[Nafsiyah] Menyembunyikan Amal Ibadah
Penulis: Ustaz Yuana Ryan Tresna
Kita hendaklah memiliki amalan yang disembunyikan dan amalan yang dizahirkan.
Amalan yang disembunyikan ialah seperti amal ibadah mahdhah yang memerlukan kekhusyukan antara seorang hamba dengan Rabbnya.
Amalan yang dizahirkan adalah amal yang berkaitan dengan syiar, seperti menyebarkan salam, solat berjemaah, menjalankan amar makruf nahi mungkar dan menasihati penguasa.
Ahli Hikmah mengatakan,
إخفاء العلم هلكة وإخفاء العمل نجاة
“Menyembunyikan ilmu adalah kehancuran, sedangkan menyembunyikan amal adalah keselamatan.” [Ibnu Abdil Barr dalam Jami’ Bayan al-Ilm wa Fadhlih].
Berkaitan dengan amal yang disembunyikan, Nabi SAW bersabda,
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْعَبْدَ التَّقِىَّ الْغَنِىَّ الْخَفِىَّ
“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup, dan yang suka menyembunyikan amalnya.” [HR Muslim]
Az-Zubair bin Al Awwam mengatakan, “Barang siapa yang mampu menyembunyikan amalan solehnya, maka lakukanlah.”
Ibrahim An Nakha’i mengatakan, “Kami tidak suka menampakkan amalan soleh yang sepatutnya disembunyikan.”
Sufyan bin Uyainah mengatakan bahawa Abu Hazim berkata, “Sembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana engkau menyembunyikan amal keburukanmu.”
Hari ini kita berada pada era digital yang semuanya serba serbi dinampakkan dan terdorong untuk diperlihatkan. Semoga kita masih memuhasabah diri. Semoga kita masih mampu merawat rakaat-rakaat kecil di keheningan malam dan bermunajat saat berkhalwat dengan Allah SWT, kerana boleh jadi itu yang akan menyelamatkan kita kelak nanti.
Sumber: https://t.me/yuanaryantresna/796