[TPOM] Shafiyyah Binti Abdul Muthallib: Ibu Pencetak Mujahid Pemberani Ahli Seni Furusiyah
Oleh: Marni Rosmiati
Saat ini, orang ditenggelamkan dengan euforia budaya ala Barat, yang kemudian direkayasa oleh sistem kapitalis dalam bentuk-bentuk yang menyenangkan hawa nafsu manusia. Sehingga menjadikan permainan, seni, dan budaya sebagai alat penjajahan baru dunia Barat kepada dunia Islam, khususnya untuk melalaikan para pemuda muslim.
Pemuda muslim pun terlena dan terbius oleh budaya Barat, yang akhirnya mengikut budaya mereka dengan penuh rasa bangga. Conothnya demam sepak bola misalnya. Mengenang tragedi “Kanjuruhan 2022”, tapi demam Piala Dunia Qatar 2022 tetap gegap gempita. Begitu juga dengan perayaan-perayaan ala Barat, seperti perayaan Halloween. Bahkan di Itaewon Korea Selatan, perayaan tersebut menjadi tragedi yang memakan ratusan nyawa menjadi mangsa. Tak ketinggalan Arab Saudi juga tak kurang latahnya merayakan Halloween di jalanan. Tapi sebaliknya, golongan pemuda muslim begitu rendah diri bahkan ketakutan ketika mereka dikaitkan dengan perjuangan dakwah menegakkan syariat dan Khilafah.
Bukan bererti Islam tak mengenal berbagai permainan dan perayaan yang lahir dari seni budaya, akan tetapi Islam memandang seni budaya dengan kacamata yang khas. Bahawasannya seni budaya adalah bahagian dari tsaqafah yang mempunyai unsur hadharah (pemikiran) yang bersumber dari akidah tertentu. Jika seni budaya tersebut berasal dari akidah selain Islam, maka budaya tersebut tertolak.
Salah satu seni budaya yang ada dalam Islam adalah seni furusiyah. Seni furusiyah adalah seni mempertahankan diri di medan peperangan, seperti memanah dan berkuda. Rasulullah SAW menjadikan seni ini sebagai salah-satu keutamaan yang dianjurkan bagi kaum muslimin. Sebagaimana tercantum dalam hadis yang bersumber dari Uqbah bin Amir Al-Juhani RA, Nabi bersabda: “Dan persiapkan untuk mereka apa yang kalian mampu berupa kekuatan. Ketahuilah bahawa kekuatan itu adalah memanah!” (HR. Muslim)
Dalam hadis yang lain dari Sa’ad bin Abi Waqash, Rasulullah SAW bersabda, “Hendaknya kalian memanah kerana itu permainan yang paling bagus bagi kalian.” (HR. Ath-Thabrani)
Di masa Rasulullah SAW, terdapat beberapa pemanah yang terkenal dengan kemampuan yang luar biasa. Mereka memiliki peranan penting dalam perjuangan dakwah Islam di seantero jazirah Arab. Mereka adalah Sa’ad bin Abi Waqash, Abu Thalhah Al-Anshari, Zubayr bin Al-Awwam, dan Uqbah bin Amir Al-Juhani.
Dalam ramai-ramai pemanah hebat di masa Rasulullah SAW tersebut yang semuanya adalah lelaki, ada yang paling menarik iaitu Zubayr bin Al-Awwam. Di sebalik kehebatan Zubayr ternyata ada sentuhan tangan dingin seorang perempuan iaitu ibunya sendiri, yang melatihnya menjadi seorang pemanah yang sangat hebat. Beliau adalah Shafiyyah binti Abu Muthallib, ibu saudara Rasulullah SAW, saudari dari Singa Allah Hamzah bin Abdul Muthallib. Ayahnya adalah Abdul Muthallib bin Hasyim, pemimpin tertinggi dan tokoh Quraisy terkemuka. Sementara ibunya adalah Halah binti Wahb, saudara kandung Aminah binti Wahb, ibunda Rasulullah SAW.
Shafiyyah terkenal sebagai wanita yang kuat, pemberani, dan bertutur kata fasih dan cerdas. Beliau menguasai seni furusiyah yang biasanya dikuasai kaum lelaki, iaitu memanah dan berkuda. Shafiyyah mengerahkan puteranya yang yatim sejak kecil bagi menjadi pejuang hebat. Shafiyyah mendidik Zubayr dengan keahlian furusiyah. Beliau berharap agar Zubayr menjadi seorang yang beradab mulia dan menjadi pemimpin yang gagah berani.
Sepeninggal suaminya iaitu Awwam bin Khuwaylid, Shafiyyah membesarkan Zubayr yang yatim dalam keadaan kehidupan yang sukar. Beliau mendidik anaknya ini melalui pendidikan yang keras dan penuh keprihatinan. Beliau mengajarkan Zubayr menunggang kuda, menggunakan senjata, memanah, dan memperbaiki busur. Shafiyyah juga tidak segan menyuruh puteranya melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berisiko tinggi dan memukulnya dengan keras bila Zubayr membantah perintahnya.
Shafiyyah mendapat banyak teguran dari sahabat-sahabat yang lain kerana dianggap terlalu keras dalam mendidik anak. Namun beliau membantahnya dengan berkata tegas, “Siapa yang menganggapku memukulnya kerana marah, maka anggapannya itu salah. Aku memukulnya demi membuatnya semakin mengerti agar kelak dia tidak pernah gentar menghancurkan musuh dan pulang dari medan perang dengan kemenangan.”
Hasil tak pernah mengkhianati usaha. Melalui tangan dingin Shafiyyah, terbentuklah sosok mujahid pemberani pada diri Zubayr bin Awwam yang diberi gelaran oleh Rasulullah sebagai Hawari (pembela) Rasulullah SAW. Bahkan sahabat Umar bin Khattab menyamakan kemampuan Zubayr setara dengan 1000 orang. Pedangnya merupakan pedang pertama yang terhunus membela Islam.
Di bawah latihan yang super intensif oleh ibunya ini, Zubayr diriwayatkan mampu menembakkan anak panah tepat melalui lubang mata pada topeng yang biasa digunakan oleh prajurit di medan perang. Selain itu, Zubayr juga tercatat sebagai sahabat nabi yang mengikuti semua peperangan Rasulullah SAW, terbukti dengan banyaknya bekas luka tusukan di tubuh Zubayr. Ketika Zubayr bin Awwam berada di kancah peperangan, beliau sentiasa bersedia menghadapi segala jenis ancaman dan risiko serta menanggung semua rasa sakit demi kemenangan Islam. Pedang dan panahnya sentiasa bersedia saat Rasulullah SAW diancam bahaya.
Nampak jelaslah dalam darah Zubayr bin Awwam telah mengalir sifat ketangguhan dan keberanian Shafiyyah binti Abdul Muthallib yang telah mendidiknya dengan tegas. Dari asuhan ibu yang tangguh akan dihasilkan generasi yang tangguh pula. Semoga kisah Shafiyyah binti Abdul Muthallib ini menjadi inspirasi bagi para ibu saat ini. Jangan biarkan anak-anak kita menjadi generasi pembebek yang lemah mental serta tenggelam dalam kesenangan permainan dan perayaan-perayaan kufur. Jadilah ibu generasi (Ummu Abyad) yang senantiasa menjaga dan mendidik generasi muda muslim menjadi pejuang-pejuang tangguh hingga mampu meneggakkan panji Islam, Al-Liwa dan Ar-Rayyah.
Wallahu a’lam bishshawab.
#thepowerofmother #muslimahinspirasi #ibumadrasahpertama #ibupencetakgenerasi