KH Shiddiq al-Jawi: Tak Cukup Hanya Memilih Pemimpin
Pengantar Redaksi:
Sudah lama umat Islam, termasuk para tokohnya, tidak menyedari, bahawa sepatutnya ada dua agenda besar umat di ranah politik: Pertama, mewujudkan pemimpin yang baik. Kedua, mewujudkan sistem yang baik.
Faktanya, politik umat Islam seolah hanya fokus pada bagaimana mewujudkan pemimpin yang baik. Itu pun realitinya sering gagal. Mereka lupa bahawa ada yang jauh lebih penting, yakni mewujudkan sistem yang baik. Tidak lain adalah sistem Islam.
Lalu apa yang dimaksud dengan sistem Islam? Bagaimana pula caranya umat mewujudkan sistem Islam?
Itulah di antara pertanyaan yang diajukan wakil Redaksi kepada KH Shiddiq al-Jawi dalam wawancara kali ini.
Kiai, apa sebenarnya cita-cita politik umat Islam?
Cita-cita politik umat Islam itu intinya ada dua hal yang tidak dapat dipisahkan: Pertama, mewujudkan pemimpin yang baik. Kedua, mewujudkan sistem kehidupan yang baik. Pemimpin yang baik yang dimaksudkan adalah Khalifah, atau Imam, iaitu pemimpin tertinggi dalam Negara Khilafah. Adapun sistem kehidupan yang baik maksudnya adalah segala peraturan hidup berupa syariah Islam yang mengatur seluruh aspek kehidupan tanpa kecuali, seperti sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pendidikan, sistem sosial, politik luar negeri, dan sebagainya. Sistem kehidupan Islam ini tidak mungkin ada, kecuali dalam Negara Khilafah.
Apakah dasar cita-cita politik pertama, iaitu mempunyai pemimpin yang baik?
Kewajipan mempunyai pemimpin yang baik didasarkan pada dalil-dalil syariah yang mewajibkan umat Islam untuk mempunyai seorang pemimpin. Antaranya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak halal bagi tiga orang yang berada di suatu tempat di muka bumi, kecuali mereka wajib memilih salah seorang dari tiga orang itu untuk menjadi pemimpinya.” (HR Ahmad).
Pemimpin ini sudah pasti bukan sembarang pemimpin, melainkan wajib pemimpin yang baik. Kerana itulah para ulama kemudian merinci syarat-syarat pemimpin yang baik itu ada tujuh syarat, iaitu: Muslim, lelaki, berakal (‘aaqil), baligh (dewasa), merdeka (bukan hamba), adil (bukan fasik), dan mampu. Jadi, jika calon pemimpin itu tidak memenuhi salah satu dari tujuh syarat tersebut, misalnya dia adalah Muslim, tetapi fasik dalam erti Muslim yang tidak taat, seperti tidak solat lima waktu, suka minum khamr (arak), terlibat dengan transaksi riba, maka bererti dia tidak layak menjadi pemimpin bagi umat Islam.
Kemudian, apakah dasar cita-cita politik yang kedua, iaitu sistem kehidupan yang baik?
Cita-cita politik Islam ini bukan hanya soal kepemimpinan. Ada satu lagi cita-cita politik umat Islam yang melengkapi persoalan kepemimpinan itu, iaitu sistem kehidupan islami yang menjadi ruang hidup bermasyarakat dan bernegara bagi umat Islam.
Tuntutan untuk mewujudkan sistem kehidupan Islami ini didasarkan pada dua hal. Pertama, sifat ajaran Islam itu sendiri yang merupakan agama yang sempurna, yang mengatur segala aspek kehidupan, bukan hanya mengatur ibadah. Allah SWT berfirman (yang ertinya): “Telah Kami turunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad) untuk menjelaskan segala sesuatu.” (TMQ an-Nahl [16]: 89).
Kedua, sifat Rasulullah SAW itu sendiri yang bukan sekadar figura seorang nabi, melainkan juga figura seorang pemimpin/pemegang kekuasaan. Jelas, sifat Rasulullah SAW ini akan berbeza secara kontra dengan sifat nabi yang tidak menjadi pemegang kekuasaan, seperti Nabi Isa as., Nabi Musa as., dan Nabi Harun as. Mereka itu para nabi, tetapi bukan pemegang kekuasaan. Hal ini berbeza dengan para nabi yang juga pemegang kekuasaan, seperti Nabi Sulaiman as. Jadi sifat Nabi Muhammad as. itu lebih dekat kepada figura Nabi Sulaiman as. yang menjalankan dua tugas sekaligus, iaitu tugas sebagai nabi, dan tugas sebagai pemimpin umat atau pemegang kekuasaan.
Apakah cara yang paling tepat untuk mewujudkan cita-cita tersebut?
Untuk mewujudkan cita-cita politik umat Islam tersebut, cara yang paling tepat adalah dengan meneladani cara yang pernah dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Wajib hukumnya. Hal ini kerana, Rasulullah SAW merupakan uswah hasanah atau suri teladan yang wajib diikuti oleh umat Islam. Bukan hanya dalam tatacara ibadah, seperti solat dan haji, melainkan juga dalam tatacara mewujudkan pemimpin Islam dan sistem kehidupan Islam. Allah SWT berfirman (yang ertinya): “Sungguh telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kalian.” (TMQ al-Ahzab [33]: 21).
Secara garis besar, saat ini di tengah-tengah umat terdapat tiga varian pendapat di kalangan jamaah-jamaah Islam mengenai cara untuk mewujudkan cita-cita politik umat Islam. Pertama, ada yang menempuh jalan keganasan, yang diyakini sebagai jihad. Kedua, ada yang menempuh jalan demokrasi. Ketiga, ada yang menempuh cara mengemban dakwah Islam (hamlu ad-da’wah al-islaamiyah), tanpa menggunakan kekerasan dan tidak pula menempuh jalan demokrasi. Cara ketiga inilah yang insya Allah merupakan cara paling tepat ditinjau dari segi kekuatan dalilnya.
Kiai, politik Islam dikatakan wajib mengabdi pada Islam dan umat Islam. Mengapa demikian?
Kerana hal itu sesuai dengan definisi politik Islam itu sendiri. Politik atau siyasah itu sendiri maknanya secara umum adalah ri’aayah syu’uun al-ummah, yakni pengaturan berbagai urusan umat. Jadi dari frasa “syu’uun al-ummah”, memang sangat jelas bahawa politik dalam Islam wajib mengabdi kepada umat Islam. Ketika kata siyasah itu kita gabungkan dengan kata Islam sehingga menjadi istilah politik Islam atau siyasah islamiyah, ertinya adalah ri’aayah syu’uun al-ummah bi al-Islaam, iaitu pengaturan berbagai urusan umat berdasarkan syariah Islam. Jadi, pengaturan berbagai urusan umat ini jelas tidak boleh dengan sembarang peraturan, melainkan wajib menggunakan syariah Islam semata, bukan yang lain. Disebabkan pengaturan urusan umat Islam hanya diatur dengan syariah Islam sahaja, bukan yang lain, maka dari sinilah kita faham bahawa politik Islam itu memang wajib mengabdi pada Islam itu sendiri.
Apakah dasar politik Islam?
Dasarnya adalah akidah Islam, iaitu kalimat Laa ilaaha illalLaah Muhammad RasululLaah. Itulah dasar politik Islam. Hal ini dapat kita fahami dari nas-nas syariah yang menjelaskan bahawa pengaturan urusan umat Islam atau ri’aayah syu’uun al-ummah, dilaksanakan hanya dengan syariah Islam, bukan yang lain. Misalnya, perintah Allah kepada Rasulullah SAW untuk menjalankan hukum yang Allah turunkan dalam surah Al-Maidah ayat 48 yang berbunyi: Fahkum baynahum bimaa anzalalLaah. Ertinya: “Tegakkanlah oleh kamu, Muhammad, hukum yang telah Allah turunkan kepadamu, iaitu syariah Islam.”
Syariah Islam itu sendiri, yang berupa ayat-ayat hukum (ayaat al-ahkaam) atau hadis-hadis yang terkait hukum (ahaadits al-ahkaam), sebahagian besarnya turun setelah hijrah, bukan sebelum hijrah. Misalnya, ayat yang mengharamkan khamr (minuman keras) dalam surah Al-Maidah ayat 90, ayat yang mengharamkan riba dalam surah al-Baqarah ayat 275, ayat yang mewajibkan qishaash dalam surah al-Baqarah ayat 178, dll. Jadi semua ayat-ayat hukum (ayaat al-ahkaam) tersebut adalah ayat Madaniyah, yang turun setelah hijrahnya Rasulullah SAW ke Madinah.
Namun, fasa di Madinah ini tidak dapat dilepaskan dari fasa perjuangan Rasulullah SAW di Mekah yang mendahului fasa Madinah. Dakwah Nabi SAW di Mekah justeru menjadi dasar atau landasan bagi penerapan syariah Islam di Madinah. Pada fasa sebelum hijrah itulah turun ayat-ayat yang berkaitan dengan keimanan, seperti iman kepada Allah, Hari Kiamat, syurga, neraka, dan sebagainya. Jadi, keimanan, mendahului atau mendasari syariah Islam. Dengan kata lain, yang menjadi dasar politik Islam, adalah akidah Islam.
Bila bercakap tentang politik, pasti akan terkait dengan arah perjuangan. Lalu bagaimana arah perjuangan politik Islam itu?
Saat ini arah perjuangan politik Islam tersesat mengikuti mainstream dari politik sekular yang ada sekarang, iaitu berpolitik yang sudah dibatasi dalam kerangka negara demokrasi saat ini. Dalam arus politik mainstream seperti ini, kita umat Islam hanya akan terbawa pada cita-cita politik Islam yang pertama saja, iaitu persoalan kepemimpinan. Siapakah calon pemimpin yang baik bagi umat Islam, si A atau si B? Jadi hanya persoalan pemimpin yang akhirnya menjadi fokus berfikir kita. Kita akhirnya menjadi lupa atau tersesat, bahawa ada cita-cita politik Islam yang kedua, iaitu persoalan sistem kehidupan Islam yang mesti diwujudkan oleh umat Islam, iaitu sistem kehidupan Islam dalam kerangka Negara Khilafah.
Mengapa politik Islam dikatakan wajib menolak sekulerisme dan para pendukungnya serta parti-partinya?
Ia adalah kerana sekularisme itu sebenarnya sistem kehidupan yang tidak sesuai bagi umat Islam. Sekularisme yang tumbuh dari latar belakang sejarah dan sosiologi dari Eropah dan Amerika yag menganggap bahawa agama itu hanya boleh mengatur dalam perkara ibadah yang sifatnya ranah privasi semata. Agama tidak boleh mengatur berbagai aspek kehidupan manusia yang sifatnya merupakan ranah umum. Di sinilah persoalannya. Sekularisme mungkin sesuai bagi umat Kristian yang meyakini bahawa agama Kristian itu memang agama secara peribadi, bukan agama umum yang mengatur bagaimana kita bermasyarakat dan bernegara. Ini sesuai dengan Bible, khususnya dalam Perjanjian Baru (New Testament), bahawa kekuasaan dan agama itu terpisah, yang mempunyai ranah masing-masing. Dalam Matius 22:21, disebutkan: Kalau begitu, berilah kepada Kaisar apa yang milik Kaisar, dan kepada Allah apa yang milik Allah.
Sekularisme mungkin sesuai bagi umat Kristian, yang menyakini bahawa Nabi Isa as. hanyalah figura nabi—yang bagi mereka nabi Isa adalah tuhan, tetapi bukan figura pemimpin yang memegang kekuasaan.
Sekularisme ini jelas tidak mungkin sesuai dengan umat Islam. Hal ini kerana, umat Islam meyakini bahawa Islam itu bukan hanya mengatur ranah peribadi seperti ibadah semata, tetapi juga mengatur ranah umum. Islam itu diimani oleh umat Islam sebagai agama sempurna, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 3; sebagai agama yang mengatur segala aspek kehidupan, sebagaimana surah An-Nahl ayat 89. Demikian pula, Nabi Muhammad SAW itu figura yang sangat berbeza dengan Nabi Isa as. Nabi Isa as. itu hanya nabi, bukan pemimpin pemegang kekuasaan. Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW itu adalah seorang nabi sekaligus seorang pemimpin yang memegang kekuasaan, persis seperti halnya Nabi Sulaiman as.
Bolehkan politik Islam itu hanya berupa politik pragmatik tanpa ideologi?
Sudah tentu tidak boleh. Sangat berbahaya kalau ada Muslim yang berpolitik Islam, tetapi bersikap pragmatik dalam berpolitik. Pragmatisme itu fahaman yang mengajarkan bahawa baik dan buruk itu diukur dari manfaat (utility) suatu tindakan, iaitu terpenuhinya keperluan kita, misalnya meraih jawatan atau kedudukan politik, tanpa melihat lagi halal dan haramnya cara yang digunakan. Ahli politk Muslim yang pragmatik akhirnya menghalalkan cara-cara kotor untuk mencapai tujuan politiknya, seperti rasuah, dan sebagainya. Jelas ini bertentangan dengan cara berpolitik Islam, yang wajib menggunakan tolok ukur halal dan haram dalam berpolitik. Cara berpolitik yang berpandukan halal-haram inilah yang disebut dengan berpolitik secara ideologi, yakni berpolitik sesuai dengan Islam.
Menurut Kiai, apakah kriteria ahli politk Islam itu?
Ahli politik Islam adalah seorang Muslim yang memperjuangkan cita-cita politik Islam, baik cita-cita mewujudkan pemimpin yang baik, iaitu seorang Khalifah atau Imam, mahupun cita-cita mewujudkan sistem kehidupan yang baik, iaitu tegaknya Khilafah Islam, melalui cara-cara yang baik, iaitu sesuai syariah Islam.
Saat ini politik Islam hanya mengarah pada terpilihanya pemimpin yang baik semata. Adakah ianya tepat? Bagaimana dengan terbentuknya sistem yang baik?
Arah politik Islam yang hanya fokus pada persoalan pemimpin, tetapi mengabaikan persoalan sistem kehidupan, adalah arah politik yang tersasar. Mengapa? Kerana umat Islam akan justeru semakin jauh dari arah perjuangan politik idealnya, iaitu mewujudkan pemimpin yang baik, iaitu Khalifah atau Imam, dan sekaligus mewujudkan sistem kehidupan yang baik, iaitu Khilafah.
Dari pengalaman yang ada, arah politik yang hanya berfokus pada pemimpin akhirnya hanya akan menghasilkan pemimpin yang lebih mengabdi pada kepentingan para pemodal, atau yang sekarang lebih sering disebut sebagai oligarki. Ini merupakan kecacatan bawaan dalam sistem demokrasi. Politik yang demikian akhirnya hanya melahirkan pemimpin yang melayani kepentingan oligarki, bukan melayani kepentingan rakyat.
Sejauh mana urgensi perjuangan Khilafah dalam arah politik umat?
Sangat penting, sangat mendesak. Kerana itu arah politik umat Islam mesti dibetulkan. Sungguh, tidak cukup sekiranya umat Islam hanya mempunyai pemimpin yang baik, tetapi sistem kehidupannya buruk, iaitu sistem demokrasi sekular yang ada saat ini. Arah politik umat tidak akan mungkin boleh lurus sesuai dengan Islam, kecuali dengan dua cita-cita politik sekaligus, iaitu mewujudkan pemimpin yang baik, dan mewujudkan sistem kehidupan yang baik, iaitu sistem kehidupan dalam negara Khilafah.
Lalu apa yang perlu dilakukan oleh umat untuk menggapai itu semua?
Yang perlu dilakukan secara garis besar ada dua. Pertama, mengarahkan perjuangan umat agar mempunyai dua buah cita-cita politik Islam yang saya sebutkan tadi. Kedua, menghentikan segala arah perjuangan yang masih mengikuti arus mainstream yang ada, iaitu arah politik yang hanya fokus pada persoalan pemimpin, tetapi mengabaikan arah politik untuk mewujudkan sistem kehidupan yang baik. []
Sumber: wawancara al-waie
#politikislam #khilafah #dakwahcaranabi #politikcaranabi #thariqahnabi #tegakislamkaffah