[Berita Global] Penentangan BRICS terhadap Hegemoni Amerika, Pemerhati: Asasnya Pragmatik, Tiada yang Baharu
Sebanyak 19 negara telah mendekati kumpulan ekonomi BRICS secara rasmi atau tidak untuk menjadi ahli termasuk Indonesia. Ini dilihat sebagai fenomena penentangan terhadap hegemoni kekuatan ekonomi yang dipimpin oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
Duta Besar Afrika Selatan ke BRICS, Anil Sooklal, berkata sejak penubuhannya pada 2006, kumpulan ekonomi itu hanya menerima seorang ahli baharu pada 2010. Kini, katanya, 19 negara telah menyatakan minat untuk menyertainya.
Menurut platform Megh Updates, BRICS sedang mewujudkan dirinya sebagai alternatif kepada forum kewangan dan politik antarabangsa sedia ada. Pada masa ini, lima negara anggota BRICS menyumbang 31.5% daripada KDNK global, manakala bahagian ahli G7—yang dilihat sebagai saingan BRICS—telah jatuh kepada 30%.
Pragmatik
Perkembangan ini turut diulas oleh pemerhati dasar awam Dr. Riyan, M.Ag. dalam program “BRIC, Usaha Membendung Kekuatan Amerika? Bagaimana dengan Umat Islam?” di Khilafah Channel Reborn, Ahad (21-5-2023).
Beliau menyatakan, dalam analisis mikro, nampaknya BRICS adalah percubaan beberapa negara untuk melawan dominasi AS, kemudian dibina atas prinsip pragmatisme ekonomi dalam kerangka kapitalisme. “Jadi, sebenarnya tidak ada apa-apa yang baharu, cuma satu blok baharu telah dibentuk,” katanya.
Sememangnya menurutnya, apa yang mesti diperhatikan, AS hidup dengan “menghisap” dari negara lain yang kemudiannya menjadi jajahannya. “Dari sini, AS nampak masih mampu bertahan padahal sudah menjadi The New Sickman,” katanya.
Jelas beliau, jika kita lihat pertumbuhan ekonomi dunia, lebih 80% daripada KDNK datang dari 16 negara sahaja. “Dominasi terbesar datang dari China 30% dan AS 21%, manakala untuk Indonesia hanya 2.2%,” katanya.
Beliau menganggap kehadiran BRICS yang merupakan gabungan Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan akan menjadi kekuatan ekonomi yang cukup besar.
“Pada Sidang Kemuncak BRIC yang diadakan pada 2009 dan 2010, dua perkara telah disebut iaitu pertama, pembaharuan institusi kewangan antarabangsa seperti IMF dan Bank Dunia supaya mereka dapat menampung dengan lebih baik aspirasi negara membangun berikutan tahap kesejahteraan yang sangat tidak sama rata. Kedua, terdapat keperluan untuk mempelbagaikan sistem monetari antarabangsa, tidak lagi tertumpu kepada dolar AS. Mereka optimis pada 2050 bahawa organisasi ini akan menjadi kekuatan ekonomi yang semakin berkembang,” jelasnya.
Kemudian, tambahnya, BRICS membentuk New Develompment Bank—seperti Bank Dunia dalam versi BRICS—dengan suntikan modal sebanyak AS$50 bilion untuk membangunkan mekanisme bantuan bagi negara yang mengalami gagal bayar.
“Institusi ini bukan sahaja muncul sebagai alternatif kepada Bank Dunia, tetapi juga IMF. Mereka menawarkan banyak kemudahan sehingga banyak negara telah mendaftar untuk menjadi ahli, seperti Mesir, Uruguay, Emiriah Arab Bersatu dan Bangladesh. Selain itu, mereka cuba berusaha untuk dedollarisasi supaya dolar digunakan sesedikit mungkin,” ulasnya.
Kapitalisme
Walaupun begitu, Dr Riyan menjelaskan, BRICS tetap menggunakan sistem ekonomi kapitalis yang rapuh.
“Selepas keruntuhan ekonomi berasaskan sosialisme komunis, maka kapitalisme ini semakin mnginjak naik. Cuma jangan lupa, kapitalisme adalah rapuh. Sistem ekonomi ini akan sentiasa diselubungi kitaran krisis kerana faktor riba. Sementara itu, New Development Bank yang dibentuk oleh BRICS juga menggunakan riba,” jelasnya.
Oleh itu, beliau berpandangan, dalam analisis makro, BRICS dijangka belum mampu melawan dominasi AS. “Pada masa ini, AS masih berada di puncak kuasa atau [memegang] kawalan ekonomi dan kawalan politik,” katanya.
Tawaran Islam
Sebaliknya, beliau menyatakan, terdapat tentangan yang ditawarkan oleh Islam, iaitu sistem ekonomi yang dibina di atas syariat Islam di bawah naungan Khilafah.
“Jadi, bukan kembali kepada sistem ekonomi kapitalis, apa jua bentuk bloknya, sama ada BRICS, G-7, atau lain-lain,” katanya.
Dalam hal ini, jelasnya, terdapat tiga rukun dalam sistem ekonomi Islam, iaitu pemilikan harta, pengembangan harta, dan pembahagian harta mengikut tatacara syarak.
“Kemudian, apa yang lebih penting dari segi kewangan ialah standard wangnya adalah dengan emas dan perak. Sistem ini juga tidak mempunyai bank ribawi, syarikat berhad (PT), dan bursa saham. Inilah yang akan membina kemerdekaan ekonomi,” tegasnya.
Apatah lagi, sambung beliau, jika digambarkan apabila semua negara umat Islam bersatu dalam Khalifah—yang kadangkala tidak terfikir kerana dianggap satu-satunya pilihan ialah BRICS atau G-7—maka dunia Islam mempunyai tiga potensi strategik.
“Pertama, ia adalah sebuah negara yang mempunyai kawasan terluas dan strategik dari segi geopolitik, malah mempunyai penduduk melebihi 1.8 bilion yang akan menjadi sumber demografi yang luar biasa. Ketersediaan sumber manusia adalah mencukupi, tanpa disorientasi kehidupan,” jelasnya.
Kedua, katanya, ia akan menjadi negara kedua yang mempunyai tentera terkuat dan bilangan tentera terbanyak yang mengawal dan menyampaikan misi jihad fi sabilillah dalam konteks melindungi rakyat daripada “pemangsa” ekonomi.
“Ketiga, menjadi negara dengan ekonomi ketiga terbesar, dengan sumber tenaga terbanyak, dan ketiga dalam pengeluaran perindustrian,” ungkapnya.
Beliau menegaskan ini adalah tawaran Islam untuk umat Islam. “Jadi, adakah anda mahu menyertai BRICS atau G-7? Dengan syariat Islam, rakyat akan bersatu dalam kepimpinan global iaitu Khilafah, negara berlandaskan Islam,” katanya.
Pada dasarnya, beliau mengingatkan, BRICS kekal rapuh dalam memerangi dominasi ekonomi AS. “Sebaliknya, Islam mempunyai sistem ekonomi yang dibina di atas syariat Islam di bawah naungan Khlafah. Inilah yang akan menghentikan dominasi AS, bukan sekadar melawan atau mencabar,” tegasnya.
Justeru, tegas beliau, jangan terpedaya dengan kewujudan BRICS. “Jadilah kekuatan yang merdeka atas dasar syariat Islam kaffah. Seterusnya, terus istiqamah memperjuangkan tegaknya sistem ekonomi Islam sebagai sebahagian daripada sistem Islam dalam kerangka Khilafah,” akhirinya.
Sumber:
https://muslimahnews.net/2023/05/30/20523/