[Jom Berpolitik Islam] Satu-Satunya Model Kekuasaan yang Menjamin Kemaslahatan
Ibnu Khaldun menyatakan, “Khilafah iaitu pemerintahan atas rakyat dengan berdasarkan sudut pandang syariat demi kemaslahatan manusia di akhirat; serta demi kemaslahatan manusia di dunia yang kembali kepada kemaslahatan akhirat. Hal ini kerana segala keadaan di dunia ini, menurut Allah SWT akan diperhitungkan berdasarkan kemaslahatannya di akhirat.” (Tarikh Ibn Khaldun).
Ulama besar pada abad ke-6 H, Ibnu al-Jauzi dalam kitabnya menyebutkan, “Siapa saja yang ingin mengetahui kemuliaan Khilafah, dia hendaklah melihat buahnya. Sebab, sesuatu itu dapat diketahui kemuliaannya dari buah yang dihasilkannya. Khilafah merupakan sebab keselamatan umat manusia, baik dari segi luaran mahupun agama mereka. Di dalamnya nyawa akan terjaga, ilmu dan amal akan tercapai, rezeki akan diperoleh, dan kezaliman akan dicegah. Jika bukan disebabkan penjagaan Khalifah, tidaklah seorang yang solat mampu mendirikan solatnya; tidaklah seorang hamba dapat menunaikan ibadah-ibadahnya; tidaklah seseorang yang berilmu dapat menyebarkan ilmunya; tidak pula seorang pedagang mampu melakukan perjalanan dagangannya.” (Al-Mishbah al-Mudhi fi Khilafah al- Mustadhi, hlm. 134).
Pemikir Barat Will Durant mengatakan, “Di bawah pemerintahan Islam, Asia Barat mencapai tahap kemakmuran industri dan perdagangan yang tak tertandingi oleh Eropah Barat sebelum abad keenam belas.” (The Story of Civilization).
Oleh sebab itu. umat Islam mesti menyedari dan patut berbangga dengan sistem Islam. Pemerintahan Islam merupakan satu-satunya model kekuasaan yang menjamin kemaslahatan manusia, baik di dunia dan akhirat.
- Rindyanti Septiana, S.H.I.