Amerika Paling Beruntung dari Perang Saudara di Sudan
Sebelum berbicara tentang konflik yang sedang berlangsung antara pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dengan tentera di Sudan, perlu difahami latar belakang tentang realiti RSF yang dibentuk oleh undang-undang khusus semasa pemerintahan Omar al-Bashir yang telah digulingkan. RSF tidak bergabung secara langsung dengan tentera, tetapi berada di bawah Panglima Angkatan Bersenjata saat itu iaitu Omar al-Bashir. Omar menggali emas untuk membiayai pasukannya tanpa audit atau pengawasan dan inilah yang membuatkan pasukan tersebut menjadi kuat dalam tempoh yang singkat.
Tujuan utama pembentukan pasukan ini adalah untuk membantu tentera menumpaskan pemberontakan di Darfur. Selama pemerintahan al-Bashir, pasukan ini memiliki keistimewaan khusus yang tidak ada pada pasukan tentera. Pemimpin mereka, Muhammad Hamdan Dabalo (Hemedti), diizinkan untuk memiliki peruntukan kewangan kerajaan yang sangat besar di samping hubungan serantau dan antarabangsa di luar kerangka rasmi negara. Ketika gerakan melawan rejim penyelamat terjadi, Jawatankuasa Keamanan berfikir untuk menyelamatkan rejim dari kejatuhan serta berusaha untuk menyingkirkan pimpinan rejim dari kekuasaan. Waktu itu, Jawatankuasa Keamanan memujuk Hemedti untuk bergabung menjadi sebahagian dari Majlis Tentera Peralihan dan rayuan itu berjaya.
Setelah menandatangani dokumen perlembagaan pada Ogos 2019 antara Dewan Ketenteraan dan orang awam, Hemedti menjadi orang kedua di negara bahagian tersebut. Dia menjadi wakil Leftenan Jeneral al-Burhan yang menjadi ketua Dewan Kedaulatan dengan sokongan langsung dari Amerika. Jadi, kedua-dua orang ini iaitu Hemedti dan al-Burhan merupakan wakil Amerika di Sudan melawan kekuatan kebebasan dan perubahan yang dianggap mengikuti Eropah, khususnya Britain.
Sejak saat itu, konflik Anglo-Amerika berkecamuk di Sudan antara tentera dan orang awam. Kekuasaan selalu berada di tangan kelompok terkuat dan sehingga sekarang masih berada di tangan para pemimpin tentera Amerika.
Adapun Britain, melalui orang-orangnya sedang mencuba untuk merebut kekuatan ini dengan menjadikan tentera berada di bawah kawalan orang awam. Kerana itu, desakannya adalah untuk menstrukturkan semula ketenteraan, mereformasinya dan menjadikannya di bawah kawalan Perdana Menteri awam.
Apabila ramai ahli politik dan pemerhati mula meragui perjalanan peristiwa ini bahawa konflik tersebut bukanlah konflik yang serius, Amerika terpaksa membuatkan konflik itu tampak nyata di lapangan. Kerana itu, Amerika “mengarang” pertempuran antara pihak tentera dan RSF. Mereka tidak peduli dengan darah kaum Muslim yang tumpah kerana darah itu tidak bernilai buat mereka atau ejen-ejennya sehingga masyarakat juga yakin bahawa konflik tersebut adalah benar. Situasi ini turut dihangatkan lagi oleh kebencian yang telah tertanam antara kedua belah pihak sejak sekian lama. Kerana itu, tidak menjadi masalah bagi mereka jika ratusan orang terbunuh dan tercedera bahkan jika yang terkorban itu adalah orang awam yang tidak ada kepentingan sama sekali pada mereka dalam pertarungan terlarang ini.
Kemudian, terjadi perjanjian akhir setelah kesepakatan rangka kerja ditandatangani pada Disember tahun lalu. Kesepakatan akhir ini, jika ditandatangani oleh tentera dalam bentuk yang disiapkan oleh orang awam, ia membawa maksud kekuasaan beralih kepada ejen-ejen Britain. Amerika pastinya tidak akan membiarkan perkara itu terjadi dan akan sedaya-upaya menghalangnya walaupun bakal menelan belanja yang besar. Kerana itu mereka mencipta konflik antara al-Burhan dan Hemedti dengan tujuan dapat mengalihkan konflik ke bentuk yang lain dan mengawal arena politik dengan cara demikian. Dengan itu, kekuatan awam akan membuat konsesi yang mempertahankan kewujudan ketenteraan berada dalam kekuasaan.
Pembunuhan, vandalisme dan pengusiran orang ramai dari wilayah tempat tinggal mereka terutamanya di kawasan ibu kota Khartoum masih menjadi topik yang paling menonjol dari peristiwa di Sudan.
Walaupun sudah berulang kali mengisytiharkan gencatan senjata tanpa komitmen, tetapi seperti kebiasaan kafir penjajah, mereka akan tetap menjaga dan melindungi ejen-ejen, mata-mata, kedutaan serta sarang pengintipannya walaupun mereka sendiri membakar negeri-negeri umat Islam. Rakyat negara itu akan dibiarkan mati disebabkan peluru atau kerana kekurangan ubat ataupun kelaparan. Maha Benar Allah SWT dengan firman-Nya, “Mereka tidak menghormati pertalian kerabat dan perjanjian terhadap orang-orang yang beriman, dan merekalah orang-orang yang menceroboh.” [TMQ At-Taubah (9): 10]
Para ejen Britain sangat memahami permainan yang sedang berlangsung. Disebabkan itu, mereka menyatakan bahawa matlamat perang ini adalah untuk memiliterisasikan kehidupan dan menghapuskan akar kehidupan awam. Kerana itu, melalui kuasa kebebasan dan perubahan, masyarakat antarabangsa diseur untuk menekan dan menghentikan peperangan. Semua mengetahui bahawa Amerika lah dalang disebalik peperangan ini dan hal itu dilakukan untuk mencapai tampuk kekuasaan. Mereka sanggup melakukan apa saja biarpun terjadinya pertumpahan darah dan sanggup menginjak mayat rakyat yang tidak berdosa. Laa hawla wa laa quwwata illaa bilLah.
Para ejen Amerika yang telah menyalakan api peperangan ini telah mengevakuasi warganegara dan pekerja kedutaannya, mengumumkan penangguhan pekerjaan kedutaan dan memberi amaran (menurut kementerian luar negerinya) bahawa keadaan di Sudan tidak akan membaik dalam jangka pendek. Jika Amerika mahu, mereka boleh saja menghentikan peperangan ini dengan hanya memetik jari. Malangnya, Amerika ingin perang ini terus berkobar sehingga apa yang dikehendaki dapat dicapai walaupun akibatnya melumpuhkan Sudan.
Peperangan merupakan jalan yang digunapakai oleh Amerika di setiap negara dan mereka menempatkan boneka-boneka suruhannya untuk menjalankan segala polisi demi kepentingan Amerika sendiri.
Boneka-boneka Amerika di wilayah terbabit, seperti biasa memberikan sokongan kepada kedua-dua pihak untuk menghangatkan perang. Sepertimana yang dinyatakan dalam The Wall Street Journal yang diterbitkan pada tanggal 19/4/2023, Jeneral Libya Haftar menghantar tentera sokongan kepada komandan RSF, Muhammad Hamdan Dagalo (Hemedti). Tentera Mesir pula menghantar sokongan kepada tentera Sudan. Kita juga menyaksikan perkara yang sama berlaku dalam perang Yaman di mana kakitangan Amerika berperang dengan sokongan Arab Saudi dan Iran. Ketika John Garang melakukan pemberontakan terhadap tentera al-Bashir, dapat kita pastikan bahawa kedua-duanya merupakan kakitangan Amerika yang ingin memisahkan Sudan Selatan. Mereka memberontak sehingga keduanya mencapai apa yang diinginkan.
Wahai rakyat Sudan, terutamanya para perwira dan para tenteranya! Janganlah kalian menjadi bahan bakar peperangan demi kepentingan penjajah kafir sehingga banyak darah ditumpahkan. Jadilah para penolong Islam. Janganlah kalian menyerahkan kesetiaan kalian kepada para pemimpin yang menjual diri mereka kepada syaitan dan para pembantunya. Berikanlah pertolongan (nusrah) kalian kepada Hizbut Tahrir untuk mendirikan Khilafah Rasyidah ala minhajin nubuwwah.
Sumber: https://www.alraiah.net] [Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Wilayah Sudan]