Strategi Pengasuhan Anak di Era Digital
Oleh: Arini Retnaningsih
Cuti panjang semester telah berakhir. Ibu, adakah ibu merasakan perkara yang sama seperti ibu-ibu lain, sepanjang cuti, anak lebih banyak berinteraksi dengan gajet berbanding dengan keluarga? Sepertinya sudah menjadi pemandangan yang lumrah, satu keluarga pergi bercuti. Akan tetapi ayah sibuk berbalas mesej tentang kerja; ibu pula tenggelam dalam siaran langsung jualan e-dagang; manakala anak-anak masing-masing asyik menatap skrin, scroll dan scroll. Berjam-jam. Memang benar, anak menjadi lebih tenang. Akan tetapi, di sebalik itu, bahaya besar sedang mengintai mereka.
Keganasan dalam permainan kegemaran mereka. Pornografi yang terselit dalam aplikasi yang mereka buka. Pemikiran rosak yang berlegar di media sosial. Artis pujaan yang memberi pengaruh buruk melalui tontonan mereka. Semua ini membuatkan ibu berdebar-debar, setiap saat. Hendak melarang, anak memberontak. Hendak mengawal, anak lebih bijak mengelak. Hendak marah, anak semakin menjauh. Ibu jadi serba salah.
Disebabkan kandungan digital yang begitu canggih dan menarik, tidak sedikit anak yang sukar melepaskan diri daripada gajet. Bagi sebahagian ibu, ini menjadi cara paling mudah untuk menenangkan anak agar tidak mengganggu aktiviti ibu. Bahkan ada ibu yang, tanpa memahami bahayanya, akhirnya menyerahkan anak sepenuhnya kepada pengasuhan digital.
Akan tetapi, itu bukan kita, Ibu. Kita adalah ibu yang bijak dan bertakwa. Kita tidak akan tunduk kepada algoritma digital. Kita akan berjuang menentangnya walaupun terdapat kuasa besar di belakangnya. Kuasa Kapitalisme yang kini mencengkam, mewarnai dan menguasai dunia, termasuk dunia digital.
Fitnah Dunia Digital pada Anak
Allah SWT berfirman:
إِنَّمَآ أَمۡوَٰلُكُمۡ وَأَوۡلَٰدُكُمۡ فِتۡنَةٞۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥٓ أَجۡرٌ عَظِيمٞ ١٥
“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.” [TMQ at-Taghabun (64): 15]
Ayat ini menegaskan bahawa anak adalah ujian. Dunia digital juga sebahagian daripada ujian tersebut. Tanpa bimbingan iman, anak mudah terjerumus ke dalam kandungan yang merosakkan akidah dan akhlak, budaya hedonisme, menunjuk-nunjuk (flexing), hilangnya rasa malu, serta kebergantungan kepada pengiktirafan manusia, bukan keredaan Allah. Yang paling berbahaya, anak sebagai generasi yang diharapkan membawa kebangkitan Islam, potensinya dirampas hanya menjadi alat untuk mengekalkan sistem kapitalisme. Sekadar menjadi bidak yang menggerakkan roda ekonomi kapitalis sekaligus menjadi objek eksploitasi.
Sejauh itukah? Ya, Ibu, apabila sudah ketagihan gajet, cara hidupnya akan berubah. Mereka menjadi lebih materialistik, baik dari segi pemikiran mahupun sikap. Ditambah pula dengan kelemahan kreativiti dan kemalasan berfikir kerana masa untuk berfikir secara kreatif digantikan dengan aktiviti di hadapan skrin. Keadaan ini akan melahirkan generasi yang lebih konsumtif daripada produktif. Mereka semakin bergantung kepada teknologi dan industri asing, iaitu dari negara kapitalis.
Jadi, bagaimana memastikan masa depan anak tidak dirampas oleh kapitalisme dan mereka kekal produktif dalam perjuangan membangkitkan umat? Berikut beberapa langkah yang boleh diamalkan.
- Menanamkan Akidah sebagai Asas Utama.
Akidah adalah asas dalam pengasuhan Islam. Anak yang mengenal Allah akan mempunyai kawalan diri walaupun tanpa pengawasan. Akidah inilah yang perlu kita bentuk pertama kali pada anak dan dijadikan asas bagi pembentukan keperibadiannya. Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah…” [TMQ Luqman (31): 13]
Ibu perlu menanamkan kesedaran bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah [QS adz-Dzariyat (51): 56], iaitu mencari keredhaan-Nya dengan melaksanakan ketaatan kepada-Nya, bukan mengisi hidup dengan perkara sia-sia yang tidak bernilai pahala. Rasulullah SAW bersabda:
“Ada dua nikmat yang banyak membuat manusia tertipu (mensia-siakannya): kesihatan dan waktu lapang. (HR. al-Bukhari).
Anak juga perlu sentiasa dimotivasi untuk melakukan amal soleh. Antaranya dengan mengingatkan hadis Rasulullah SAW bahawa salah satu golongan yang mendapat naungan Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah pemuda yang rajin beribadah (HR. al-Bukhari, No. 1423 dan Muslim, No. 1031).
Keyakinan terhadap murâqabah (pengawasan) Allah juga perlu diperkuat. Dengan itu anak akan menyedari bahawa Allah Maha Melihat, termasuk melihat aktiviti digital yang mereka lakukan. Juga bahawa setiap klik dan tontonan akan diminta pertanggungjawaban kelak di akhirat.
- Mengajarkan Keterikatan terhadap Hukum-Hukum Allah.
Sejak kecil, anak perlu diperkenalkan dengan hukum-hukum syariah. Ajarkan mereka hukum sosial, terutama dalam interaksi dan pergaulan dengan lawan jenis; hukum akhlak seperti tidak berlebihan, tidak membazir, tidak bermewah-mewah, serta memiliki rasa malu sehingga mereka terbiasa menutup aurat, menjaga pandangan dari melihat aurat dan menjauhi kemaksiatan. Termasuk juga rasa malu untuk berswafoto di tempat awam dengan gaya yang menarik perhatian. Semua ini perlu dikaitkan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah dan menjauhi kemurkaan-Nya.
- Keteladanan Ibu dan Keluarga.
Ibu, bagaimana anak dapat menjauhkan diri daripada gajet jika ibu dan ayah sendiri tidak pernah berpisah daripadanya? Seperti kata orang bijak, keteladanan lebih kuat daripada seribu nasihat. Oleh itu, tugas kita sebagai ibu bapa adalah melayakkan diri menjadi contoh yang baik agar anak tidak mencari teladan daripada media sosial.
- Menghadirkan Diri dan Hati untuk Anak.
Ibu, anak memerlukan seseorang yang dekat dengannya, tempat dia mengadu, mencari jawapan atas rasa ingin tahunya yang besar, yang menyokong dirinya ketika dia rapuh dan memberi semangat ketika dia lemah. Sosok yang menyayanginya dan sentiasa menginginkan kebaikan untuknya. Bukan sosok yang sentiasa curiga, suka mengkritik, malas menjawab soalan, apatah lagi sering berbohong dan tidak boleh dipercayai. Jangan sampai anak lebih percaya kepada ChatGPT sehingga setiap kali ada masalah, mereka lebih memilih untuk bertanya kepadanya berbanding ibu bapa sendiri.
- Mengalihkan Anak dari Gajet.
Terdapat banyak cara untuk mengalihkan anak daripada gajet. Hanya saja, Ibu perlu benar-benar hadir dengan jiwa dan kreatif dalam merancang aktiviti yang menarik bagi anak. Ini bukan sesuatu yang berat jika kita sedar bahawa inilah medan perjuangan kita, yang kelak Allah akan berikan balasan terbaik dengan menjadikan mereka anak-anak soleh yang sentiasa mengalirkan pahala.
Ibu boleh menceritakan kisah-kisah teladan Nabi SAW, para sahabat dan orang soleh. Boleh juga mencipta permainan menarik, menemani mereka bermain, mengajak keluar rumah contohnya melihat tanda kebesaran Allah, berekreasi, menziarahi keluarga, atau sekadar bersenam seperti berlari atau berbasikal.
- Menghidupkan Rumah dengan Ibadah dan Ilmu.
Rumah yang hidup dengan ibadah akan mengurangkan dominasi skrin. Biasakan solat berjemaah bersama anak perempuan dan memotivasi anak lelaki untuk ke masjid. Membaca dan menghafal al-Quran bersama anak, belajar memberi nasihat (seperti kultum), mengajak mereka menelaah kitab dan sebagainya. Tentu saja dilakukan dengan cara yang menyeronokkan dan pelbagai.
Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan.” (HR. Muslim). Rumah yang kosong dari ibadah mudah diisi oleh kebisingan dunia digital.
- Mengarahkan Teknologi sebagai Alat Kebaikan.
Islam tidak menolak teknologi kerana sifatnya sebatas madaniyah/kebendaan saja. Hukum teknologi bergantung kepada cara penggunaannya. Gajet boleh digunakan untuk kebaikan, seperti belajar al-Quran, mendengar ceramah sesuai usia dan mengakses kandungan pendidikan serta Islami.
Dengan demikian, teknologi menjadi wasilah taat, bukan jalan maksiat. Akan tetapi, dalam hal ini, ibu perlu menetapkan batas yang jelas: apa yang boleh dan tidak, tempoh penggunaan gajet, serta tidak melepaskan anak tanpa pengawasan. Minta kata laluan gajet mereka dan jelaskan sebab mengapa kita perlu mengawalnya, atau gunakan aplikasi kawalan ibu bapa. Sebaiknya, gajet tidak diberikan sehingga anak benar-benar faham dan mampu bertanggungjawab.
- Memunculkan Kesedaran Politik dan Semangat Berjuang.
Seiring bertambah usia anak, Ibu boleh mula memperkenalkan tentang ideologi (mabda’) asing, terutama Kapitalisme dengan asas sekularnya, beserta cabang-cabangnya seperti liberalisme, demokrasi dan seterusnya. Sampaikan bagaimana Kapitalisme saat ini menghegemoni dunia digital dan berusaha menguasai generasi muda Muslim untuk mereka bentuk dengan mabda’ mereka. Selagi mana umat Islam tidak meninggalkan mabda’ ini, umat Islam akan terperangkan dalam kemerosotan. Maka dari itu, ajak mereka berjuang penjadi perintis dan ejen perubahan yang akan membawa kebangkitan umat.
Dalam hal ini, Ibu jangan memaksa. Tumbuhkan kesedaran melalui dialog, perbincanganatas berbagai persoalan dunia dan libatkan mereka dalam aktiviti dakwah ibu. Mereka akan panas jika ibu menularkan panas pada mereka.
- Mengusahakan Tegaknya Perisai Umat.
Last but not least, Ibu perlu memperkuatkan diri kerana pertempuran ini sangat berat. Kita tidak akan mampu bertempur sendirian. Kerana itu, Ibu, bergabunglah dengan ibu-ibu lain yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama. Bersama kita akan saling menguatkan dan bekerjasama. Terutama untuk mewujudkan perisai kita yang akan melindungi anak-anak dari pelbagai kerosakan dan mengarahkan mereka pada kebaikan. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seorang imam itu [laksana] perisai. Dia akan dijadikan perisai, orang akan berperang di belakangnya, dan digunakan sebagai perisai.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Ke sini juga kita arahkan anak-anak kita, agar nanti kita boleh berjuang bersama dalam dakwah untuk mewujudkan penerapan Islam kâffah. Generasi kita dan generasi anak-anak kita. Dua generasi, satu amanah.
WalLâhu a’lam bi ash-shawâb.
#PengasuhanAnak #PendidikanAnak #IbuHebat #MuslimahIdeal #IbuPencetakUmmah