Awas Perangkap Feminisme :
Feminis Menganggap Peranan Domestik Keibuan Mensia-siakan Bakat Perempuan
Banyak aktivis feminis mula menghindari menjalankan peranan keibuan dan tinggal di rumah sebagai isteri dan ibu, serta mendorong perempuan untuk menjadi apa pun yang mereka inginkan. Kecuali menjadi ibu rumah tangga sepenuh masa.
Misalnya, Betty Friedan, seorang feminis Amerika abad ke-20, salah seorang pendiri Feminisme moden, menyatakan bahawa,”perempuan yang ‘menyesuaikan diri sebagai ibu rumah tangga, yang tumbuh dan ingin menjadi hamya seorang ibu rumah tangga”, berada dalam bahaya yang sama besarnya seperti jutaan orang yang berjalan menuju kematian mereka sendiri di kem-kem konsentrasi, di mana mereka menderita kematian pemikiran dan jiwa secara perlahan- lahan. ”
Bahkan, Deklarasi Platform Beijing 1995 PBB mengutuk kurikulum sekolah kerana menunjukkan lelaki dan perempuan dalam “peranan perempuan dan lelaki tradisional”. Deklarasi ini menyatakan bahawa “peranan perempuan dan lelaki tradisional.. mengingkari peluang keterlibatan penuh perempuan dan setara dalam masyarakat.
Penghinaan feminis terhadap peranan perempuan sebagai ibu dan pengurus rumah tangga muncul atas berbagai alasan:
1. Di bawah sistem sekular, pekerjaan rumah tangga tidak dihargai dibandingkan dengan pekerjaan berbayar dan peranan memenuhi keperluan keluarga, yang dilihat sebagai tugas yang terhormat. Oleh kerana itu, kedudukan pencari nafkah ditempatkan di atas (lebih tinggi daripada) status menjadi isteri dan ibu.
2) Di negara-negara Barat, perempuan berdasarkan sejarah, terbatas pada tugas-tugas rumah tanpa peranan di luar rumah.
Dua point ini antara yang sering digunakan sebagai alasan oleh sebahagian orang untuk menolak hak-hak pendidikan, ekonomi, dan politik kaum perempuan, kerana mereka mendakwa bahawa kaum perempuan tidak memerlukan hak istimewa seperti itu jika tugas satu-satunya mereka adalah sebagai pengurus rumah tangga dan pengasuh anak- anak.
Oleh kerana itu, kaum perempuan yang berjaya didefinisikan sebagai orang yang memiliki kerjaya yang sukses atau setidaknya menafkahi hidupnya sendiri, dan bukanlah seorang perempuan yang memenuhi tugas utamanya sebagai isteri dan ibu dengan baik.
Pekerjaan dipandang sebagai sesuatu yang memberikan nilai kepada perempuan dibandingkan berjaya membesarkan anak yang merupakan salah satu tugas paling berharga dalam masyarakat.
Akibatnya, kaum feminis menyerukan penghapusan perbezaan gender dalam peranan,dan menyerukan pembahagian kerja berbayar, tugas rumah tangga, dan pengasuhan anak yang setara antara lelaki dan perempuan di dalam kehidupan keluarga.
– Dr Nazreen Nawaz (Mengkritik Feminisme)