[TPOM] Peranan Berjemaah Kaum Muslimah
Generasi penakluk tidak akan lahir dari kaum Ibu individualistik yang berfikiran cetek dan sempit.
Mereka lahir dari rahim kaum ibu bervisi yang sedar akan pentingnya persatuan, demi tegaknya deen (agama) ini.
Berjemaah adalah simbol persatuan umat Islam. Dalam solat berjemaah, merapatkan dan meluruskan saf adalah simbol keseharian persatuan dan kerukunan umat Islam.
Rasulullah SAW bersabda, “Luruskan saf, jangan berselisih. Nanti hati kalian juga akan berselisih.” (HR Bukhari Muslim). Rasulullah SAW sangat berdisiplin terkait permasalahan kelurusan saf. Baginda tidak pernah memulai solat sebelum saf para sahabat benar-benar rapi, lurus, dan rapat. Hingga pernah suatu hari Rasulullah SAW meluruskan saf dengan pedang.
Kaum ibu yang faham akan kewajipan berjemaah dan selalu tekun dalam melakukan amal jamaie akan melahirkan generasi-generasi pejuang yang akan memperbaiki keadaan umat Islam. Allah & berfirman,
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” [TMQ Ali- Imran (3): 110]
Peranan yang boleh diambil oleh kaum muslimah dalam membina generasi menjadi umat terbaik dapat dilakukan secara individual mahupun komunal (berjemaah).
Sumber: Geopolitik Ibu (Fika Komara & Tim Institut Muslimah Negarawan)