Perbezaan Sekularisme Kemalis versus Erdogan
Terdapat satu perbezaan antara sekularisme Kemalis (sekularisme Eropah) versus sekularisme Erdogan (sekularisme Amerika). Demikian diungkapkan oleh Hizbut Tahrir (HT) di laman web alraiah.net, Rabu (3/5/2023).
Menurut HT, sekularisme Kemalis sinonim dengan ateisme dan menghapuskan segala manifestasi keagamaan dalam semua aspek kehidupan. Malah sekularisme Kemalis ini adalah provokasi terang-terangan terhadap perasaan umat Islam kerana memusuhi Islam dengan segala keberanian, keangkuhan dan kekejaman.
“Oleh itu, sikap umat Islam terhadap sekularisme Kemalis ini dan pengikutnya adalah penolakan secara mutlak, malah bintangnya sudah tenggelam di antara umat Islam. AlhamdulilLaahi Rabb al-‘aalamiin,” kata HT.
Mengenai sekularisme Erdogan, kata HT, ia masih meninggalkan ruang yang sangat kecil untuk umat Islam meluahkan perasaan Islam mereka dalam urusan kehidupan individu.
Bagi yang berkaitan dengan sistem negara dan masyarakat, tegas HT, maka sekularisme Erdogan itu sama seperti sekularisme Kemalis. Kedua-duanya sama-sama mendewakan manusia dan menjadikan manusia sebagai pembuat hukum (al-musyarri’); yang menggubal perlembagaan, yang menghalalkan dan yang mengharamkan.
“Semua ini sememangnya sangat bertentangan dengan al-Quran. Allah SWT. berfirman yang menunjukkan bahawa Dialah satu-satunya Pembuat hukum (al-musyarri’), yang menghalalkan, dan yang mengharamkan,” jelas HT seraya memetik ayat al-Quran (yang bermaksud): “Keputusan (membuat hukum) itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kalian tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [TMQ Yusuf (12): 40].
HT menegaskan bahawa sekularisme, baik Eropah mahupun Amerika adalah punca semua masalah manusia; penyebab dari semua masalah dan krisis yang menimpa mereka.
“Jadi, sekularisme inilah yang mewujudkan segala bencana, malapetaka, kesengsaraan, perselisihan, rusuhan, peperangan, pengeboman, dan pembunuhan yang menghantui kehidupan kita hari ini,” akhirinya.
Sumber:
https://alwaie.net/kilas-dunia/perbedaan-sekularisme-kemalis-versus-edogan/
#Sekularisme #VersiEropahAmerika #PuncaSegalaMasalah