[Siri Serikandi Teladan – Mujahidah & Ahli Politik Muslimah]
Sayidah Zumurrud Khatun binti Jauli
Beliau adalah saudara perempuan dari Sultan Daqmaq bin Tatsy sekaligus isteri dari Sultan Buri bin Thaftakin yang memiliki dua orang putra. Kisahnya yang fenomena disebabkan Sayidah Zumurrud Khatun ini telah memerintahkan pembunuhan terhadap putranya sendiri yang bernama Syamsul Muluk Ismail, kerana diketahui telah berkhianat dan bekerjasama dengan penguasa Salib sepeninggal wafatnya Sultan Buri. Sayidah Zumurrud akhirnya menikah dengan Imaduddin Zanki, dan menghabiskan hidupnya untuk membangun madrasah di kota Damaskus, di mana dikisahkan saat beliau wafat sangat sedikit harta yang tersisa kerana kegemarannya bersedekah.
Sumber: Menantikan Sang Pembebas (Dr Fika Komara)