Menjadi Ibu Generasi Berideologi Islam Menyambut Tegaknya Peradaban Islam
Generasi hari ini lahir di tengah krisis berterusan, baik krisis ekonomi, kemiskinan, jurang sosial, rasuah, sosial, dan pelbagai krisis lain yang berlaku di seluruh dunia. Seiring perkembangan dunia digital dan vitaliti yang ada dalam diri remaja mendorong mereka untuk melakukan perubahan.
Sebagai contohnya, pemerintahan Bulgaria runtuh pada Khamis 11 Disember 2025 lalu setelah Perdana Menteri Rosen Zhelyazkov mengumumkan peletakan jawatan di Parlimen susulan gelombang demonstrasi besar-besaran yang digerakkan generasi muda. Rasuah yang berakar di negara itu serta para elit politiknya yang hanya mementingkan diri sendiri tidak merasai kesulitan yang dihadapi rakyat jelata, menjadi pencetus utama aksi.
Sebelumnya generasi muda juga menjadi penggerak aksi demonstrasi di pelbagai negara seperti Bangladesh, Nepal, Kenya, Madagaskar, Indonesia, dan lain-lain. Generasi muda dikenali kritis dan berani menyuarakan ketidakadilan, kemiskinan, penguasa yang korup, serta masalah sosial lain. Corak pergerakan mereka bersifat cepat dan luas yang mereka sebut sebagai gerakan glocal, aktivisme tempatan yang dilakukan secara offline yang diperluas melalui media sosial sehingga menjangkau skala global seiring kedudukan mereka sebagai digital natives.
Tidak Neutral
Apabila generasi muda meluaskan pergerakan perubahan melalui ruang digital, perlu disedari bahawa media sosial sebagai salah satu bentuk dan penggerak utama digitalisasi ternyata tidaklah neutral. Media sosial dimanfaatkan oleh kapitalisme untuk mengukuhkan ideologinya. Kapitalisme memang memberikan ruang saluran kemarahan rakyat termasuk generasi muda melalui media sosial. Tidak menghairankan, pergerakan offline boleh tersebar luas di media sosial.
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama kapitalisme membatasi sehingga menyekat akaun-akaun yang menawarkan ideologi Islam sebagai penyelesaian kepada semua keresahan yang dirasai generasi, termasuk tawaran penyelesaian untuk mengatasi kezaliman rejim serta perubahan sistem. Kapitalisme mengawal kemarahan orang ramai agar tidak berkembang menjadi kesedaran ideologi yang mengancam kelangsungan ideologi kapitalisme.
Kapitalisme mengarahkan naratif meruntuhkan rejim yang disuarakan generasi muda menjadi lebih sempit kepada persoalan individu pemimpin semata, seperti pemimpin yang korup, autoritarian, tidak peduli rakyat, atau tidak cekap. Penyelesaian juga dibatasi secara sempit pada mekanisme pertukaran pemimpin melalui pilihan raya, penyusunan semula barisan kabinet, atau peralihan kuasa di antara kumpulan yang masih berada dalam sistem yang sama, iaitu kapitalisme.
Dengan arah kapitalisme seperti ini, arah perubahan melawan ketidakadilan yang dilakukan generasi muda menjadi gerakan yang rapuh tidak sampai kepada perubahan sistem. Kerapuhan ini bukan kerana ketidaktulusan generasi melakukan perubahan namun kerana hilangnya asas ideologi Islam yang seharusnya menuntun, mengarahkan, dan menguatkan perjuangan mereka seiring keruntuhan peradaban Islam. Pada titik inilah pentingnya membina generasi dengan ideologi Islam agar memiliki arah yang jelas dalam melakukan perubahan.
Anak Adalah Amanah Bagi Ibu Bapa
Untuk membina generasi dengan ideologi Islam tidak boleh dilepaskan daripada peranan dan tanggungjawab ibu bapa. Rasulullah SAW telah mengingatkan bahawa corak anak bergantung kepada pendidikan yang dilakukan oleh ibu bapanya, sebagaimana sabda baginda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR Muslim).
Setiap anak dilahirkan dalam fitrah keislaman, sentuhan ibu bapa mereka yang akan menentukan corak anak. Sentuhan ini jika dikaitkan dengan model penjagaan dan pendidikan yang sentiasa berhubung dengan Allah (idrak silah billah) akan sangat dipengaruhi oleh kesedaran politik ibu bapa. Kesedaran politik dalam erti mengatur seluruh urusan manusia dengan Islam yang dimiliki ibu bapa akan membawa mereka kepada usaha penuh dalam penjagaan dan pendidikan anak-anak mereka.
Perlu ada kesedaran bahawa ibu bapa adalah penanggungjawab utama terhadap tertanamnya visi politik Islam dalam diri anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mengawal terwujudnya kematangan politik anak dalam proses pendidikan yang mereka lakukan. Pola pendidikan seperti itu tidak hanya membuat anak terbiasa dalam ketaatan untuk melaksanakan syariat, tetapi juga bersedia melakukan perubahan dengan menegakkan peradaban Islam dan memimpin umat. Inilah amanah besar yang perlu dipikul oleh ibu bapa termasuk ibu.
Peranan Ibu Berideologi
Sebagai ibu generasi (ummu ajyal) peranan ideal seorang ibu dalam Islam tidak difahami sekadar urusan domestik, melainkan sebagai tiang peradaban yang menentukan arah kehidupan umat. Ibu mempunyai tanggungjawab strategik dalam membentuk generasi yang berkualiti yang juga memiliki pemahaman ideologi Islam.
Ibu berideologi Islam adalah ibu yang memahami Islam secara kaffah, iaitu memahami Islam sebagai sebuah ideologi yang mempunyai satu set peraturan menyeluruh dan sempurna tentang kehidupan yang lahir daripada akidah Islam. Dengan pemahaman itu dia akan mampu mendidik anak-anaknya dengan ideologi Islam. Dia mampu merumuskan reka bentuk pembinaan dan pendidikan yang terancang, tersusun, dan terbaik bagi anak-anaknya, sehingga tidak meninggalkan generasi lemah, kerana Allah SWT melarang hamba-Nya meninggalkan generasi lemah. “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka…” (TMQ An-Nisa’ [4]: 9).
Di tengah serangan peradaban kapitalisme yang rosak dan merosakkan, ibu berideologi Islam dituntut untuk terus belajar, serta membina dan mengembangkan diri dengan tsaqafah Islam agar mampu menyikapi setiap peristiwa yang berlaku dengan sudut pandang Islam. Terutamanya pada era baru kapitalisme, peranan ibu bapa seolah-olah bersaing dengan platform digital yang menemani generasi.
Era digital menuntut perubahan sosial yang begitu pantas, namun tidak pernah membawa kepada pembaikan yang mendasar. Oleh itu, seorang ibu perlu celik kepada fakta kemusnahan dan menguasai ilmu digital agar mampu mengarahkan generasi supaya tidak terbawa arus yang merosakkan.
Dengan terus belajar tsaqafah Islam dan menyedari fakta kerosakan, ibu akan mampu memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya. Dengan itu akan lahir generasi yang mempunyai misi sebagai hamba Allah yang taat (’abdullah), sebagai pemimpin yang mampu memakmurkan bumi dengan nilai-nilai Islam (khalifatullah fil ‘ardh), dan sebagai anggota masyarakat yang memberi manfaat kepada umat (khairu ummah).
Sejarah telah mencatat bahawa kebangkitan umat sentiasa bermula dari rahim para ibu yang sedar akan misi hidup dalam sistem Islam dan berjuang mencetak generasi penakluk yang menjadikan syurga sebagai tujuan tertinggi.
Kita boleh merenung kisah ibu Imam Syafie yang membesarkannya dalam keterbatasan ekonomi. Namun, dengan visi ilmu pengetahuan dan ketakwaan yang tinggi, beliau mampu melahirkan seorang mujtahid Islam. Juga kisah ibu Muhammad al-Fatih yang mendidiknya dengan kesabaran dan ketabahan, sehingga lahirlah seorang sultan berusia 23 tahun yang berjaya membebaskan Konstantinopel. Sedangkan, sebelumnya kaum Muslim telah berusaha membebaskannya selama 800 tahun, tetapi belum berjaya. Sementara itu, ibu Salahuddin al-Ayyubi menanamkan kecintaan Salahuddin terhadap jihad sejak kecil sehingga dia tumbuh menjadi pemimpin yang menggentarkan benua Eropah.
Begitulah gambaran para ibu berideologi Islam yang berjaya mengarahkan dan mendidik generasi sebagai pemimpin dan pembebas yang memiliki semangat tinggi untuk mengamalkan dan memperjuangkan Islam. Hal itu kerana spirit para ibu adalah firman Allah SWT “Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (TMQ Al-Furqan [25]: 74).
Menjadi Anggota Jemaah Dakwah Ideologi Islam
Peranan ibu tidak cukup hanya dengan mendidik anak secara individual, tetapi juga perlu disertai dengan upaya mengubah sistem sekular kapitalisme yang rosak menjadi sistem Islam (Khilafah).
Cita-cita besar untuk mewujudkan Khilafah tidak mungkin diwujudkan oleh individu perorangan. Oleh sebab itu, Allah SWT membebankan tujuan besar ini kepada jemaah. Allah SWT berfirman, “Dan hendaklah ada di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan (Islam), menyuruh (agar membuat) yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Merekalah orang-orang yang berjaya.” (TMQ Ali Imran [3]: 104).
Usaha menegakkan Khilafah hanya boleh dicapai dengan dakwah kolektif, dan terlibat secara aktif dalam dakwah untuk meneruskan kehidupan Islam. Caranya ialah mempelajari Islam kafah secara intensif, memahami hukum-hukumnya, dan menjadikannya panduan untuk kehidupan dan bimbingan politik. Pada masa yang sama, ibu-ibu yang sudah faham akan menjemput ibu-ibu lain yang tidak faham untuk berdakwah bersama berjemaah, kerana dakwah adalah kewajipan daripada Allah SWT.
Dengan pemikiran dan tsaqafah Islamnya yang sistemik dan menyeluruh, jemaah dakwah ideologi ini akan mudah membaca kebusukan sekularisme, kecacatan kapitalisme, kerosakan demokrasi, termasuk bahaya dan kerosakan hegemoni digital yang lahir dari platform digital produk kapitalisme.
Kapasiti jemaah dakwah seperti ini menjadikan mereka mudah diterima oleh umat dengan penerimaan penuh kesedaran kerana menjadikan mereka semakin sedar dan tercerahkan dengan ideologi Islam. Jemaah ini tidak mengenal istilah penat menyuarakan Islam, menyuarakan keresahan umat, berdiri di hadapan kezaliman, hingga menyingkap tabir penjajahan, termasuk menyingkap keburukan hegemoni digital.
Bersama Memikul Dakwah
Para ibu ideologi juga perlu serius dalam usaha merangkul anak-anak mereka agar bersama-sama bergabung ke dalam jemaah dakwah. Hal ini disertai dengan aktiviti mengajak mereka berfikir dengan benar dan mendalam, serta peka dan peduli terhadap permasalahan masyarakat.
Ini akan menjadi kekuatan jemaah yang aktiviti-aktivitihnya teratur tanpa menyimpang sedikit pun daripada Islam. Jemaah akan menyediakan ruang perbincangan untuk generasi membina kesedaran terhadap realiti yang buruk, matlamat yang ingin dicapai, serta jalan untuk mencapai matlamat tersebut. Kesedaran seperti inilah yang tidak akan mensia-siakan kepedulian serta potensi generasi muda.
Mereka tidak akan tunduk kepada AS yang sedang sakit. Mereka menganggap hanya Islam yang unggul sehingga tiada siapa yang boleh menandinginya. Mereka menganggap politik sebagai aktiviti untuk mengurus umat dengan syariat Islam, sama ada secara domestik mahupun antarabangsa. Think global act locally (Berfikir secara global, bertindak secara tempatan) menjadi prinsip mereka. Merekalah yang dapat menyelamatkan seluruh dunia daripada jurang kapitalisme.
Kelemahan kapitalisme di pelbagai sudut dunia menunjukkan kerentanannya. Kebolehan generasi muda untuk menjatuhkan rejim kafir di negara masing-masing wajar disertai dengan kesedaran tentang penyelesaian yang benar serta jalan yang harus ditempuh untuk mencapai penyelesaian hakiki. Inilah harapan menuju kebangkitan Islam melalui tatanan dunia baru Khilafah ’ala min haj an-nubuwwah.
Begitulah gambaran para ibu dan generasi yang disatukan dalam jemaah dakwah Islam berideologi. Mereka mempunyai persamaan visi untuk mengagungkan agama Allah dan perjuangan membelanya. Allah SWT berfirman, “Dan Dialah yang menyatukan antara (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka. Akan tetapi, Allah telah menyatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (TMQ Al-Anfal [8]: 63).
Sesungguhnya penguncupan peradaban akan terus berputar. Jemaah dakwah Islam berideologi akan sentiasa hadir bersama umat mewakili kekuatan Islam yang mampu mengimbangi pertarungan idea dengan ideologi lain.
Jemaah dakwah itu juga akan terus mengambil peranan sebagai penyokong umat yang terus memungkinkan perjuangan umat bergema di seluruh dunia. Mereka dipandu oleh akidah dan syariat Islam, bersatu menyongsong tegaknya peradaban Islam. Allah SWT berfirman, “Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi)) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.” (TMQ Ar-Rum [30]: 4).
Sumber: Muslimahnews.NET
#DakwahIslamKaffah #JemaahIdeologi #Perjuangan #TegakIslam #TegakKhilafah #PerananIbu #KeluargaMuslimIdeal #DuaGenerasiSatuAmanah #GenerasiPeloporPerubahan #GenerasiPenerusRisalahIslam #MuslimahIdeal #UmmuAjyal