[SOAL JAWAB] Menjaga Kemuliaan Rumah
Oleh: K.H. Hafidz Abdurrahman
Soalan:
Seperti yang kita tahu, rumah adalah kemuliaan (kehormatan) bagi pemiliknya. Lalu apakah akibat dari kemuliaan (kehormatan) tersebut? Bagaimanakah undang-undang mencemarkan kehormatan tersebut, termasuk menggeledah rumah tanpa kebenaran pemiliknya?
Jawapan:
Mengenai status kemuliaan rumah (hurmah al-bayt) sebenarnya ia tidak diambil dari beberapa hukum, seperti halnya pemisahan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan Islam serta tidak juga dipetik dari satu riwayat atau aktiviti beberapa sahabat dan umat Islam yang lain, dengan semua perinciannya. Namun, kemuliaan (kehormatan) rumah ini merupakan hukum objek tertentu, yang dinyatakan dalam al-Quran dengan dalil yang qathie. Oleh itu, kemuliaan (kehormatan) rumah bagi pemiliknya adalah hukum yang qathie, baik dari aspek sumber mahupun maknanya.
Allah SWT. berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memasuki rumah yang bukan rumah kalian sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian agar kalian (selalu) ingat.” [TMQ An-Nur (24): 27].
Allah SWT. meneruskan,
فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فِيهَا أَحَدًا فَلا تَدْخُلُوهَا حَتَّى يُؤْذَنَ لَكُمْ وَإِنْ قِيلَ لَكُمُ ارْجِعُوا فَارْجِعُوا هُوَ أَزْكَى لَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
“Jika kalian tidak menemui sesiapa pun di dalamnya, janganlah kalian masuk sebelum kalian mendapat izin. Jika dikatakan kepada kalian, ‘Kembalilah,’ hendaklah kalian kembali. Itu lebih bersih bagi kalian. Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” [TMQ An-Nur (24): 28].
Kedua-dua nas di atas merupakan dalil yang qathie dari aspek sumbernya kerana diambil dari al-Quran, juga dari segi maknanya yang secara tegas menyatakan kemuliaan (kehormatan) rumah bagi pemiliknya. Oleh kerana itu, rumah tidak boleh dimasuki kecuali dengan izin pemiliknya, sama ada rumah tersebut berpenghuni mahupun tidak penghuni. Jadi, kemuliaan (kehormatan) rumah tersebut ditegaskan melalui larangan memasukinya kecuali dengan izin.
Justeru, sesiapa sahaja yang memasuki rumah seseorang tanpa kebenaran penghuni atau pemiliknya, dia sebenarnya telah mencemarkan kehormatan rumah tersebut dan sudah tentu boleh dinyatakan telah melakukan keharaman. Alasannya adalah kerana terdapat larangan mencemarkan kehormatan rumah yang dinyatakan dengan tegas oleh dalil, baik dari aspek sumber mahupun maknanya. Oleh itu, status hukum ini mesti dijalankan dan sesiapa sahaja yang melanggar hukum ini maka dia boleh dinyatakan kafir.
Inilah status hukum mengenai kehormatan rumah. Ini merupakan hukum syariah untuk rumah, bukan untuk bangunannya. Hukum untuk rumah dari aspek rumah itu sendiri bukan kerana berpenghuni atau tidak. Kerana status hukum tersebut berkaitan dengan rumah dan kemuliaannya. Mencemarkan kehormatan (kemuliaan) rumah adalah sinonim dengan memasuki rumah tanpa kebenaran. Dengan demikian, menjaga kehormatan (kemuliaan) rumah bermaksud tidak memasuki rumah kecuali dengan izin.
Adapun apakah akibat setelah memasuki rumah, apakah boleh dianggap mencemarkan kehormatan (kemuliaan) rumah atau tidak? Inilah yang menjadi persoalan, termasuk menggeledah rumah untuk mencari barang bukti.
Untuk menjawab masalah ini, boleh diambil dari ayat yang sama dan dari keadaan rumah yang diberikan solusi oleh ayat tersebut. Perlu diingat, meskipun ayat di atas melarang memasuki rumah seseorang, larangan masuk ini juga termasuk larangan untuk melakukan apa sahaja yang menjadi akibat untuk memasuki atau berada di dalam rumah tersebut.
Oleh itu, apa jua yang menjadi akibat memasuki rumah atau berada di dalam rumah tersebut hukumnya sama dengan larangan memasuki rumah itu sendiri. Kerana hukumnya haram memasuki rumah bukan sahaja menyatakan haram memasukinya, tetapi juga menyatakan haram melakukan sesuatu di dalam rumah tersebut sebagai akibat memasukinya.
Oleh kerana itu, jika memasuki rumah tanpa izin hukumnya haram dan dianggap mencemarkan kehormatan (kemuliaan) rumah, hukum yang sama juga berlaku untuk setiap aktiviti yang dilakukan oleh orang lain di dalam rumah tersebut. Kesimpulan di atas diambil dari manthuq dan dari dalalah iltizam dua ayat di atas.
Persoalannya ialah: adakah izin tersebut mesti daripada tuan rumah atau cukup izin daripada penghuninya atau izin yang dimaksud adalah izin dari Pembuat syariat?
Jawapannya, ayat tersebut berbentuk mutlak. Ayat tersebut menyatakan, “hatta tasta’nisu” (hingga kalian meminta izin) dan “hatta yu’dzana lakum” (hingga kalian diizinkan). Daripada perkataan “idzn” tersebut dapat difahami bahawa “hatta yu’dzana lakum” ini dinyatakan dalam bentuk majhul, tanpa menyebutkan pemberi izin.
Dari sini dapat disimpulkan bahawa sesiapa yang mempunyai kuasa untuk membenarkan masuk ke dalam rumah, maka izinnya memadai bagi seseorang untuk memasuki rumah tersebut. Adapun orang yang memberi izin tersebut tuan rumah, atau penghuninya, selama dia berakal (waras) dan mumayyiz. Dengan catatan, asalkan dia mempunyai kuasa untuk memberi izin. Sebab, izin ini hanya diakui sebagai izin jika diberikan oleh orang yang mempunyai kuasa untuk memberikan keizinan tersebut. Ini adalah pemahaman literal dari konteks “izin masuk”.
Bagi pemahaman secara literal tentang akibat memasuki rumah, maka ia mesti diteliti terlebih dahulu:
(1) Jika aktiviti di dalam rumah itu merupakan akibat dari izin tersebut, seperti diizinkan untuk duduk atau berdiri di dalamnya, maka izin masuk ke dalam rumah juga merupakan izin untuk berdiri dan duduk di dalamnya.
(2) Jika aktiviti tersebut bukan merupakan akibat dari izin tersebut, seperti melakukan penggeledahan, makan, minum, tidur, atau lainnya, maka izin masuk ke dalam rumah tersebut tidak dapat dengan sendirinya menjadi izin untuk melakukan penggeledahan, makan, minum, dan tidur di dalamnya.
Dalam konteks kedua-dua ini, selain izin yang diberikan oleh tuan atau penghuni rumah, maka keizinan daripada pembuat syariat diperlukan agar pelbagai aktiviti ini dapat dilakukan di dalam rumah tersebut. Mendapat keizinan daripada tuan atau penghuni rumah untuk memasuki rumahnya tidaklah cukup untuk seseorang boleh menggeledah rumahnya. Apatah lagi aktiviti penggeledahan rumah ini merupakan aktiviti tajassus (mengintip), iaitu tafahush al-akhbar (memeriksa dan menyelidiki pelbagai maklumat dan dokumen), yang jelas-jelas diharamkan di dalam Islam (Lihat: QS Al-Hujurat [49]: 12).
Oleh itu, agensi kerajaan tidak boleh memasuki rumah rakyatnya tanpa izin dari tuan atau penghuninya. Jika dia diizinkan masuk, dia tidak boleh menggeledah rumah tersebut. Dia juga tidak boleh melakukan apa-apa tindakan di dalamnya, walaupun dengan maksud untuk melakukan ri’ayatu as-syu’un (mengurus urusan rakyatnya).
Perbuatan ini hukumnya haram dilakukan oleh negara dan agensinya walaupun atas perintah khalifah kerana perintah tersebut bertentangan dengan perintah Allah SWT.. Dalam hal ini, perintah Allah yang wajib dilaksanakan. Apatah lagi perintah tersebut melanggar keharaman tajassus.
Cuma apabila keadaan darurat yang memerlukan untuk memasuki rumah tersebut, seperti menyelamatkan penghuni rumah ketika rumah terbakar, atau rumah tenggelam, atau menolong orang sebatang kara yang sakit di rumahnya dan hendak diberi rawatan atau tindakan lain yang bertujuan untuk menghilangkan bahaya dari rumah tersebut. Namun, jika bahaya tersebut tidak dinyatakan oleh nas, seperti mencari pencuri di dalam rumah, menggeledah isi rumah, atau semacamnya, alasan bahaya tersebut tidak boleh menjadi justifikasi untuk mengambil tindakan di dalam rumah tersebut.
Mengenai alasan “mengurus urusan rakyat”, alasan tersebut tidak boleh digunakan oleh negara untuk memasuki rumah rakyatnya termasuk menangkap orang yang melakukan perbuatan haram di dalamnya dengan cara yang salah. Kerana “mengurus urusan rakyat” tidak bermakna boleh mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram; kecuali jika kewajipan “mengurus urusan rakyat” memerlukan negara untuk memasukinya seperti memasang elektrik, talian telefon, air minuman dan sebagainya. Dalam hal ini, keizinan untuk memasuki rumah bermakna termasuk izin untuk melakukan pemasangan dan saluran di dalamnya.
Wallahualam.
Sumber:
https://muslimahnews.net/2023/08/05/22376/
#SoalJawab #JagaKemuliaanRumah
#IzinMasukRumah