[At-Tafkir] Memahami Teks-Teks Sastera (Bahagian 2/2)
Penulis: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani
Contoh teks sastera adalah perkataan seorang sasterawan,
”Wahai pelindungku dan tuanku, yang cintaku baginya, sandaranku hanya kepadanya, dan nikmatku hanya darinya. Orang yang dikekalkan oleh Allah untuk menajamkan tekad dan harapan yang mulia. Apabila engkau menghilangkan pakaian kenikmatanmu dariku, atau engkau mengibaskan telapak tangan pemeliharaanmu dariku, setelah orang yang buta boleh melihat harapanku kepadamu, dan setelah orang yang tuli boleh mendengar pujianku kepadamu, dan benda mati pun boleh merasakan bersandarnya aku kepadamu. Maka tidak aneh, air kadang menenggelamkan orang yang meminumnya, ubat terkadang membunuh orang yang berharap sembuh dengannya, kekhuatiran kadang datang dari tempat yang aman baginya, kadang orang yang mempunyai pengharapan mati dalam harapannya, dan terkadang waktu mendahului jerih payah orang yang tengah bersungguh-sungguh.”
Sasterawan lain berkata,
“Buku adalah suatu wadah yang penuh dengan ilmu, suatu tempat yang penuh dengan hiasan, dan suatu bejana yang penuh dengan gurauan dan keseriusan. Apabila engkau berkehendak, maka dia akan lebih lemah daripada Baqil. Apabila engkau berkehendak, maka dia akan lebih jelas dari pada Sahban bin Wa`il, apabila engkau berkehendak, maka engkau akan tertawa kerana bualan-bualannya, dan apabila engkau berkehendak, maka engkau akan takjub kerana keanehan faedahnya.”
Ungkapan tersebut berbeza dengan perkataan sasterawan lain, ”Ilmu tidak mengenal kata akhir dalam berbagai permasalahannya. Seluruh kebenaran-kebenarannya tiada lain adalah tambahan dan sementara. Yang mempunyai nilai sampai suatu pembahasan dapat menyingkapkan apa-apa yang akan menghilangkan atau mengubah nilainya.”
Ungkapan tersebut berbeza pula dengan perkataan sasterawan lain,
“Pemikiran itu bermacam-macam, dan pendapat pun berbeza-beza, serta masalah setiap zaman akan berbeza dengan masalah zaman sebelumnya. Seorang peneliti akan dapat melihatnya sehingga pada awalnya dia akan menyangka bahawa masalah yang ada tidak ada kaitannya dengan masalah sebelumnya, atau tidak ada hubungannya sedikit pun dengan masalah sebelumnya. Lalu fikirannya bekerja memikirkan kekerabatan dan nasab yang mungkin ada di antara keduanya, atau memikirkan sebab yang boleh menghubungkan keduanya.”
Perbezaan yang ada di sini bukanlah kerana perbezaan makna. Namun, kerana berbezanya cara menyampaikan makna tersebut dan kerana berbezanya kesan yang hendak disampaikan pada masing-masingnya.
Kedua penyair yang pertama, salah satunya meminta belas kasihan dan yang lainnya mendeskripsikan buku. Masing-masing telah menyampaikan makna yang diinginkan dengan cara tertentu dan telah memberikan kesan tertentu.
Manakala kedua sasterawan terakhir, salah satunya membicarakan tentang ilmu dan yang lain membicarakan tentang pemikiran. Masing-masing menyampaikan makna dengan cara yang berbeza dengan cara yang digunakan oleh dua sasterawan yang pertama.
Namun, semuanya tidaklah membahas tentang makna, melainkan lebih mengarahkan perhatiannya pada kata dan susunan kata. Makna-makna hanyalah sarana-sarana untuk menyampaikan kesan yang hendak ditonjolkan. Ketika seseorang hendak memahami teks-teks ini, baik teks syair mahupun prosa, tidaklah benar jika upayanya tertuju pada makna-makna. Sebaliknya, dia harus mengerahkan usahanya untuk memahami kata dan susunan kata, sedangkan pemahaman akan maknanya akan datang kemudian.
Dari sini, informasi terdahulu yang dia miliki mestilah berkaitan dengan kata dan susunan kata, bukan berkaitan dengan makna. Dan agar dia mempunyai informasi seperti itu, dia perlu banyak membaca teks-teks sastera, cuba mengkritiknya, dan mengerahkan usahanya untuk mengungkap rahsia susunan katanya.
Dengan demikian, akan terbentuklah padanya cita rasa (adz-dzauq, taste) yang seterusnya dengan cita rasa ini akan terbentuk informasi. Oleh kerana itu, memahami teks-teks sastera tidaklah memerlukan pelajaran dan pendidikan, juga tidak memerlukan informasi tentang makna yang dikandung teks, tetapi memerlukan adanya cita rasa untuk pertama kalinya. Cita rasa ini terbentuk tidak lain kerana banyaknya membaca teks-teks sastera hingga terwujud kegairahan (an-nasywah, enthusiasm) dari bacaannya itu. Dengan demikian, cita rasa telah terbentuk pada individu tersebut.
Memahami tes-teks sastera tidak memerlukan pengetahuan nahu dan saraf, pengetahuan tentang ilmu balagah–iaitu ilmu ma’ani, bayan, dan badi’–juga tidak memerlukan pemahaman kosa-kata bahasa dan ilmu tentang pembuatan kata baru. Meskipun ilmu-ilmu ini bagus untuk dimiliki, tetapi tidak bagus jika menguasainya secara mendalam sekali.
Memahami teks sastera hanya memerlukan satu hal saja, iaitu banyak membaca teks-teks sastera sehingga terbentuk cita rasa pada diri seseorang. Itulah cara berfikir untuk memahami teks-teks sastera. Yang diperlukan untuk memahami teks sastera adalah adanya cita rasa terdahulu, iaitu adanya pengetahuan tentang tabiat teks-teks sastera sehingga akan melahirkan cita rasa.
Jadi, informasi terdahulu (al-ma’lumat as-sabiqah) yang diperlukan untuk memahami teks sastera adalah adanya cita rasa. Sedangkan, jalan untuk mewujudkan cita rasa adalah dengan banyak membaca teks-teks sastera. Apabila cita rasa itu tidak terwujud, maka tidak mungkin seseorang akan boleh memahami teks sastera. Maksudnya, proses berfikir pada teks sastera itu tidak akan menghasilkan apa-apa.
Memang benar bahawa kadang-kadang, seseorang boleh memahami pemikiran yang dikandung suatu teks sastera dan boleh melihat tujuannya, tetapi dia tetap tidak boleh memahami dan mengetahui teks sastera tersebut. Ini kerana dia belum merasakan teks itu dan belum mengetahui rasanya. Padahal jika belum merasakannya dan tidak mengetahui rasanya, bererti dia belum memahaminya.
Jadi, memahami teks sastera akan dapat menggerakkan perasaan anda, akan dapat membangkitkan anda, dan akan dapat meninggalkan pengaruh pada diri anda. Itu semua tidak akan muncul, kecuali jika terdapat cita rasa pada diri orang yang membaca teks-teks sastera. Jadi, satu hal yang perlu ada untuk memahami teks-teks sastera adalah adanya cita rasa (adz-dzauq, taste).
Sumber: Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Hakikat Berfikir (At-Tafkir)
#fikrulislam #hakikatberfikir