Bantahan Syarie Terhadap – “Aidiladha, Taat Saja pada Pemerintah”
Oleh: Ustaz Syamsudin Ramadhan
Makna Hadis “Aidiladha Adalah Hari Ketika Umat Manusia Menyembelih Korban”
Imam Tirmidzi menuturkan sebuah hadis dari ‘Aisyah RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda:
اَلْفِطْرُ يَوْمَ يُفْطِرُ النَّاسُ وَاْلأَضْحى يَوْمَ يُضَحِّي النَّاسُ
“Aidilfitri adalah hari saat umat manusia berbuka, dan Aidiladha adalah hari ketika umat manusia menyembelih korbannya.” [HR. Imam Tirmidzi dari ‘Aisyah ra] Imam Tirmidzi juga meriwayatkan hadis Nabi SAW dengan lafaz berbeza:
اَلصَّوْمُ يَوْمَ يَصُوْمُوْنَ وَالْفِطْرُ يَوْمَ يُفْطِرُوْنَ وَاْلأَضْحى يَوْمَ يُضَحُّوْنَ
“Berpuasa (Ramadhan) adalah saat mereka berpuasa, Aidilfitri adalah saat mereka berbuka, dan Aidiladha adalah saat mereka menyembelih (haiwan korban).” [HR. Imam Tirmidzi dari Abu Hurairah RA]
Sebahagian orang berdalil dengan hadis ini, bahawa penetapan hari Aidiladha hendaklah disandarkan kepada ketetapan yang digariskan pemerintah negara bangsa. Masih menurut mereka, apabila majoriti masyarakat –berdasarkan ketetapan pemerintah—ber-Aidiladha pada hari Selasa, misalnya, maka hari Aidiladha juga jatuh pada hari Selasa. Pendapat seperti ini keliru dan tidak tepat. Sebab, ia belum memperhatikan atau meneliti keseluruhan hadis terkait Aidiladha dan puasa Arafah . Bantahan atas pendapat ini adalah seperti berikut:
Pertama, ulama menegaskan bahawa yang dimaksudkan hadis di atas adalah berpuasa dan berbuka mengikut majoriti kaum Muslim. Adapun yang dimaksudkan dengan “majoriti kaum Muslim” bukan merujuk kepada hanya majoriti kaum Muslim yang hidup dalam sesebuah negara bangsa (nation state). Majoriti kaum Muslim di sini adalah merujuk kepada keseluruhan kaum Muslim yang hidup di bawah kepemimpinan seorang Khalifah. Hanya saja, sejak tahun 1924, kaum Muslim tidak lagi memiliki pemimpin tunggal (amirul mukminin) yang boleh menyatukan kaum Muslim serta melenyapkan khilaf di tengah-tengah kaum Muslim. Namun, ketiadaan Khilafah tentu tidak boleh dijadikan alasan untuk berpuasa mengikuti majoriti kaum Muslim di sebuah negara bangsa saja, atau mengikut ketetapan penguasa negara-negara bangsa, tanpa memperhatikan kaum Muslim di negeri-negeri lain. Bukankah seluruh kaum Muslim di dunia adalah satu dan tidak boleh dipisahkan satu dengan yang lain? Di samping itu, kata al-naas termasuk lafaz umum, dimana seluruh manusia tidak dibatasi dengan wilayah, bangsa, ras, negara, dan warna kulit tertentu.
Adapun hadis yang diriwayatkan Imam Thabrani:
يَوْمُ عَرَفَةَ يَوْمُ يُعرِّفُ الإِمَامُ، وَالأَضْحَى يَومَ يُضَحِّى الإمَامُ، والفِطْرُ يَوْمَ يُفْطِرُ الإِمَامُ
“Bahawa hari Arafah (iaitu tanggal 9 Zulhijjah) itu adalah hari yang telah ditetapkan oleh Imam (Khalifah), dan hari berkorban itu adalah saat Imam (Khalifah) menyembelih korban.” [HR. Thabrani dalam kitab al-Ausath, dengan sanad hasan].
Sudah tentu yang dimaksud imam di sini adalah Khalifah, Amirul Mukminin, atau Imam. Sebab, jika digunakan lafaz imam dalam bentuk mutlaq, wajib dimaknai dengan Khalifah atau Amirul Mukminin.
Imam Nawawiy menyatakan:
والمراد بالامام الرئيس الاعلى للدولة، والامامة والخلافة وإمارة المؤمنين مترادفة، والمراد بها الرياسة العامة في شئون الدين والدنيا. والمراد بها الرياسة العامة في شئون الدين والدنيا. ويرى ابن حزم أن الامام إذا أطلق انصرف إلى الخليفة، أما إذا قيد انصرف إلى ما قيد به من إمام الصلاة وإمام الحديث وإمام القوم.
“Yang dimaksud dengan Imam adalah pemimpin tertinggi negara. Imamah, Khilafah, dan Imaratul Mukminin adalah sinonim. Yang dimaksud Khilafah adalah kepemimpinan umum dalam urusan agama dan dunia. Ibnu Hazm berpendapat bahawa kata “al-Imam”, jika disebut, maka pengertiannya dipalingkan kepada al-khalifah. Adapun jika disebut dengan taqyid (pembatasan) maka maknanya adalah sesuai dengan batasan tersebut, misalnya, imam solat, imam al-hadis, dan imam suatu kaum.”. [Imam An Nawawiy, Al-Majmuu’ Syarh al-Muhadzdzab, juz 19/191]
Kedua, syariat Islam mengkaitkan kaum Muslim yang sedang wukuf di Arafah dengan kaum Muslim di seluruh dunia yang tidak melaksanakan manasik haji. Hal ini menunjukkan bahawa kaum Muslim di seluruh dunia terhubung satu dengan yang lain, dan merupakan satu kesatuan utuh yang tidak boleh dipisah-pisahkan, termasuk dalam urusan penetapan puasa Arafah dan Aidiladha. Rasulullah SAW melarang puasa Arafah bagi jemaah haji yang berada di padang Arafah, dan mensunnahkan berpuasa bagi orang yang tidak melaksanakan manasik haji. Imam Abu Dawud menuturkan:
أَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهى عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada hari Arafah (bagi jamaah haji yang ada) di padang Arafah.” [HR. Imam Abu Daud, Nasa`i, dan Ibnu Khuzaimah].
Imam Ibnu ‘Abdil Barr di dalam kitab al-Tahmid menukilkan adanya ijma’ ulama atas pensyariatan puasa Arafah bagi kaum Muslim yang tidak melaksanakan manasik haji di Mekah. [Al-Tamhid, Juz 21/164]. Di dalam kitab al-Ifshaah, juz 3/170 dinyatakan:
وقد اتَّفقت المذاهبُ الفِقهيةُ الأربعةُ (الحنَفيةُ، والمالكيَّة، والشافعيَّة، والحنابِلةُ) على استحبابِ صومِ يومِ عَرفةَ، وممَّن نقَل الاتِّفاقَ على ذلك: ابنُ هُبيرةَ؛ قال: “واتَّفقوا على أنَّ صومَ يومِ عَرفةَ مُستحبٌّ لمَن لم يكُنْ بعرَفةَ”
“Mazhab-mazhab fikih yang empat (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah, dan Hanabilah) sepakat atas sunnahnya puasa hari Arafah. Dan di antara orang yang menukilkan (meriwayatkan) adanya kesepakatan dalam masalah ini adalah Ibnu Hubairah. Beliau berkata, “Mereka sepakat bahawa puasa hari Arafah disunnahkan bagi orang yang tidak berada di Arafah ”.
Imam Muslim menuturkan sebuah riwayat :
أَنَّ عُمَيْرًا مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ – رضى الله عنهما – حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أُمَّ الْفَضْلِ – رضى الله عنها – تَقُولُ شَكَّ نَاسٌ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فِى صِيَامِ يَوْمِ عَرَفَةَ وَنَحْنُ بِهَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَأَرْسَلْتُ إِلَيْهِ بِقَعْبٍ فِيهِ لَبَنٌ وَهُوَ بِعَرَفَةَ فَشَرِبَهُ.
“Sesungguhnya, ‘Umair, maula Ibnu ‘Abbas RA, telah menuturkan bahawasanya dia mendengar Ummu al-Fadl RA berkata, “Para sahabat Nabi SAW ragu dalam puasa hari Arafah, sedangkan kami sedang di Arafah bersama Rasulullah SAW. Lalu, aku mengirimkan kepada beliau SAW gelas besar yang berisi susu, sedangkan beliau SAW saat itu di Arafah. Lalu beliau meminumnya”. [HR Imam Muslim]
Imam Asy Syafie dalam Musnadnya menuturkan sebuah hadis bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
فطركم يوم تفطرون و أضحاكم يوم تضحون و عرفة يوم تعرفون
“Hari Aidilfitri kalian adalah hari saat kalian berbuka, dan Aidiladha kalian adalah hari saat kalian menyembelih korban, sedangkan hari Arafah adalah hari saat kalian melaksanakan wuquf di Arafah”. [HR Imam Syafie dan Imam Baihaqiy dari ‘Atha’ secara mursal] hadis ini dikeluarkan oleh Imam Asy Syafie dalam Kitab al-Umm, Juz 1/230; Imam Baihaqiy, Juz 5/176, hadis no:9610. Di dalam Kitab Faidl al-Qadiir, juz 4/441, Imam al-Munawiy berkata, “al-Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Imam Tirmidziy meriwayatkan hadis ini dan menggharibkannya. Imam Daruquthniy mensahihkannya dari ‘Aisyah RA, dan memarfu’kannya dan meluruskan kesamarannya”.
Imam Daruquthniy menuturkan sebuah riwayat dari ‘Abd al-‘Aziiz bin ‘Abd Khalid bin Usaid, bahawasanya dia berkata:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يوم عرفة اليوم الذي يعرف الناس فيه
“Rasulullah SAW bersabda, “Hari Arafah adalah hari saat manusia melaksanakan wuquf di Arafah ”. [HR Imam Daruquthniy dalam sunannya; Imam Baihaqiy dalam al-Sunan al-Kubra, dan beliau berkata, “hadis ini mursal jayyid, Imam Abu Dawud mengeluarkannya dalam Kitab al-Maraasiil]
Ketiga, para ulama telah menggariskan sebuah kaedah “mengamalkan dua dalil lebih utama dibandingkan mengabaikan salah satunya”. Hadis yang terkait tentang puasa 9 Zulhijjah dan puasa Arafah boleh dipadukan dengan cara bahawa yang dimaksud puasa tanggal 9 Zulhijjah adalah puasa Arafah saat jemaah haji melaksanakan wuquf di Arafah. Jika puasa Arafah dimaknai puasa tanggal 9 Zulhijjah, tanpa perlu dikaitkan dengan wuqufnya manusia di Arafah, nescaya ia akan menelantarkan hadis-hadis yang mengkaitkan puasa 9 Zulhijjah dengan wuquf Arafah. Adapun jika puasa Arafah dimaknai dengan puasa tanggal 9 Zulhijjah saat jemaah haji sedang wuquf di Arafah , maka kompromi seperti ini boleh memadukan dalil-dalil yang berbicara tentang puasa Arafah, 9 Zulhijjah, dan lain-lain. Dengan demikian, puasa Arafah dan Aidiladha wajib ditetapkan berdasarkan manasik haji di Mekah, dan hal itu mengikat seluruh kaum Muslim di seluruh dunia tanpa terkecuali.
Inilah pendapat yang lebih kuat, mengumpulkan semua hadis, menyatukan kaum Muslim, serta tidak memperkuat negara-negara bangsa yang dilarang di dalam Islam, serta mengarahkan umat Islam untuk mewujudkan kembali Khilafah Islamiyah yang dipimpin seorang Imam atau Khalifah. []
Sumber: alwaie
#aidiladha1444h #argumen #bantahan #isuaidiladha #ibadahkorban #puasaarafah