Sit Khatun: Perempuan dan Ibu Hebat Pembebas Baitul Maqdis
Oleh: Fatmah Ramadhani Ginting, S.K.M.,
Bonda cantik dan solehah, izin bertanya… Apakah bonda mengenal Sit Khatun? Jika belum, mari kita berkenalan sejenak dengan sosok perempuan dan ibu yang hebat ini ya. Menurut yang saya dengar dan baca, Sit Khatun adalah sosok perempuan yang cerdas, tinggal di Tikrit, kota kecil Iraq. Walau terpisah jarak yang sangat jauh, hati dan fikirannya senantiasa terpaut dengan Baitul Maqdis.
Dia memiliki cita-cita mulia, iaitu menikah dengan seorang pemuda yang dapat bergandingan tangan ke syurga. Sit Khatun juga bercita-cita melahirkan anak yang akan menjadi kesatria, yang dapat mengembalikan Baitul Maqdis ke tangan kaum Muslimin dan mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut.
Dia pernah dilamar oleh seorang pemuda yang baik hati, berwajah tampan dan memiliki kedudukan. Tapi dengan halus Sit Khatun menolak lamaran pemuda tersebut. Alasannya kerana merasa tidak sepadan. Tidak sepadan dalam hal apa? Tak sepadan dengan cita-citanya membebaskan Baitul Maqdis.
Sebagai perempuan, apa yang akan kita lakukan bila kejadian ini terjadi pada kita hari ini, ya? Boleh jadi kita merasa sayang menolak lamaran dari orang yang berwajah tampan dan mapan seperti itu. Kerana hari ini segala sesuatu serba diukur dengan keindahan fizikal dan kejayaan material. Dengan masyghul kita berfikir, belum tentu akan datang lagi yang lebih baik dari itu!
Tapi bagi seorang wanita dan calon ibu yang memiliki cita-cita tinggi nan mulia, Sit Khatun tidak menyesal akan keputusannya. Mengapa tidak menyesal? Hal ini tidak lain kerana dia hidup pada masa para perempuan mendedikasikan diri untuk Tuhannya, agamanya dan umatnya.
Ketika hidup sudah berorientasi pada Allah SWT, maka cita-cita pun akan disesuaikan dengan hadiah tertinggi di sisi Allah, yakni syurga. Ketika hidup sudah dirancang untuk kemuliaan agama Allah, maka mengkaji Islam dan menyebarkan agama Islam menjadi perhatian utamanya. Ketika hidup sudah diazamkan untuk umat, maka akan selalu berusaha terdepan untuk menyelesaikan permasalahan umat.
Pada masa Sit Khatun hidup, permasalahan umat yang menjadi fokus perhatian kaum Muslimin adalah pembebasan Baitul Maqdis dan bagaimana usaha untuk mengembalikan kedamaian dan ketentraman di tempat ibadah tiga agama, seperti di bawah masa kekhilafahan Islam sebelum serangan pasukan salib.
Baitul Maqdis bukan hanya menjadi masalah bagi umat Muslim di Jerusalem, tapi juga menjadi masalah dan pemikiran bagi kaum Muslimin di belahan dunia lain, hingga sampai ke kota kecil Tikrit, Iraq, menyentuh relung hati dan fikiran seorang Sit Khatun.
Sebagai sosok yang cerdas, Sit Khatun berfikir sangat strategik. Dia dengan sungguh-sungguh mengambil peranannya sebagai perempuan untuk melahirkan generasi pembebas dan penakluk. Dia sedia menjadi ibu yang akan memperdengarkan telinga anak-anaknya tentang sebuah kewajipan besar. Kewajipan mulia yang dipikul oleh ayah dari anak-anaknya, iaitu melaksanakan kewajipan jihad melawan tentera salib untuk membebaskan tanah suci Baitul Maqdis.
Qadarullah wa masyaAllah… berkat kesabaran dan keistiqamahannya, akhirnya Allah SWT mempertemukan Sit Khatun dengan belahan jiwanya. Berjodoh dengan sosok pemuda yang memiliki cita-cita yang sama persis seperti dirinya, iaitu memiliki anak keturunan pembebas Baitul Maqdis.
Dengan kesungguhan keduanya, lahirlah Yusuf bin Najmuddin al-Ayyubi. Sosok anak yang atas izin Allah berjaya mewujudkan cita-cita mulia kedua orang tuanya dan menyandang gelaran Salahuddin Al-Ayyubi.
Wahai Bonda, semoga kita menjadikan inspirasi akan cita-cita tinggi dan mulia yang dimiliki Sit Khatun, ibu dari panglima besar dalam sejarah Islam. Melahirkan dan menyiapkan generasi pembebas, menjadi ibu dengan mentaliti waja. Kerana ketinggian visi memerlukan mental yang kuat.
Sumber: topswara .com