Sudan Diseru Agar Kembali ke Jalan Takwa
Melihat pada faktor penyebab atas apa yang terjadi di Sudan sejak Sabtu pagi (15/4) yang kononnya disebut sebagai perang saudara dan masih berlangsung sehingga artikel ini ditulis, Jurucakap Hizbut Tahrir Sudan, Ibrahim Utsman menyeru para komandan tentera mahupun Pasukan separa tentera yang berkaitan agar segera kembali ke jalan takwa kepada Allah SWT.
“Kami mengatakan kepada para komander tentera dan separa tentera iaitu Rapid Support Force (RSF), bertakwalah kepada Allah SWT. dan kembalilah ke akal sihatmu,” serunya sebagaimana yang tertulis dalam Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Wilayah Sudan yang diterima pada Selasa lalu (18/4/2023).
Para komander juga perlu bertindak untuk menyelamatkan darah kaum Muslim dan memberikan dukungan kepada HT untuk mendirikan Khilafah Rasyidah kedua mengikut jalan kenabian, ujar beliau lagi yang lebih mesra dipanggil Abu Khalil.
Dengan demikian, semoga Allah SWT mengampuni kalian atas apa yang terjadi sebelumnya dan membalasnya dengan pahala kaum Ansar yang telah menolong Rasulullah SAW sehingga Baginda berjaya menegakkan Negara Islam pertama di Madinah al-Munawwarah.
Seruan ini bukanlah seruan tanpa alasan mahupun tujuan. Tapi ia dilakukan berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari bahawa pertempuran ini adalah pertempuran terlarang (haram). Begitu juga dengan ketentuan syariah yang hanya membolehkan satu pasukan di bawah komando Khalifah kaum Muslim.
Adapun secara kekuasaan, Abu Khalil menerangkan bahawa Islam telah menjadikan kekuasaan berada pada umat. Umatlah yang meletakkan baiat kepada seseorang yang memenuhi syarat-syarat untuk memimpin Khilafah dan memerintah dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.
Kemudian, jelas Abu khalil lagi, terkait dengan pemerintahan dan kekuasaan yang sedang direbut, ianya bukanlah dianggap satu ghaniimah, melainkan sebuah tanggungjawab dan amanah untuk menerapkan hukum-hukum Allah dan mengurus umat.
Dengan demikian, sekali lagi beliau tegaskan bahawa pertempuran ini terjadi di atas kebatilan, bukan untuk menegakkan agama Allah ataupun menerapkan hukum-hukum-Nya.
Atas nama Hizbut Tahrir, beliau meminta pertanggungjawaban dari para komander tersebut. “Kami di Hizbut Tahrir Wilayah Sudan meminta pertanggungjawaban dari para pemimpin tentera dan Rapid Support Forces (RSF) atas darah yang telah dan masih lagi ditumpahkan.”
Sumber: https://alwaie.net/kilas-dunia/sudan-diseru-agar-kembali-ke-jalan-takwa/