزُونَ﴾
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.” [TMQ An-Nur (24): 51-52]
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir