[Dunia Remaja] The Power of Syawal
Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar… Laa ilaaha illallahu wallahu Akbar Allahu Akbar walillaahilhamd!
Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua! Mohon ampun maaf zahir dan batin. Semoga semua amal ibadah kita selama Ramadhan kali ini diterima oleh Allah SWT. Semoga kita semua memperoleh tingkat ketawkaan. Amin!
Uishh, ada yang sudah rindu dengan Ramadhan ke? Ayuh, kita kuatkan berdoa semoga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan tahun hadapan. Ya semua pun tahu, umur kita tiada siapa yang tahu. Siapa mahu cuba untuk menjamin usia kita bakal sampai ke Ramadhan yang akan datang?
Bagi yang mengetahui keutamaan Ramadhan, pasti susah sikit untuk move on. Macammana taknya, macam-macam amal kebaikan, pahalanya dilipat gandakan. Bila kita tidur pun, sudah dihitung pahala. Kan amazing sangat tu! Ya, tetapi bukan bermaksud kegiatan Ramadhan kita cuma untuk tidur sahaja, tau. Bukan itu maksudnya , Guys!
Yep, maksudnya begini, ”Tidur sahaja dapat pahala, bagaimana kalau solat, membaca al-Quran , bersedekah , membantu ibu bapa di rumah, mengemas bilik tidur, menyapu halaman rumah , membaca buku, mengikut kajian ilmu , dan kegiatan positif yang lain?” Mantap tu , boleh luarbiasa berlebihan pahalanya dan cukup jelas jalan ke syurga ! Yakin ke nak dibiarkan, begitu sahaja? Serius ke kamu cuma nak tidur selama Ramadhan? Ramadhan cuma datang sekali dalam setahun je.
Ya, betul . Maka , bagi yang memahami yang mereka bakal akan mati , mereka pasti beramal sepanjang bulan Ramadhan. Tidak mahu kehilangan peluang untuk memborong pahala yang ditawarkan secara besar-besaran, Guyss! Waktunya terhad, oleh sebab itu perkara ini tidak boleh dibawa main-main. Kedatangannya dirindui, pemergiannya ditangisi. Yess, itulah Ramadhan yang mulia!
Eh, sedih boleh, tetapi mogok dalam beramal jangan ya, sayang! Ramadhan memang telah pergi, tetapi roda kehidupan tidak boleh berhenti. Kita mesti terus bergerak. Menghayunkan pedal kehidupan sehingga rodanya akan terus berputar. Menebarkan sebanyak-banyak kebaikan yang bermanfaat bagi semesta alam. Mengabadikan dan meneruskan amal-amal yang telah dilaksanakan sebulan penuh Ramadhan sehingga kita bertemu pada Ramadhan tahun hadapan dengan keadaan beriman yang kian cantik dan cemerlang. Insyaallah!
Setelah Ramadhan, Terbitlah Syawal
Tidak kalah kemuliaannya, bulan Syawal juga memiliki banyak sisi istimewa. Bulan ini dikenali dengan bulan kemenangan. Seluruh kaum muslimin merayakannya setelah berpuasa selama satu bulan. Berpuasa hakikatnya bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Namun, juga menahan diri dari segala apa yang Allah SWT haramkan. Ketika diri telah dididik sedemikian rupa dan berjaya melaluinya, maka layaklah bulan Syawal sebagai lambang kemenangan yang disambut penuh dengan kegembiraan. Masyaallah!
Ayuh , mengaku! Siapa yang bahagia plus terharu plus diam-diam menitis air mata ketika mendengar takbir mulai bergema dan berkumandang di malam hari raya? Yes, kita sama! Paling tidak tahan air mata ketika takbir raya mulai bersahut-sahutan. Seolah-olah ada desir-desir aneh di hati yang naik ke mata untuk menjatuhkan mutiaranya. Ehh, menjatuhkan air mata maksudnya. Hihihi!
Inilah fitrah manusia, Sayang! Hati tidak boleh berbohong bahawa sebagai manusia kita itu sebenarnya rindu sangat dengan suasana tenang, nyaman, syahdu, di bawah naungan kalimatNya. Kita sangat memerlukan Allah SWT dalam setiap detik kehidupan kita. Hanya sahaja itu tadi, terkadang hawa nafsu lebih mendominasi sehingga getaran-getaran syahdu di hati seolah-olah tidak bererti. Hiks! Semoga kita bukan yang termasuk mati hati seperti itu, Guyss!
Memburu Kebaikan pada Syawal
Bagi yang belum boleh move on dari kemuliaan Ramadhan. Malahan terus marah-marah dan berat hati. Amalnya jadi kacau bilau gara-gara merajuk akibat berpisah dengan Ramadhan. Atau merasakan stok pahala sudah dicukupkan selama sebulan Ramadhan, sehingga sebelas bulan yang terkehadapan dia merancang untuk bermalasan dalam beramal. Ayuh sini, kita sembang-sembang cantik dulu !
Sayang , hitungan amalan itu tidak berhenti ketika Ramadhan telah pergi. Malah amalan terus berjalan. Malaikat Raqib dan Atid terus menjalankan tugasnya. Mencatat semua amalan-amalan kita. Tidak kira samada di dalam atau di luar bulan Ramadhan, selama kita masih bernafas, maka selama itu jugalah catatan amalan terus mengalir. Yakin masih bertahan dalam kehaluan? Stop! Yup, kita patut bangkit untuk terus beramal sehingga tapak kaki kita benar-benar menjejak di Syurga. Bestnya!
Kawan-kawan yang soleh-solehah, banyak sangat amalan terbaik yang sayang untuk diabaikan sepanjang bulan Syawal. Pelbagai amalan kebaikan yang juga menjanjikan pahala menggiurkan dapat kita raih di bulan nan fitrah ini. Jadi, tidak ada alasan bagi kita untuk berhenti beramal, ya, sayang. Sebaliknya, kita ini patut semakin giat berlumba-lumba untuk membuat kebaikan.
Lagi pun, bukankah buah ketaqwaan itu terlihat selepas bulan Ramadhan? Yup, banyak ulama menjelaskan bahawa berjaya atau tidaknya seseorang pada bulan Ramadhan, ditentukan oleh kesudahannya. Maksudnya, bulan-bulan setelah Ramadhan itu sangat menentukan adakah amalan-amalan kita selama Ramadhan diterima oleh Allah SWT atau tidak. Haa, begitu ya!
Menurut banyak ulama, jika amalan kita selama bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT, kita pun akan jadi sangat mudah dan ringan untuk melakukan amalan serupa di luar Ramadhan. Kita merasakan kenikmatan dalam beramal. Kemudian, terus seperti itu sehingga purnama silih berganti dan Ramadhan berikutnya kita temui kembali. Catat dan pastikan ingat, ni!
Jelas sangatkan? Bahawa sesungguhnya Allah SWT menjadikan bulan Ramadhan sebagai wadah untuk menempa diri kita. Dengan demikian, kita akan kuat dan istiqamah dalam beramal soleh pada sebelas bulan berikutnya. Luar biasa!
Baiklah, kembali lagi ke persoalan bulan Syawal. Apa je ya , amalan yang perlu diperjuangkan? Jom kita tengok ya!
Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
”Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” [HR Muslim].
Sayang… pemburu pahala sebagai bekal menuju syurga, pernahkah mata melihat hadis sebegini? Betull, Guyss! Ini kan umpama gunung emas di depan mata. Jangan biarkan hilang!
Khususnya bagi para sahabat muslimah, sepatutnya ketat lagi terperinci dalam menghitung kalendernya. Sebelum tetamu bulanan datang, usahakan agar mampu membayar hutang puasa Ramadhan. Setelah itu, terus menyambung ke puasa Syawal. Cekap betul, dah!
Bilakah waktunya puasa Syawal? Pastinya di bulan Syawal ya, Guyss. Boleh dimulaka pada hari kedua. Jangan cuba-cuba berpuasa pada hari pertama, ya. Mentang-mentang semangat mahu memborong pahala, 1 Syawal pun dilanggar berpuasa juga. Ini tidak boleh. Haram hukumnya! Bukannya pahala yang diperolehi, malah banyaknya dosa yang membasahi diri. Habis!
Jadi, puasa Syawal itu boleh dilakukan mulai hari kedua pada bulan Syawal. Waktunya bebas dipilih selama satu bulan itu. Boleh dilakukan selama enam hari berturut-turut. Boleh juga putus-putus, menyambung gitu, Guyss.
Silaturahmi
Amalan ini merupakan amalan yang disyariatkan. Ia menjadi lebih istimewa lagi ketika dilakukan pada bulan Syawal. Saling meminta dan memberikan maaf merupakan tradisi yang mesti dibudayakan. Pastinya semakin melengkapi kesempurnaan sucinya jiwa dan hati kita pada hari yang fitrah ini. Masyaallah!
Mengabadikan Amalan Ramadan
Bulan yang fitrah ini mesti menjadi momentum bagi kita untuk mengatur amalan-amalan terbaik. Sudah selama satu bulan kita ditempa untuk melakukan puasa, menahan hawa nafsu, solat wajib pada tepat waktu, memperbanyakkan solat sunat, bersahabat dengan al-Quran, sedekah, dan banyak lagi amal soleh lainnya. Semestinya, waktu satu bulan sudah cukup menjadikan amalan-amalan tersebut sebagai habits baru bagi kita.
Jangan biarkan habits mantap ini terbiar begitu sahaja. Kita mesti merawat dan menjaganya agar sentiasa ada, bahkan semakin kuat pada setiap waktu. Bagaimana caranya? Kita boleh membuat catatan perancangan kita. Tampal di tempat yang selalu dilihat. Ajak ibu bapa, kakak, adik, saudara, bahkan kawan-kawan untuk melakukan perkara yang sama. Kemudian, saling mengingatkan antara satu sama lain pada setiap hari. Contohnya, saling berlumba dalam kebaikan.
Dengan demikian, kita akan terpandu dan termotivasi untuk selalu berada dalam koridor ketaqwaan. Istiqamah ya, dengan meluruskan niat. Bukan kerana ingin mendapat pujian manusia. Bukan juga untuk bergaya-gaya. Namun, semurninya untuk mempertahankan ketaqwaan. Agar Allah SWT memberikan keampunan dan keredaan sehingga syurga layak kita perolehi!
#TemanSyurga, ayuh bersedia mempersembahkan amal terbaik meski pun Ramadhan telah berlalu? The power of Syawal, tegakkan niatmu sekarang untuk menjalani hari-hari dengan amalan terbaik pada sebelas bulan terkehadapan. Terus bersemangat!
Sumber: Buletin Teman Syurga edisi 116.