[Nafsiyah] Menjauhi Pintu-Pintu Fitnah Akhir Zaman
Penulis: Irfan Abu Naveed
Di tengah-tengah kehidupan rosak era mulk[an] jabriyyat[an] (Demokrasi-Kapitalisme), umat Islam benar-benar berhadapan dengan pelbagai penderitaan akibat perbuatan jahat manusia. Pertumpahan darah dan penghinaan atas kehormatan antara fenomena yang muncul. Belum genap satu abad sistem ini diwujudkan untuk memimpin dunia, berapa ramai umat Islam di pelbagai pelusuk dunia yang terpaksa mati akibat rejim yang zalim dan penyokongnya. Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Iraq, Syria, Rohingya? Malah, bukan sahaja tubuh dan kehormatannya dirosakkan, tetapi juga keimananan dan kefahamannya. Mereka terpuruk di tengah-tengah sejarah kegemilangan ketika Islam bertapak semasa era Khilafah. Meminjam ungkapan Ibnu Muflih al-Hanbali (w. 763 H) dalam Al-آdâb asy-Syar’iyyah (III/104),
كَالْعِيسِ فِي الْبَيْدَاء يَقْتُلُهَا الظَّمَا * وَالْمَاء فَوْقَ ظُهُورِهَا مَحْمُولُ
“Bagaikan unta di padang pasir yang mati kehausan/padahal air di atas punggungnya tersimpan.”
Khilafah sebagai institusi menegakkan syariat Islam dan dakwahnya tidak terlepas daripada pelbagai usaha memburukkannya. Khilafah diburuk-burukkan sedemikian rupa sehingga dibenci dan dijauhi oleh umat, malah bertembung dengan maqâsid syarî’ah. Khilafah yang berfungsi menegakkan syariah Islam kaffah ditonjolkan seolah-olah bertentangan dengan hikmah penerapan syariat itu sendiri.
Satu sisi Khilafah diiktiraf sebagai sebahagian daripada fiqh klasik. Namun, pada masa yang sama, menggunakan al-Quran, Sunnah, dan fiqh klasik sebagai standard menghukum Khilafah, mereka malah menjadikan jenayah ISIS yang berkembang pesat di alam demokrasi-kapitalisme sebagai dasar memburuk-burukkan Khilafah. Walaupun telah jelas,
لا عبرة بالظن البين خطؤه
“Tidak ada penarikan hukum (‘ibrah) berdasarkan zhann (prasangka) yang jelas kesalahannya.”
Khilafah yang mewujudkan kemaslahatan syar’ie juga dituduh berbahaya. Mereka menimbulkan keraguan (tasykîk) bahkan menimbulkan provokasi kebencian pada ajaran Islam dan pengembannya. Tiada siapa yang menyokong kejahatan besar ini melainkan mereka yang terpedaya untuk menjual agama kepada dunia. Realitinya pelbagai usaha untuk menghina syiar Islam pada zaman ini adalah sebahagian daripada fitnah akhir zaman yang telah diperingatkan oleh Nabi Muhammad SAW suatu ketika dahulu.
بادِرُوا بالْأَعْمَالِ فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْل الْمُظْلِمِ، يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا، أَوْ يُمْسِي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ كَافِرًا، يَبِيعُ دِينَه بِعَرَضٍ مِنَ الدُّنْيَا
“Bersegeralah kalian beramal soleh. Akan ada suatu masa ketika muncul pelbagai fitnah seperti potongan malam gelap gelita. Seseorang beriman pada waktu pagi dan kafir pada petangnya. Dia beriman pada waktu petang dan kafir pada paginya. Dia menjual agamanya dengan harga dunia.” [HR Muslim dan Ahmad].
Pertanyaannya: Apa yang menjadi salah satu pintu fitnah terbesar bagi kehidupan seorang muslim? Ulama Nusantara yang terkenal, gurunya para ulama Nusantara, Syeikh Nawawi al-Bantani (w. 1314 H) ketika menjelaskan maqâlah Al-‘Allamah as-Sayyid Abdullah Ba Alwi (w. 1272 H): [ولا مترددًا على السلاطين] (Jangan bolak balik kepada para penguasa), dalam Syarh Sullam al-Tawfîq, menukil pendapat Imam asy-Sya’rani,
اِتَّقُوْا الْوُقُوْفَ عَلَى أَبْوَابَ السَّلاَطِيْنَ فَإِنها مَوَاضِعُ الْفِتَنِ
“Jagalah diri kalian daripada berdiam diri di depan pintu-pintu penguasa kerana sesungguhnya ia merupakan tempat-tempat fitnah (keburukan).”
Salah satu sumber fitnah yang wajib kita berhati-hati adalah pintu-pintu kekuasaan yang zalim.
Fitnah Kekuasaan yang Zalim
Allah SWT menggambarkan Firaun sebagai salah seorang pemimpin yang menyeru (manusia) ke dalam siksaan neraka. Pada Hari Kiamat mereka tidak akan diberikan pertolongan.
وَجَعَلْنٰهُمْ اَىِٕمَّةً يَّدْعُوْنَ اِلَى النَّارِۚ وَيَوْمَ الْقِيٰمَةِ لَا يُنْصَرُوْنَ
وَاَتْبَعْنٰهُمْ فِيْ هٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۚوَيَوْمَ الْقِيٰمَةِ هُمْ مِّنَ الْمَقْبُوْحِيْنَ ࣖ
Kami telah menjadikan mereka (Firaun dan bala tentaranya) para pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada Hari Kiamat mereka tidak akan ditolong. Kami ikutkanlah laknat kepada mereka di dunia ini dan pada Hari Kiamat mereka termasuk orang-orang yang dijauhkan (dari rahmat Allah).” [TMQ al-Qasas (28): 41-42].
Dua ayat di atas Allah firmankan setelah menggambarkan kesombongan Firaun yang mengaku sebagai Tuhan dan memberikan stigma negatif kepada Nabi Musa AS dan dakwahnya: “Firaun berkata, ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Bakarlah, hai Haman, untukku tanah liat. Kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa. Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia termasuk orang-orang yang pendusta.” [TMQ al-Qasas (28): 38].
Firaun disifatkan sebagai pemimpin penyeru ke pintu neraka kerana beliau aktif menentang seruan Nabi Musa AS kepada Diin-Nya. Ini selari dengan peringatan atas fitnah akhir zaman dalam hadis dari Hudzaifah RA yang bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Rasulullah SAW menjawab:
نَعَمْ دُعَاة عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَاَ بهم إِلَيْهَا قَذَفُوه فِيهَا
“Ya, kaum yang menyeru ke pintu-pintu Jahanam. Siapa saja yang memenuhinya akan terhempas ke dalamnya.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Seruan ke neraka jahanam adalah bahasa kiasan (al-majâz al-mursal) dari seruan kepada perkara yang menyimpang daripada ajaran Islam (aqidah dan syariah). Bahaya fitnah ini lebih besar apabila berada dalam rejim yang zalim. Ancaman dalam hadis ini sangat berat. Mereka yang menyahut seruan ke Neraka jahanam akan dicampakkan ke dalamnya juga. Oleh itu, umat Islam hendaklah berwaspada; menjauhkan diri dari pintu fitnah. Bukankah banyak pengajaran di sebalik kisah-kisah umat terdahulu yang menderhaka dan menghalang jalan dakwah? Kaum ‘Ad misalnya, yang kafir kepada Allah dan mengikuti setiap perintah rezim yang zalim, sehingga dilaknat dunia akhirat dan mereka dibinasakan sebagai pengajaran,
“Itulah (kisah) kaum ‘Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka dan menderhakai para rasul Allah. Mereka menuruti perintah seluruh penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran). Mereka selalu diikuti dengan kutukan di dunia ini dan (begitu pula) pada Hari Kiamat. Ingatlah, sungguh kaum ‘Ad itu kafir kepada Tuhan mereka. Ingatlah kebinasaanlah bagi kaum ‘Ad, (iaitu) kaum Hûd itu.” [TMQ Hud (11): 59-60].
Perhatikanlah bagaimana Allah SWT memaklumkan dalam ayat ini, bahawa salah satu sebab kebinasaa mereka ialah memenuhi kehendak rejim yang bertindak sewenang-wenangnya dan menentang kebenaran yang dibawa oleh rasul-rasulNya. Mereka dibinasakan. Padahal mereka digambarkan sebagai kau yang perkasa (lihat: TMQ al-Fajr (89): 6-8].
Begitu pula pengajaran dari kaum Tsamud. Bahkan para tokoh kafir Quraisy yang Allah SWT gambarkan dalam ayatNya,
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ لِيَصُدُّواْ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيۡهِمۡ حَسۡرَةٗ ثُمَّ يُغۡلَبُونَۗ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحۡشَرُونَ
“Sungguh orang-orang kafir menafkahkan harta mereka untuk menghalangi (orang) dari jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi penyesalan bagi mereka, dan mereka akan dikalahkan. Ke dalam Jahanamlah orang-orang yang kafir itu dikumpulkan.” [TMQ al-Anfal (8): 36].
Mereka melakukan segala usaha termasuk mengorbankan harta benda untuk menghalangi manusia daripada Islam. Maksudnya, menurut Syeikh Ali al-Shabuni dalam Shafwat al-Tafâsîr (I/467), ialah mereka menggunakan harta benda mereka dan bersungguh-sungguh menggunakannya untuk menghalangi manusia daripada memasuki Islam. Wal’iyâdzu billâh. Wallahu’alam.
Sumber: alwaie.net