[At-Tafkir] Memahami Teks-Teks Pemikiran (Bahagian 1/4)
Penulis: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani
Terkait dengan teks-teks pemikiran (an-nushush al-fikriyah, intelectual texts), maka pengetahuan rasional (al-ma’arif al-aqliyah) merupakan asas untuk membangun teks tersebut. Perhatian di dalamnya pertama kali ditujukan pada makna-makna, kemudian pada kata-kata (al-alfazh) dan susunan-susunan kata (at-tarakib, phrases). Teks pemikiran merupakan bahasa akal, bukan bahasa perasaan.
Tujuannya adalah menyajikan pemikiran-pemikiran, terutama kebenaran-kebenaran, dengan maksud melayani pengetahuan dan membangkitan akal. Kata dan susunan katanya dicirikan dengan adanya kecermatan, ketepatan, dan penjelasan yang saksama. Teks tersebut dibangun atas dasar akal tanpa memperhatikan aspek perasaan, serta terwujud dalam rangka menyebarkan kebenaran-kebenaran pemikiran dan pengetahuan-pengetahuan dimana untuk mengetahuinya diperlukan kesungguhan dan kedalaman berfikir.
Teks-teks pemikiran benar-benar berbeza dengan teks-teks sastera. Hal ini kerana teks sastera tidak berhenti pada fakta-fakta dan pengetahuan-pengetahuan dan juga tidak dimaksudkan untuk memuaskan akal dengan berbagai pemikiran.
Teks sastera hanya berusaha untuk mendekatkan fakta-fakta tersebut ke dalam benak, tetapi dengan memilih fakta yang paling tampak dan paling penting. Dengan kata lain, teks sastera memilih hal-hal yang padanya terdapat penampakan keindahan yang jelas atau yang samar, iaitu memilih hal-hal yang dapat menimbulkan pengaruh atau emosi.
Berbagai kata dan susunan kata yang mengungkapkan pemikiran-pemikiran tersebut disusun dengan metod yang dapat menggerakkan pembaca dan pendengar sehingga bangkitlah perasaan mereka. Dengan demikian, akan bangkitlah pada diri mereka emosi yang lahir dari perasaan tersebut, berupa rasa gembira dan rela, atau rasa marah dan benci.
Ini berbeza dengan teks pemikiran, kerana teks pemikiran dimaksudkan untuk memuaskan akal dengan pemikiran-pemikiran. Teks pemikiran berhenti pada batas fakta-fakta dan pengetahuan-pengetahuan tanpa memperhatikan adakah akan membangkitkan perasaan atau tidak.
Jadi, teks pemikiran dimaksudkan untuk menjelaskan pemikiran, bukan mendekatkan pemikiran (pada pemahaman), serta bertujuan untuk menyajikan pemikiran dengan baik, tidak menonjolkan keindahannya. Yang hendak diwujudkan adalah kepuasaan akal dan kecermatan pengungkapan.
Teks pemikiran sama sekali tidak memberi perhatian pada emosi yang boleh digerakkannya, seperti perasaan benci, rela, senang, atau marah. Teks ini dimaksudkan semata untuk menyampaikan pemikiran apa adanya dan menjadikan bentuk pemikirannya—bukan bentuk susunan katanya—tampak dengan jelas. Oleh kerana itu, memahami teks-teks pemikiran sangat berbeza dengan memahami teks-teks sastera.
Berfikir memahami teks-teks pemikiran tidak akan boleh terwujud kecuali dengan adanya informasi-informasi terdahulu (al-ma’lumat as-sabiqah) tentang objek pembahasan teks. Jika informasi tersebut tidak ada, teks tidak akan mungkin difahami.
Ini kerana teks tersebut merupakan pengungkapan dari fakta tertentu. Jika tidak terdapat informasi-informasi terdahulu yang akan digunakan untuk menafsirkan fakta tersebut, dia tidak akan dapat difahami dalam apa juga keadaannya.
Gaya pengungkapan pemikiran (al-uslub al-fikri) menghendaki bahawa informasi sebelumnya untuk memahami teks merupakan makna yang telah dijangkau pengertiannya. Apabila informasi terdahulu hanya sekadar diketahui, tanpa dijangkau pengertiannya untuk memahami faktanya, seseorang tidak akan mungkin memahami suatu teks pemikiran. Hal ini disebabkan teks pemikiran mengungkapkan suatu pemikiran yang mempunyai fakta dan mempunyai pengertian (madlul), bukan sekadar pemikiran.
Jika suatu pemikiran telah dapat difahami makna yang ditunjukkannya, tetapi tidak dijangkau faktanya, atau tidak dilihat faktanya, bererti pemikiran itu tidak menjadi informasi terdahulu yang dapat digunakan untuk menafsirkan fakta. Ia hanya informasi yang tidak berguna dalam proses berfikir. Dengan kata lain, ia tidak berguna dalam proses memahami teks pemikiran. Jadi, syarat berfikir tentang teks pemikiran bukan sekadar adanya informasi terdahulu, melainkan juga perlu ada pemahaman (idrak, comprehension) terhadap faktanya, dan ada gambaran (tashawwur, concept) yang hakiki akan maknanya.
Jika Anda membaca buku apa saja tentang pemikiran, baik berupa pembahasan suatu pemikiran, topik, mahupun masalah, sesungguhnya teks-teks buku tersebut adalah teks-teks berbahasa Arab. Kata-kata dan susunan katanya pun berbahasa Arab, sedangkan Anda mengetahui bahasa Arab. Namun demikian, pengetahuan Anda tentang bahasa Arab itu meskipun membantu Anda untuk memahami makna dari kata-kata dan susunan kata, tetapi tidak boleh membantu Anda memahami makna-makna pemikiran yang dikandung oleh kata dan susunan kata tersebut.
Oleh sebab itu, agar Anda mampu memahami pemikiran-pemikiran tersebut, Anda mesti mempunyai informasi-informasi tentangnya, juga informasi-informasi tersebut mesti difahami faktanya, dan tergambar maknanya. Jika tidak, Anda hanya akan mampu memahami ungkapan kalimat menurut pemahaman bahasa saja, yang kadang pemahaman Anda tersebut sesuai dengan makna yang ditunjukkan oleh pemikiran tadi, dan kadang tidak sesuai. Namun, bagaimanapun juga, pemahaman tersebut bukanlah pemahaman terhadap suatu pemikiran, melainkan sekadar pemahaman secara bahasa.
Sebagai contoh, Anda membaca teks berikut, “Orang yang mempunyai kesedaran politik wajib mengharungi pertarungan untuk melawan seluruh pandangan yang bertentangan dengan pandangannya, dan melawan seluruh pemahaman yang bertentangan dengan pemahamannya, pada saat dia terjun dalam pertarungan tersebut untuk mengukuhkan pemahamannya dan menanamkan pandangannya.”
Teks tersebut termasuk teks pemikiran, maka tidak cukup Anda memahami maknanya dalam bahasa Arab agar boleh memahaminya. Begitu juga tidak cukup dengan mengetahui makna dari berbagai kata dan susunan kata pada teks tersebut agar boleh mengetahui maknanya. Untuk memahaminya, perlu jelas bagi Anda fakta dari pengamatan politik (at-tadabbur as-siyasi) dari sudut pandang tertentu, dan juga perlu tergambar dengan jelas bagi Anda apa pengertiannya.
Demikian pula fakta yang dimaksud dari “pandangan” dan makna yang ditunjukkannya, fakta “pertarungan” antara pandangan orang dengan pandangan Anda, dan fakta “penanaman pandangan” tersebut kepada orang lain, semuanya itu perlu difahami dan tergambar dengan jelas oleh Anda.
*Bersambung ke bahagian 2/4
Sumber: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Hakikat Berfikir (At-Tafkir)
#fikrulislam #hakikatberfikir #tekspemikiran