[FISSILMI KAFFAH] KEJUJURAN DALAM BEKERJA
Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Pengertian Akhlak
Definisi akhlak menurut Syeikh Muhammad Husain Abdullah dalam kitabnya Dirāsāt fī Al-Fikr Al-Islāmi :
الأَخْلاقُ هِيَ الصِّفاتُ اَلَّتِي أَمَرَ اللهُ الْمُسْلِمَ أَنْ يَتَّصِفَ بِهَا عِنْدَ قِيامِهِ بِأعْمَالِهِ
“Akhlak adalah sifat-sifat yang yang diperintahkan oleh Allah kepada seorang muslim agar dia bersifat dengan sifat-sifat itu pada apabila dia melakukan berbagai perbuatan.” (Muhammad Husain Abdullah, Dirāsāt fī Al-Fikr Al-Islāmi, hlm. 52).
Contoh akhlak bagi seorang muslim adalah seperti berikut :
Khusyuk dalam solatnya, sebagaimana firman Allah SWT :
الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلٰو تِهِمْ خَاشِعُوْنَ
“(Ciri orang beriman adalah) orang yang khusyuk dalam solatnya.” [TMQ Al-Mukminun (23): 2]
Lemah lembut dalam berdakwah, sebagaimana firman Allah SWT :
ۖفَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّٰهِ لِنْتَ لَهُمْ ۚ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيْظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوْا مِنْ حَوْلِكَ
“Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. [TMQ Ali ‘Imran (3): 159]
Sabar dalam berjihad, seperti dalam firman Allah SWT :
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berjaga-jaga (di sempadan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” [TMQ Ali ‘Imran (3) : 200].
Berani dalam menasihati penguasa yang zalim, sebagaimana sabda Rasulullah SAW. :
سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ، وَرَجُلٌ قَامَ إلَى إمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ، فَقَتَلَهُ
“Pemimpin para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muthalib dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan penguasa zalim, lalu dia memerintah (yang makruf/sesuai syariat) dan melarang (dari kemungkaran/yang tidak sesuai syariat) penguasa tersebut, kemudian penguasa itu membunuh dirinya.” (HR al-Hakim dan ath-Thabarani).
Mengutamakan orang lain (al-ītsār) dalam berinteraksi dengan sesama muslim dalam hal kebaikan, sebagaimana firman Allah SWT. :
وَيُؤْثِرُوْنَ عَلٰٓى اَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
“Dan mereka (orang-orang Ansar) mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, walaupun mereka juga (orang-orang Ansar) mempunyai keperluan.” [TMQ Al-Hasyr (59): 9]
Bersikap adil dalam menerapkan syariat Islam, apabila seorang muslim menjadi penguasa (al-hākim) dan menjalankan kekuasaan atas rakyatnya, sebagaimana firman Allah SWT. :
وَاِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ اَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْلِ ۗ
“Dan apabila kamu menegakkan hukum (Islam) di antara manusia hendaklah kamu menegakkannya dengan adil.” [TMQ An-Nisa (4): 58]. (Muhammad Husain Abdullah, Dirāsāt fī Al-Fikr Al-Islāmi, hlm. 52).
Konsep Akhlak Dalam Islam
Pertama, menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani dalam kitabnya Nizhāmul Islām, akhlak adalah sebahagian daripada Syariat Islam, iaitu sebahagian daripada perintah Allah dan larangan Allah. (Taqiyuddin An-Nabhani, Nizhāmul Islām, hlm. 137).
Jadi, berakhlak itu wajib berlandaskan pada keimanan, iaitu seorang muslim itu berakhlak semata-mata berdasarkan keimanan kepada Allah.
Contoh: apabila seseorang muslim berakhlak jujur, maka dia wajib berkeyakinan bahawa jujur itu wajib kerana diperintahkan oleh Allah, bukan kerana jujur itu dianggap sebagai sifat moral yang baik oleh manusia. Contohnya, terdapat pepatah “jujur itu hebat”.
Kedua, menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani dalam kitabnya Ḥadits Al-Shiyām, seorang muslim yang berakhlak bukan kerana Allah, iaitu bukan kerana menjalankan perintah Allah atau menjauhi larangannya, maka dia tidak mendapat pahala. (Taqiyuddin An-Nabhani, Ḥadits Al-Shiyām, hlm. 103).
Kaedah fiqih menegaskan :
لاَ ثَوَابَ إلاَّ باِلنِّيَةِ
“Tidak ada pahala kecuali dengan niat.” (Ibnu Nujaim, Al-Asybāh wa Al-Nazāir, hlm. 17).
Ketiga, menurut Imam Taqiyuddin An-Nabhani dalam kitabnya Nizhamul Islam, akhlak merupakan sifat-sifat individu, bukan sifat-sifat yang berkaitan dengan masyarakat. Maka memperbaiki masyarakat, tidak cukup dengan memperbaiki akhlak individu rakyatnya, melainkan wajib memperbaiki unsur-unsur masyarakat, iaitu memperbaiki masyarakat dalam 3 unsurnya seperti berikut : (1) Pemikiran; (2) Perasaan; dan (3) Peraturan. (Taqiyuddin An-Nabhani, Nizhāmul Islām, hlm. 144).
Jujur dalam Islam
Definisi jujur ialah :
الصِّدْقُ هوَ مُطابَقَةُ الكَلامِ لِلْوَاقِعِ بِحَسَبِ اعْتِقادِ المُتَكَلِّمِ
“Jujur ialah kesesuaian perkataan dengan faktanya, sesuai keyakinan orang yang berkata.” (Rawwas Qal’ah Jie, Mu’jam Lughat al-Fuqoha, hlm. 243).
Orang yang jujur disebut ash-shādiq (الصَّادِقُ), dan orang yang sangat jujur (sebagai shighat mubalaghah, iaitu bentuk kata untuk menunjukkan “sangat”), disebut dengan ash-shiddīq (الصِّدِّيْقُ).
Hukum asal jujur adalah wajib dalam Islam, sesuai dalil-dalil syarie yang memerintahkan muslim berkata jujur, seperti firman Allah SWT. :
يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَكُوْنُوْا مَعَ الصّٰدِقِيْنَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar.” [TMQ At-Taubah (9) : 119].
Rasulullah SAW. bersabda :
عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ, فَاِنَّهُ مَعَ البِرِّ وَهُمَا فِى الْجَنَّةِ, وَاِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَاِنَّهُ مَعَ الْفُجُوْرِ وَهُمَافِى النَّار
“Wajib atasmu berlaku jujur, kerana jujur itu bersama kebaikan, dan kedua-duanya akan berada di Syurga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, kerana dusta itu bersama kederhakaan (tidak taat), dan kedua-duanya di neraka.” (HR Ibnu Hibban).
Rasulullah SAW. bersabda :
عَلَـيْكُمْ بِـالصِّدْقِ فَاِنَّ الصِّدْقَ يَـهْدِى اِلىَ اْلبِرِّ وَ اْلبِرُّ يَـهْدِى اِلىَ اْلجَنَّةِ. وَ مَا يَزَالُ الـرَّجُلُ يَصْدُقُ وَ يَـتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْـتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيـْقًا. وَ اِيـَّاكُمْ وَ اْلكَذِبَ فَاِنَّ اْلكَذِبَ يَـهْدِى اِلىَ اْلفُجُوْرِ وَ اْلفُجُوْرُ يَـهْدِى اِلىَ النَّارِ. وَ مَا يَزَالُ اْلعَبْدُ يَكْذِبُ وَ يَـتَحَرَّى اْلكَذِبَ حَتَّى يُكْـتَبَ عِنْدَ اللهِ كَـذَّابـًا
“Wajib bagi kalian untuk jujur, kerana sesungguhnya jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga. Dan seseorang sentiasa jujur dan memilih kejujuran sehingga dicatat di sisi Allah sebagai orang yang sangat jujur. Dan takutlah kalian dari dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membawa kepada kederhakaan, dan derhaka itu membawa ke neraka. Dan seseorang sentiasa berdusta dan memilih berdusta sehingga dicatat di sisi Allah sebagai orang yang banyak berdusta (kadzdzāb).” (HR Bukhari dan Muslim).
Terdapat pengecualian terhadap kewajipan jujur ini, iaitu dibolehkan berbohong dalam tiga perkara yang disebut dalam dalil-dalil hadis. Di antaranya ialah hadis Ummu Kultsum RA berikut ini :
عنَ أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِى مُعَيْطٍ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَهُوَ يَقُولُ «لم أسمَعْ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ يرخَّصُ في شيءٍ مِمَّا يقولُ النَّاسُ إنَّه كذِبٌ إلَّا في ثلاثٍ : الرَّجلُ يُصلِحُ بينَ النَّاسِ والرَّجُلُ يكذِبُ لامرأتِهِ والكذِبُ في الحَربِ
Dari Ummu Kultsum binti ‘Uqbah bin ‘Abi Mu’aythin, dia mendengar Rasulullah SAW. bersabda, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah memberi rukhshah (keringanan) dalam sesuatu yang dikatakan manusia sebagai kebohongan, kecuali dalam tiga keadaan; seseorang yang memperbaiki hubungan antara manusia, seorang suami yang berbohong kepada isterinya, dan berbohong dalam perang.” (HR Abu Dawud, An-Nasa`i, dan Ahmad. Hadits shahih).
Jujur Dalam Bekerja
Jujur diwajibkan oleh Islam ketika seorang muslim bekerja, tetapi disyaratkan pekerjaan itu adalah pekerjaan yang halal bukan pekerjaan yang haram. Jika seorang muslim melakukan pekerjaan yang haram, lalu dia bekerja secara jujur dalam pekerjaan haram itu, maka akhlak kejujuran itu tidak bermakna dan tidak ada pahala.
Dengan kata lain, kejujuran itu mempunyai konteks-nya, iaitu ketika seorang muslim melakukan pekerjaan yang halal.
Jadi, wajib hukumnya seorang muslim bekerja jujur ketika dia melakukan pekerjaan yang halal menurut Syariat Islam. Cintohnya, jujur ketika seorang muslim menjadi petugas pemungut zakat dalam Islam. Untuk apa jujur tetapi dalam konteks melakukan perbuatan yang haram? Contoh ekstremnya, untuk apa jujur jika seorang muslim bekerja sebagai bendahari yang jujur dari sebuah sindiket dadah atau bendahari yang jujur dalam komplot perompakan, atau pegawai bank yang jujur ketika mengira banyaknya bunga bank, atau petugas cukai yang jujur ketika mengira banyaknya jumlah cukai yang diharamkan syariah.
Jadi, akhlak seperti jujur sebenarnya tidak bermakna, jika tidak diletakkan dalam konteks yang benar, iaitu dalam rangka melaksanakan pekerjaan yang halal. Dengan demikian, jujur dalam melakukan pekerjaan yang haram, hukumnya juga menjadi haram, kerana jujur itu adalah sifat akhlak yang hukumnya tidak berdiri sendiri, melainkan mengikuti perbuatan utamanya yang sudah diharamkan oleh syariah. Wallāhu a’lam.
Sumber:
http://fissilmi-kaffah.com/frontend/artikel/detail_umum/63
#Jujur #JujurBekerja #Akhlak