Kegagalan tahunan Mesyuarat ASEAN terhadap umat Islam di Asia Tenggara
Berita:
Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengesahkan bahawa melindungi pekerja migran dan mangsa pemerdagangan manusia adalah salah satu perjanjian utama yang timbul daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang telah dimuktamadkan baru-baru ini di Labuan Bajo, Indonesia, Mei 2023. Presiden Jokowi menekankan kebimbangan utama para pemimpin terhadap perkara-perkara yang secara langsung memberi kesan kepada kepentingan rakyat, dan menyeru negara-negara ASEAN untuk mengambil tindakan tegas terhadap pesalah utamanya. Beliau seterusnya menyatakan bahawa ASEAN sebulat suara bersatu dalam mengutuk pencabulan nilai kemanusiaan, dan `inclusivity’ adalah prinsip utama untuk menegakkan kredibiliti ASEAN.
Berhubung krisis kemanusiaan di Myanmar, Presiden Jokowi menyatakan kesediaan Indonesia untuk berbincang dengan semua pihak berkepentingan termasuk junta tentera demi kepentingan kemanusiaan. Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa penglibatan tidak boleh disalah ertikan sebagai pengiktirafan, dan beliau menekankan kepentingan perpaduan ASEAN untuk menghalang kuasa luar daripada memecahbelahkan persatuan itu.
Bidang perjanjian ketiga memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi dalam ASEAN. Presiden Jokowi mengumumkan rancangan untuk membangunkan ekosistem kereta elektrik, bertujuan untuk menyepadukannya ke dalam rantaian bekalan global dan mengutamakan industri hiliran. Selain itu, pemimpin ASEAN bersetuju untuk meningkatkan urus niaga mata wang tempatan dan menggalakkan keterkaitan pembayaran digital antara negara anggota, sejajar dengan matlamat pemusatan ASEAN serta berusaha untuk ASEAN yang lebih kukuh dan bebas.
Presiden Jokowi melahirkan rasa puas hati dengan kejayaan dan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo. Beliau mengulangi hasrat Indonesia untuk menyaksikan ASEAN yang berdaya tahan yang boleh menangani cabaran, menyesuaikan diri dengan dinamik dunia yang sentiasa berubah, dan mengekalkan peranan utamanya di rantau ini. Aspirasi utama adalah untuk menjadikan ASEAN sebagai hab pertumbuhan dan mewujudkan rantau yang aman, stabil serta makmur, menonjolkan ikatan dan perpaduan yang kukuh di kalangan negara-negara anggota ASEAN. (Sumber: kemlu.go.id)
Ulasan:
Sejak penubuhannya pada 1967, ASEAN tidak dapat mencapai matlamatnya untuk mewujudkan masyarakat yang adil, selamat dan aman di rantau ini, walaupun telah mengadakan mesyuarat tetap dan menghasilkan pelbagai perjanjian. ASEAN cemerlang dalam mereka-bentuk mesyuarat dan perjanjian tetapi gagal dalam mewujudkan keadaan positif di Asia Tenggara.
Had ini berpunca daripada sifat ASEAN sebagai platform untuk kerjasama dan penyelarasan di kalangan negara anggota, tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan dasar. Selain itu, negara anggota terutamanya didorong oleh kepentingan nasional mereka sendiri. Walaupun banyak norma ideal telah dipersetujui, ia sering dilanggar dan terbukti mencabar untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, ASEAN tidak dapat menangani penyalahgunaan dan autoritarianisme secara berkesan, seperti penganiayaan berterusan terhadap minoriti Muslim Rohingya.
Walaupun dengan keberadaan negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei Darussalam dalam ASEAN, negara-negara ini tidak dapat mengambil tindakan penting daripada rakan sejawatan mereka dalam menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Myanmar. Kecaman, pemberian bantuan, dan penerimaan pelarian adalah sejauh mana mereka merespon terhadap isu tersebut.
Begitu juga, pemimpin Islam di Timur Tengah menghadapi cabaran yang sama, tidak mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah secara bebas di rantau mereka. Sebaliknya, mereka sering bergantung pada agenda Barat. Ini boleh dikaitkan dengan kesetiaan mereka yang lebih condong kepada sekularisme berbanding dengan Islam, mengakibatkan wujudnya negara dan pemimpin yang lemah dengan pemikiran pasif.
Selagi situasi ini berterusan, masyarakat Islam akan berjuang terus menerus untuk memberi sumbangan positif kepada dunia, sebagai umat terbaik.
[كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُّنِتِرِ لَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَنَسِ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” (Ali-Imran 3:110).
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Abdullah Aswar