[Siri Serikandi Teladan – Generasi Ulama Muslimah]
Syaikhah Fathimah binti Abdullah bin Ahmad bin al-Qasim
Beliau adalah ulama yang terkenal dengan sebutan Fathimah al Jauzdaniyah. Adz-Dzahabi menyatakan bahawa dalam ilmu hadis, Fathimah adalah yang paling kuat dan baik sanadnya dibanding siapa pun di masanya. Banyak sekali orang yang berguru kepadanya, baik lelaki mahupun perempuan. Bahkan, namanya sering disebut dalam senarai guru para ulama yang dicatat para sejarawan. Syaikhah Fathimah binti Abdullah berasal dari kampung Jauzdan di pinggiran Ashbahan. Kerana itulah dia dikenal dengan sebutan Umm al-Khair al-Jauzaniyyah. Dia terus menekuni jihad keilmuan sampai wafat pada tahun 524 H.
Sumber: Menantikan Sang Pembebas (Dr Fika Komara)
*Pendidik generasi pembebas Baitul Maqdis