[FISSILMI KAFFAH]
Khilafah Adalah Ajaran Islam Yang Hukumnya Wajib Menurut Ijmak Ulama, Tidak Boleh Ditolak Oleh Sesiapa pun dan Dengan Alasan Apa Pun Sehingga Hari Kiamat
Oleh : KH. M. Shiddiq Al-Jawi
Menolak kewajipan Khilafah tidak dibenarkan sama sekali dalam agama Islam, walau apa pun alasannya. Ini kerana wajibnya Khilafah bukan perkara khilāfiyah (boleh berbeza pendapat), tetapi merupakan perkara yang telah menjadi Ijmak (kesepakatan) seluruh ulama dari pelbagai mazhab dalam Islam sepanjang sejarah umat Islam dari dahulu hingga kini. Tidak ada seorang ulama pun yang menolak wajibnya Khilafah, kecuali dia akan dianggap sebagai orang berpendapat syādz (ganjil/berpecah) yang menyimpang atau bahkan terkeluar dari landasan agama Islam yang lurus.
Perhatikan penjelasan Imam Al-Qurthubi (meninggal 651 H/1273 M) sebagai berikut :
قال الإمام القرطبي: « وَلَا خِلافَ فِي وُجُوْبِ ذَلِكَ ( أَيْ الخِلافَةِ ) بَيْنَ الأُمَّةِ وَلَا بَيْنَ الأَئِمَّةِ ، إِلَّا مَا رُوِيَ عَنْ الأَصَمِّ حَيْثُ كَانَ عَنْ الشَّريعَةِ أَصَمُّ . وَكَذَلِكَ كُلُّ مَنْ قَالَ بِقَوْلِهِ وَاتَّبَعَهُ عَلَى رَأْيِهِ وَمَذْهَبِهِ ». (تفسير القرطبي، 1/264)
Imam Qurtubi berkata,“Tidak ada perbezaan pendapat (khilāfiyah) mengenai wajibnya perkara itu (wajibnya Imamah/Khilafah) di antara umat Islam dan di antara para Imam (ulama), kecuali apa yang diriwayatkan dari al-Ashamm (nama seorang penolak wajibnya Khilafah), yang dia itu memang “ashamm” (pekak/budheg) dari Syariah. Demikian juga sesiapa yang berkata dengan pendapatnya (al-Ashamm) dan yang mengikut pendapat serta mazhabnya.” (Imam Al-Qurthubi, Tafsīr al-Qurthubiy, Juz I, hlm. 264).
Semua imam mazhab yang empat, telah sepakat (Ijmā’) mengenai wajibnya Khilafah, menurut penjelasan Syeikh Abdurahman Al-Juzairi (meninggal 1360 H/1941 M) seperti berikut:
« اتَّفَقَ الأَئِمَّةُ رَحِمَهُمُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى أَنَّ اْلإِمَامَةَ فَرْضُ…» (الشيخ عبد الرحمن الجزيري ،الفقه على المذاهب الأربعة، ج5 ص 366، ط. دار الكتب العلمية)
“Para imam-imam [Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad], rahimahumullāh taala, telah bersepakat bahawa Imamah [Khilafah] hukumnya fardhu [wajib].” (Abdurahman Al-Juzairi, Al-Fiqh ‘Alā Al-Madzāhib Al-’Arba’ah, Juz V, hlm. 366, Beirut : Darul Kutub Al-Ilmiyah).
Malah, wajibnya Khilafah tidak hanya disepakati oleh imam mazhab yang empat tersebut, yang merupakan ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, tetapi juga telah disepakati oleh golongan di luar Ahlus Sunnah wal Jamaah seperti Murji’ah, Khawarij, Muktazilah, Syiah, dll. Imam Ibnu Hazm (meninggal 456 H/1063 M) berkata :
« اتَّفَقَ جَميعُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَجَميعُ المُرْجِئَةِ وَجَميعُ الشّيعَةِ وَجَميعُ الخَوارِجِ عَلَى وُجُوْبِ الإِمَامَةِ …» (الإمام ابن حزم، الفصل في الملل والأهواء والنحل، ج 3 ص 3، ط. دار الكتب العلمية).
“Telah sepakat semua Ahlus Sunnah, semua Murji’ah, semua Syiah, dan semua Khawarij, mengenai kewajipan Imamah [Khilafah]…” (Ibnu Hazm, Al-Faṣlu fi Al-Milal wa al-Ahwā’ wa An-Niḥal, Juz III, hlm. 3, Beirut : Dārul Kutub Al-’Ilmiyah).
Berdasarkan penjelasan di atas, sungguh lancang jika ada yang berani menolak wajibnya Khilafah, apatah lagi atas nama ulama, padahal tidak ada ulama yang menolak kewajipan Khilafah, kecuali pendapatnya tidak akan diambil kira kerana pendapatnya telah bertentangan dengan Ijmak Sahabat, dan ijmak para ulama yang muktabar dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah malah dari pelbagai kalangan (golongan) di luar Ahlus Sunnah wal Jamaah. Wajibnya Khilafah merupakan kewajipan yang tetap (tsābit), yang tetap wajib berdasarkan keumuman dalil-dalilnya sehingga kewajipan ini berlaku secara universal pada setiap masa dan tempat sehingga hari kiamat nanti.
Telah diketahui (ma’lūm) bahawa hukum syarak yang berdasarkan pada dalil umum, akan terus berlaku pada setiap masa dan tempat di mana-mana pun sshingga hari kiamat :
قال الشيخ الطاهر ابن عاشور رحمه الله : « فَعُمُوْمُ الشَّريعَةِ سَائِرُ البَشَرِ فِي سَائِرِ العُصُوْرِ مِمَّا أَجْمَعَ عَلَيْهِ المُسْلِمُونَ ، وَقَدْ أَجْمَعُوْا عَلَى أَنَّهَا مَعَ عُمُومِهَا صَالِحَةٌ لِلنَّاسِ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ » .[مقاصد الشريعة الإسلامية، للطاهر ابن عاشور (٣/٢٧٤)].
Syeikh al-Ṭāhir bin ‘Āshūr (meninggal tahun 1393 H/1973 M), raḥimahullāh, berkata : “Jadi keumuman syariat bagi semua manusia pada setiap zaman adalah apa yang telah disepakati bersama oleh kaum muslimin, dan mereka sepakat bahawa syariat beserta keumumannya, terpakai untuk setiap zaman dan tempat.” (Al-Ṭāhir bin ‘Āshūr, Maqāṣid al-Sharī’ah, Juz III, hlm. 274).
Suatu hukum syarak yang telah tsābit (ditetapkan) berdasarkan dalil al-Quran, atau As-Sunnah, atau Ijmak, atau Qiyas akan tetap berlaku hingga Hari Kiamat :
قال الزركشي رحمه الله : « كُلُّ حُكْمٍ ثَبَتَ لَنَا بِقَوْلِ اللَّهِ أَوْ بِقَوْلِ رَسولِهِ أَوْ بِإِجْماعٍ أَوْ قِيَاسٍ فَهُوَ دائِمٌ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ » .[البحر المحيط في أصول الفقه، للزركشي (١/٢١٧)].
Imam al-Zarkasyi, raḥimahullāh, berkata : “Setiap hukum syarak yang telah ditetapkan untuk kita dengan dalil firman Allah, atau dengan dalil sabda Rasul-Nya, atau dengan dalil Ijmak (konsensus) atau dalil Qiyas (analogi syarie), maka ia tetap berlaku hingga Hari Kiamat.” (Imam al-Zarkasyi, al-Baḥrul Muḥīṭ fī Uṣūl al-Fiqh, Juz I, hlm. 217).
Padahal wajibnya Khilafah, sebagaimana penjelasan oleh Syeikh ‘Abdullah Al-Dumayjī (lahir 1956 M), telah ditetapkan (tsābit) berdasarkan dalil al-Quran, As-Sunnah, Ijmak, dan Qawā’id Syar’iyyah, sebagaimana yang ditegaskan oleh beliau :
« وُجُوْبُ اْلإِمَامَةِ [أي اَلْخِلاَفَةُ] ثَابِتٌ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَةِ وَاْلإِجْمَاعِ وَالْقَوَاعِدِ الشَّرْعِ يَّةِ. » [الإمامة العظمى عند أهل السنة والجماعة، للدميجي ص 45]
”Wajibnya Imamah [Khilafah] telah ditetapkan berdasarkan dalil Al-Kitab, As-Sunnah, Ijmak, dan Qawā’id Syar’iyyah.” (‘Abdullah Al-Dumayjī, Al-Imāmah Al-‘Uzhmā ‘Inda Ahlis Sunnah wa Al-Jamā’ah, Riyādh : Dār Thaybah, Cetakan II, 1408 H, hlm. 45).
Kesimpulannya, Khilafah itu ajaran Islam yang hukumnya wajib menurut Ijmak Ulama (Kesepakatan Ulama), tidak boleh ditolak oleh sesiapa pun dan dengan alasan apa pun sehingga Hari Kiamat.
Wallāhu a’lam.
Sumber:
http://fissilmi-kaffah.com/frontend/artikel/detail_tanyajawab/518
#Khilafah #SyariatIslam #KewajipanKhilafah #Dalil #IjmakUlama